Showing posts with label Kongsi Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Maklumat. Show all posts

Friday, December 9, 2016

Selangor Lancar Kad Peduli Sihat

Satu lagi inisiatif dari kerajaan negeri Selangor bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyatnya dengan mewujudkan skim khas kad perubatan kepada penduduk yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM3000.00 setiap bulan.


Yang penting skim ini adalah percuma. Cumanya setiap penduduk negeri Selangor perlulah mengikut kriteria yang telah ditetapkan. berikut merupakan perincian skim perubatan Peduli Sihat.

KATEGORI A:
- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah

Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)

KATEGORI B:
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.

Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)

Syarat-syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.

Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan.


Pertanyaan lanjut layari https://pedulisihat.com/ atau hubungi: 03-20893911.
Share:

Friday, September 9, 2016

Disenarai Hitam Oleh PTPTN...?

Ramai dikalangan kita tidak menyedari ataupun pura-pura tidak sedar, hehehe.. mengenai pinjaman pendidikan PTPTN yang sepatutnya dibayar setelah tamat pengajian.



Dan terkini, bermula tahun ini (2016), pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil langkah drastik untuk memasukkan nama peminjam yang liat membayar hutang PTPTN, ke dalam senarai hitam (blacklist) CCRIS. Kesannya, para peminjam tersebut tidak boleh ke luar negara / tidak boleh membuat sebarang bentuk pinjaman samada pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan ataupun pinjaman peribadi. Maksudnya di sini, terus rekod kita dah tak cantik dalam rekod CCRIS.

Apa perlu hampa buat kalau di senarai hitam oleh PTPTN dalam CCRIS..??

Pilihan 1
i.. Pergi ke mana-mana cawangan PTPTN, untuk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman anda.
ii.. Sediakan wang tunai dalam RM1500.00 hingga RM3000.00 bagi pekerjaan tetap, supaya boleh digunakan sebagai deposit pembayaran semula tunggakan PTPTN. Kadang-kadang tunggakan peminjam boleh mencecah RM8000.00... buat la ayat sedih sikit sekiranya hampa tak mampu bayar banyak..
iii. Setelah pembayaran dibuat dan pihak pegawai PTPTN bersetuju dengan jumlah bayaran tersebut, anda diminta untuk melengkapkan perjanjian penukaran pinjaman dari konvensional menjadi ujrah. Pegawai PTPTN akan bertanya berapa jumlah bayaran bulanan yang anda mampu bayar untuk keseluruhan pinjaman anda. Dari tempoh 5 tahun, sehinggalah tempoh 40 tahun. Tapi kena ingat, semakin lama tempoh pembayaran, semakin tinggi jumlah caj perkhidmatan @ bunga dikenakan..
iv. Kemudian itu, sekiranya tiada sebarang masalah penukaran tersebut. Makanya anda sudah dikira berjaya dikeluarkan dari senarai hitam. Untuk makluman setelah membuat penukaran kepada ujrah, seperti di dalam perjanjian baru, anda boleh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.

Kiosk PTPTN Giant Kinrara yang 
saya pergi Khamis lepas


Pilihan 2
i. Sediakan Sijil Tamat Belajar anda serta Penyata Terkini KWSP
ii. Pergi ke mana-mana cawangan PTPTN, untuk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman anda.
iii. Anda tidak mampu untuk menyediakan tunai bagi deposit pembayaran semula tunggakan. Jadinya, anda boleh memilih untuk mengeluarkan Akaun 2 KWSP sebagai bayaran deposit tunggakan PTPTN. Part ni best, memang tak boleh mengelak. Jumlah akan ditentukan berdasarkan berapa amount yang ada pada Akaun 2 KWSP anda. Semakin banyak jumlah amaun anda, semakin banyak amaun yang akan di nego oleh Pegawai PTPTN terhadap kita untuk mengeluarkan kita dari senarai hitam CCRIS.
iv. Selepas bersetuju, anda perlu membawa surat pengesahan daripada PTPTN untuk dibawa ke KWSP, bersama dengan itu, perlu dibawa bersama surat tamat pengajian (yang original dan copy).
v. Anda akan diberi resit permohonan oleh KWSP, & resit itu boleh diberi kepada Pegawai PTPTN untuk urusan selanjutnya yakni proses penukaran pinjaman dari Konvensional kepada Ujrah. Selepas dari itu, anda akan dimaklumkan yang anda akan dikeluarkan dari senarai hitam blacklist CCRIS. Untuk makluman setelah membuat penukaran kepada ujrah, seperti di dalam perjanjian baru, anda boleh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.

Nota:
Untuk kenal pasti anda disenarai hitam oleh CCRIS atau tidak, anda tidak boleh bergantung kepada website imigresen sahaja. Walaupun nama anda tidak disenarai hitam oleh pihak imigresen dalam websitenya, anda tidak boleh merasakan selamat. Ini kerana, kemungkinan nama anda ada juga dalam CCRIS. Itu diberitahu oleh pegawai PTPTN. Perkara ini hanya boleh disemak setelah anda membuat sebarang permohonan pinjaman kepada institusi kewangan atau perbankan. Untuk makluman, sekarang pihak PTPTN telah menempatkan pegawainya di airport bagi urusan kenal pasti peminjam yang masih belum melunaskan bayaran tunggakan.

Semua info ini berdasarkan pengalaman saya sendiri pergi ke PTPTN untuk urusan keluarkan nama dari senarai hitam
Share:

Sunday, August 21, 2016

Harga Tiket Terkini Zoo Negara

Seingat saya la, campur yg terbaru ni, baru 2 kali saya buat kunjungan ke Zoo Negara.. Sebelum ini saya pernah pergi ke Zoo Negara, tapi tiket sebagai Volunteer Zoo Negara.. teringat dulu, kena bersih kandang landak la.. harimau la.. perhhh... mencabar.. begini rupanya tugas-tugas penjaga Zoo Negara, selain memberi makan kepada haiwan-haiwan yang ada di situ.. Itu zaman 2010 dulu la... So yg latest ni, saya pergi atas sebab nak bawa anak kenal-kenal dengan binatang yang ada.. ada yg sedia duk dalam sangkar, dalam kandang dan dalam bilik berhawa dingin pun ada yakni.. Panda.. hehehe..

yeahhh.. selamat datang ke Zoo Negara, Malaysia

Kalau hampa perasan kan, dulu yakni tahun lepas & sebelumnya, tiket nak masuk Zoo Negara memang mahal, tak termasuk Giant Panda lagi.. kalau termasuk Giant Panda, mau cecah RM54 untuk orang dewasa..

ni Harga Tiket Masuk Zoo Negara untuk tahun 2015 & sebelumnya

Mau fikir dua tiga kali juga kan kalau harga mcm tu.. so bermula tahun 2016, Zoo Negara memperkenalkan harga baru tiket masuk Zoo Negara, dengan harga yang kompetitif & lebih menarik perhatian pengunjung..

ni harga tiket terbaru Zoo Negara, RM44 sahaja termasuk Giant Panda... 

Perlu diingat, untuk Giant Panda last boleh masuk jam 4.30petang.. dan operasi Zoo Negara tutup jam 5.30petang, dan ianya dibuka setiap hari untuk kunjungan.. Masa saya pergi hujung minggu ni, sempat juga saya tengok Animal Show.. 

Tengok Singa Laut beraksi.. memang mencuit hati...

lepas dari tengok pertunjukkan haiwan, 
terus kami laju2 menuju ke tempat panda..
kang tutup pula.. rugi.. hehehe...

tengok mak & anak panda beraksi.. hehe.. 

Sang Buaya tengah berehat atau menunggu mangsa.. 

Harimau Bintang ni macam mengandung tak silap..

udah 2 jam wei... balik la.. tunggu lagi.. kaki dah ketaq ni...

Pelbagai lagi jenis haiwan sama ada jinak ataupun liar tak sempat saya nak ambil gambar, terkejar-kejar dengan masa.. kang tutup pula Zoo Negara ni.. Hampa nak tau apa lagi binatang yang ada di Zoo Negara, so terjah je la Zoo Negara, Malaysia.. tunjuk la ke anak cucu kita.. nanti depa dah besaq, entah ada atau tidak binatang-binatang tu.. 

Apa yang hanpa perlu sedia bila berkunjung ke Zoo Negara:
- sediakan air mnieral yang cukup, jalan jauh + panas..
- sediakan payung (sebab panas + hujan)
- bawa la makanan untuk alas perut sambil jalan-jalan dalam Zoo tu..
- kalau boleh yang ada anak kecil, bawa stroller.. larat ka nak dukung nanti.. hehe..




Sumber :


Share:

Saturday, August 6, 2016

Format Laptop Murah, Khidmat Terbaik

Laptop yang saya ada & sayang ni, berusia hampir 10 tahun.. mana tidaknya, ianya dibeli pada tahun 2007 yang lalu ketika melaporkan diri ke pusat pengajian tinggi, yakni di UiTM Shah Alam.. Akibat dari minat kepada benda IT ni, laptop ni boleh kata kerap juga diformat sepanjang pengajian.. walaupun tak ambil jurusan IT... hehehe... last format laptop secara sendiri pada tahun 2010.. menggunakan Windows XP, tapi interface saya gunakan Windows 7 Ultimate... gituuu.. hehehe... tapi akibat dari arus peredaran masa sekarang, Windows XP tak lagi mendapat tempat untuk sistem aplikasi baru.. So semalam, saya nekad, untuk format laptop Acer Aspire 4315 ni.. tapi bukan format sendiri, cari la dalam facebook.. hahaha.. tak buat dah sendiri, tak ingat dah step-step semua tu...

survey punya survey jumpa la satu page... dan ini name card-nya.. 

Okeh, hampa boleh tengok detail, bukan setakat format ja mampu buat, kerosakan hadrware, motherboard ka, software problem ka, boleh rujuk dengannya... ni facebook page yang diuruskan oleh Encik Saiful Nizam, https://www.facebook.com/FormatLaptop/ di dalam page tersebut juga, dia ada sharing beberapa info berguna berkaitan komputer serta software.. Encik Saiful Nizam ni tinggal di Presint 11, Putrajaya.. Khidmat yang beliau tawarkan, bukan di Putrajaya ja.. sekitar yang sama waktu dengannya.. hehe.. termasuklah kawasan rumah saya yakni di Equine Park, Seri Kembangan, Perkhidmatan terbaiknya, dia datang ambil laptop, sesudah siap, dia akan hantar semula kepada kita.. So tak perlu la kita yang nak mengadap jem bagai untuk ke kedai komputer.. 

ni spesifikasi laptop saya.. Intel Celeron weii.. hahaha..

Pakej format yang ditawarkan oleh Encik Saiful Nizam, bernilai RM50.00 sahaja.. Format laptop murah dah tu.. Antara yang dilengkapkan pada laptop saya, Windows 7, Microsoft Office 2013, serta beberapa aplikasi yang lain.. berbaloi kan.. Dengan RM50.00 boleh dapat semua tu serta dengan servis ambil dan hantar.. ya la, kalau buat sendiri dah untung kan.. tapi bila nak buat tu, tak study habis lagi Windows 7 ni mcm mana nak install.. tu fikir lebih baik, kasi orang format je la.. settle.. 

bagi yang berminat untuk format laptop murah dan cepat.. boleh hubungi Encik Saiful Nizam:
Facebook Page : https://www.facebook.com/FormatLaptop/
Nombor telefon : +6019-5223453

yes dah siap.. beri hari khamis, jumaat dah dapat balik..
okey, dah boleh update blog dengan Windows baru.. hehehe.. 

Share:

Monday, August 1, 2016

U Mobile Mungkir Janji..?

Mengikut informasi yang dimaklumkan sebelum ini oleh U Mobile, pengguna akan memperoleh Video-Onz secara percuma sehingga 31 Disember 2016. Ianya bagi pengguna U Mobile sedia ada termasuk P70 serta P98.. Walau bagaimanapun, bermula 1 Ogos 2016 yakni hari ini, pengguna P70 tidak lagi menerima Video-Onz secara unlimited, pengguna P70 terus perlu menerima bahawa mereka mempunyai kuota bagi Video-Onz yakni sejumlah 7GB data.. Ianya boleh disemak melalui apps My Umobile anda...

Plan P70 (Unlimited calls + 15GB data internet + unlimited streaming)


dan ini terbaru.. 7GB kuota Video-Onz...??

Mengikut di laman rasmi facebook U Mobile, ramai pengguna mengecam U Mobile kerana tidak memberi sebarang notis pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan ini.. Ianya tidak seperti dipromosikan pada awalnya di mana pakej P70 U Mobile juga menerima unlimited streaming Video-Onz.. tetapi sekarang dah lain.. mengikut seorang pengguna, yakni rakan saya, sudah membuat panggilan ke U Mobile, bahagian customer service memaklumkan, ianya mengikut terma & syarat dan ianya terpulang kepada U Mobile untuk membuat sebarang perubahan... tapi yang peliknya tiada sebarang makluman diberikan... termasuklah pada saya juga yang menggunakan U Mobile P70... adakah U Mobile nak pengguna upgrade pakej ke P98.. Macam mana sekali pun, dibandingkan dengan telco lain, U Mobile antara penyedia terbaik dari segi kuota data dan kadar bayaran.. Cuma coverage sahaja kureng sikit...

Pakej U Mobile Hero P98




Share:

Thursday, May 5, 2016

Mohon Pembiayaan Peribadi Mudah & Cepat

Ketika zaman serba mencabar ini, ramai dikalangan kita memerlukan bantuan kewangan yang lebih ketika mengalami kesuntukan kewangan, samada secara peroleh dari PaMa, saudara mara, rakan-rakan ataupun menerusi institusi kewangan. Pembiayaan peribadi juga, ada yang memohon supaya dapat memansuhkan pinjaman yang lama, yakni yang mempunyai insterest rate yang tinggi. Sebenarnya antara kelebihan membuat pembiayaan peribadi dengan kami adalah anda akan mendapat interest rate yang rendah, dibandingkan dengan yang lain.





Selain itu juga peluang untuk anda mendapatkan pembiayaan peribadi lebih mudah kerana, kami mempunyai 5 institusi kewangan yang kita akan cuba link kan supaya permohonan anda diluluskan. Antara institusi kewangan yang anda berpeluang adalah seperti Aeon Credit Service, Easy RHB, CIMB Bank, Maybank serta Hong Leong Bank.

Hantar permohonan online pembiayaan peribadi anda di link yang disediakan di bawah, Anda akan dihubungi dalam tempoh seminggu hari bekerja sekiranya permohonan anda lengkap.





Share:

Thursday, January 28, 2016

Laporan Pengubahsuaian Bajet 2016

Hari ini, Najib mengumumkan penyelarasan serta pengubahsuaian Bajet 2016. Perstrukturan semula Bajet 2016 bagi memastikan kesesuaian dengan keadaan ekonomi semasa negara serta kesan kejatuhan nilai harga minyak dunia ketika ini.


Berikut merupakan intipati pengubahsuaian Bajet 2016:

  • Gov setuju kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% bermula 1 Mac 2016 – Dis 2017. Caruman majikan masih kekal seperti biasa (13%).
  • Gov beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2k kpd pembyr cukai individu pendapatan 8k ke bawah
  • Liberalisasikan AP bg produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah & daging
  • Gov sediakan tambahan tunai RM50 bg setiap 1 tan metric padi bersih sbg insentif
  • Program MyBeras diperkenal, setiap keluarga miskin yg berdaftar akan dibekal 20kg beras setiap bulan utk kurangkn beban
  • Semua penjualan rumah bwh RM300k, hanya utk pembeli rmh pertama sahaja
  • Sumbangan 30% drpd levi HRDF akan disediakan utk tingkatkan kompetensi & kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang diberhentikan.
  • Gov akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap pengelak cukai @ tax evaders.
  • Gov terus perkemas system pengurusan pekerja asingh, kadar levi diklusterkan kpd 2 kategori, tidak termasuk pembantu rumah warga asing.
  • Gov laksana penempatan semula PATI, beri peluang pd PATI yg bekerja secara haram, diberi permit kerja yg sah
  • Gov akan lebih berhemah dalam urusan perbelanjaan terutamanya bekalan & perkhidmatan
  •  Perbelanjaan pembangunan akn focus kpd projek & program mendahulukn rakyat.
  •  Institusi kewangan pembangunan dan modal teroka milik gov akn tambah dana RM6b, dlm sediakan pembiayaan kpd PKS dan syarikat permulaan
  •  Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bg kurgkan jurang pendapatan pengurusan atasan & golongan pekerja, akan dipantau EPU.
  •  Pelancong dari China tidak perlu visa bermula 1 Mac – 31 Dis 2016, tertakluk syarat tertentu dgn tempoh lawatan tidak melebihi 15 hari.
  •  Kadar GST dikekalkan seperti sedia ada
  •  Bantuan BR1M diteruskan dan terus dilaksana.
  • Kerajaan teruskan pelaksanaan satu kenaikan Gaji Tahunan kpd penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016.
  • Kerajaan teruskan 4 program tajaan JPA
    • Program Biasiswa Nasional – 20 pelajar terbaik dalam SPM utk lanjutkan pengajian di mana2 universiti terkemuka di seluruh dunia.
    • Program Khas Kejuruteraan – 200 pelajar ke Jepun, Korea, Jerman & Perancis.
    • Program Lepasan Bursary – 744 pelajar utk mengikuti pengajian di peringkat ijazah Pertama di universiti awam & IPTS dalam negara.
    • Program baru – 8000 pelajar akan diberi biasiswa utk ikuti pengajian yg ditetapkan di peringkat ijazah Pertama dalam Negara

  • Peruntukan PTPTN sebanyak RM5b akan terus disalur kepada para mahasiswa.
  • Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputra & Skim Latihan Akedmik IPTA diteruskan
  • Terus laksana 10 UTC baru di Labuan, Sg Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawau, Keningau, Seremban & Kangar



Share:

Wednesday, January 20, 2016

ZenFone Max Tampil Dengan Bateri 5000mAh

ASUS Zenfone kini tidak asing lagi bagi pasaran di Malaysia ini.. ASUS Zenfone mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia disebabkan kebanyakan produk keluarannya mempunyai spesifikasi yang tinggi dengan nilai yang perlu dikeluarkan oleh pengguna dengan kadar yang minima.. Antara keluaran Zenfone yang mendapat sambutan tinggi dikalangan pengguna adalah termasuk Zenfone 5, Zenfone 6 serta Zenfone 2. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri dengan nilai tambah yang sangat berpatutan. Setelah keluarnya produk Zenfone 2, ianya adalah produk yang saya rasakan sudah ada penambah baikkan oleh pihak ASUS berbanding dengan produk Zenfone 5 atau Zenfone 6.

Terbaru ASUS Malaysia mengeluarkan pada umum untuk jualan Zenfone Max. Ianya tampil dengan kuasa bateri 5000mAh dengan ketahanan sehingga 38 hari tanpa perlu mengecas (diuji dgn mod 3g serta tanpa membuka data, tanpa wifi). Bagi pengguna smartphone yg suka beronline jer tu.. rasanya sgt sesuai Zenfone Max ni... Tiada lagi nak ke-hulu ke-hilir dgn power bank.. hehehe... Spesifikasi yang dinyatakan dalam blog ini adalah untuk Zenfone Max (ZC550KL).

Sambil beronline tu, boleh la snap gambar dengan kamera Zenfone Max ni yang mempunyai kamera belakang 13MP pixelmaster yang menghasilkan gambar resolusi tinggi serta tiada lag ketika gambar diambil. Bagi pengguna sedia Zenfone mesti dah ketahui, kamera Zenfone memang kesannya adalah terbaik serta menghasilkan gambar yang berkualiti dengan adanya pixelmaster. Bagi penggemar selfie, Zenfone Max mempunyai kamera depan 5MP.. terbaik dah tu..


Bagi spesifikasi performance Zenfone Max, saya rasakan penggunaan Zenfone Max sudah mantap dengan kuasa processor Qualcomm Snapdragon 410 dan ram untuk Zenfone Max adalah 2GB ram... So bagi saya, kalau main game tiada masalah ni.. Kalau setakat online media sosial je apalah sangat kan... Zenfone Max dibekalkan dengan kuasa penggunaan data LTE. Mana tidaknya, semua nak laju kan sekarang.. Mostly pengeluar telefon bimbit sekarang mengeluarkan spesifikasi yang mempunyai data berkelajuan LTE. Selain itu, skrin Zenfone Max juga lebih tahan dengan penggunaan cover Corning Gorilla 4... Besar Zenfone Max ni juga sama besar dengan Zenfone 2 550 iaitu saiz 5.5inci... so normal je la.. tidak la besar sangat.. kalau letak dalam poket pun muat juga. 


Asus Zenfone Max (ZC550KL) dikeluarkan di Malaysia dengan harga jualan bermula dari RM899.00 dan sudah boleh diperolehi dari website Lazada, DirectD, ataupun Official Website Asus Malaysia. 

Klik pada link yang disediakan untuk melihat harga terkini Zenfone Max (ZC550KL).



Mungkin satu masa boleh saya upgrade kepada Zenfone yang lain.. Saya rasa orang sekeliling saya kebanyakan dah menggunakan Zenfone. Saya sendiri Zenfone 5 (mcm kena upgrade sebab anak ketuk skrin la, sudah retak), isteri guna Zenfone 2 550ML, ada kawan2 yang guna Zenfone 5, yang guna Zenfone 6 pun ada, dan latest ada member guna Zenfone 2 Laser...
Kiri Zenfone 2 isteri, sebelah kanan, Zenfone 5 saya.. 





Sumber rujukan:
ASUS Malaysia


Share:

Tuesday, November 24, 2015

Buat Pasport Perjalanan di UTC

Awal-awal lagi saya dimaklumkan rakan supaya membuat pasport perjalanan lebih awal untuk travel kali ini. Tetapi bagi saya, akibat kesuntukan masa serta menunggu official announce dari pihak pengurusan sangat penting sebelum saya membuat keputusan untuk membuat pasport perjalanan. Tetapi persiapan lebih awal saya sudah lakukan dengan mencari di ruang jendela website Imigresen Malaysia maklumat-maklumat yang diperlukan termasuk dari segi bayaran serta waktu operasi.


Akhirnya pada 14/11/2015 baru company umum official saya kena ke luar negara. Cuma xpasti lagi bila. Tapi yang mengejutkan pada 15/11/2015 bos whatsapp suruh hantar pasport 16/11/2015.. hahaha.. kelam kabut dibuatnya.. Terus bersiap Ahad 15/11/15 utk ke UTC Pudu. Dugaan dah la hujan yang teramat lebat, sampai je di Pudu, jam 3pm, saya tidak dibenarkan untuk ambil nombor, kata mereka pengeluaran nombor panggilan sudah berhenti kerana terlalu ramai. perhhh... buntu tak tahu mana nak pergi, dimaklumkan saya boleh pergi ke Mini UTC Keramat dlm Keramat Mall. 

Alhamdulillah sampai je Pejabat Imigresen di Mini UTC Keramat, layanan bagus, orang pun tak ramai. Masa menunggu pula tak sampai sejam dah siap. Memang terbaik Pejabat Imigresen di Mini UTC Keramat. Awal tu, tak tahu di mana lokasi Mini UTC Keramat, rupanya bertentangan dengan Stesen LRT Damai. So sebagai panduan kepada yang lain, walaupun waktu operasi UTC ni sampai malam, dinasihatkan datang awal pagi supaya boleh dapat nombor giliran, cuma kalau Mini UTC Keramat, tiada masalah kot kalau terlewat sikit, sebab orang tak ramai.

Untuk pengetahuan, bermula 15 Januari 2015, hanya Pasport Malaysia Antarabangsa tempoh sah laku lima (5) tahun sahaja yang akan dikeluarkan dengan kadar bayaran seperti berikut:
 - Pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahun = RM200.00
 - Pemohon yang berumur 60 tahun ke atas = RM100.00
 - Pemohon yang berumur 12 tahun dan ke bawah = RM100.00
 - Jemaah haji = RM100.00
 - Orang Kelainan Upaya = Percuma

Waktu Operasi Pejabat UTC; Isnin - Ahad : 8:30pagi - 10.00malam
 - UTC Pudu, Kuala Lumpur
 - Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur
 - Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur
 - UTC Ipoh, Perak
 - UTC Melaka
 - UTC Kuantan, Pahang
 - UTC Alor Setar, Kedah
 - UTC Johor
Tutup ketika Cuti Umum sahaja.

Sebelum pergi ke mana-mana pejabat imigresen ataupun UTC
semak dulu status perjalanan ke luar negara
mana tahu tiba-tiba tersangkut.. hehehe..






Share:

Tuesday, September 15, 2015

Anakanda Ameer Haziq Sudah 1 Tahun

Alhamdulillah sudah 1 tahun umur anakanda. Genap pada tarikh 12/9/2015.. Dari dia sakit, dari dia menangis meronta-ronta, sekarang dia dah pulih hampir 100%..  Cuma yang tinggal alahan dari masalah G6PD yang tidak mampu dielakkan.. Penyakit ususnya Hirschsprung Disease dah tiada masalah setelah operate pada bulan 2 lepas... 




Haziq bersama dengan kereta dia.. 

Sambutan birthday anakanda buat pertama kalinya ini, diadakan di rumah biras PH di Tanjung Karang, Selangor, sebab anaknya pun dia nak buat tarikh yang sama dan minta dijoinkan sekali sahaja...
Ameer Haziq berminat dengan kartun minion, so kami pun buatla majlis ni dengan kek minion, serta belon2 minion...Manakala anak menakan bertemakan Princes Elsa dalam cerita Frozen...

Ini dia kek Haziq... bawah kek carrot.. yang ruangan atas kek span..

ni kek sepupu Haziq, Airis.. bertemakan cita Frozen...
kek ni kek  red velvet...


Kek-kek ni kami ambil dari pembuat kek yang sama yakni dari Nik Azmita Abdullah.... So far servisnya yang terbaik dan diambil dari sebelum2 ni lagi.. 

tak leh duk diam si Haziq ni.. 

Ehhh ada clown... Clown ni saya dapatkan dari saranan rakan sekerja...
check dalam blog dan FB clown.. ok set pilih ni...
saya contact Awang The Clown...
atau FB dia Badut Malaysia

 keletihan bermain.. lending time.. hehehe...


next birthday Putera Helmei pula.... hehehehe....  


Share:

Tuesday, July 28, 2015

Senarai Kabinet Kerajaan Malaysia 29 Julai 2015

Pada hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan senarai kabinet baru dan ianya juga berlaku rombakan besar pada kabinet negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin antara yang dikeluarkan daripada senarai kabinet. Senarai kabinet baru ini berkuatkuasa pada 29 Julai 2015.


  1. Najib Razak – Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
  2. Mah Siew Keong – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  3. Idris Jala – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  4. Joseph Kurup – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  5. Joseph Entulu Anak Belaun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  6. Dr. Shahidan Kassim – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  7. Paul Low Seng Kuan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  8. Nancy Shukri – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  9. Abdul Wahid Omar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  10. Wee Ka Siong – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  11. Azalina Othman Said – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  12. Jamil Khir Baharom – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  13. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  14. Razali Ibrahim – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  15. Chua Tee Yong – Timbalan Menteri Kewangan
  16. Johari Abdul Ghani – Timbalan Menteri Kewangan
  17. Ahmad Zahidi Hamidi – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri
  18. Nur Jazlan Mohamed – Timbalan Menteri Dalam Negeri
  19. Tuan Masir Anak Kujat – Timbalan Menteri Dalam Negeri
  20. Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah – Menteri Kewangan II
  21. Liow Tiong Lai – Menteri Pengangkutan
  22. Ab Aziz Kaprawi – Timbalan Menteri Pengangkutan
  23. Dr. S. Subramaniam – Menteri Kesihatan
  24. Dr. Hilmi Yahaya – Timbalan Menteri Kesihatan
  25. Mohamed Nazri Abdul Aziz – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
  26. Mas Ermieyati Samsudin – Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
  27. Hishammuddin Tun Hussein – Menteri Pertahanan
  28. Mohd Johari Baharum – Timbalan Menteri Pertahanan
  29. Mustapa Mohamed – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  30. Ahmad Maslan – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  31. Dr. Maximus Johnity Ongkili – Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  32. Dr. James Dawos Mamit – Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  33. Amar Douglas Uggah – Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
  34. Moriah binti Kasnon – Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
  35. Shabery Cheek – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  36. Tajuddin Abdul Rahman – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  37. Ismail Sabri Yaakob – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  38. Alexander Nanta Linggi – Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  39. Ahmad Jazlan Yaakub – Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  40. Anifah Aman – Menteri Luar Negeri
  41. Reezak Merican – Timbalan Menteri Luar Negeri
  42. Wilfred Madius Tangau – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
  43. Abu Bakar Mohamad Diah – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
  44. Rohani Abdul Karim – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  45. Azizah binti Mohd Dun – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  46. Chew Mei Fun – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  47. Fadillah Yusof – Menteri Kerja Raya
  48. Rosnah Abdul Rashid Shirlin – Timbalan Menteri Kerja Raya
  49. Richard Riot Anak Jaem – Menteri Sumber Manusia
  50. Ismail Abd. Muttalib – Timbalan Menteri Sumber Manusia
  51. Tengku Adnan Tengku Mansor – Menteri Wilayah Persekutuan
  52. Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
  53. Idris Jusoh – Menteri Pengajian Tinggi
  54. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
  55. Khairy Jamaluddin Abu Bakar – Menteri Belia dan Sukan
  56. Saravanan A/L Murugan – Timbalan Menteri Belia dan Sukan
  57. Abdul Rahman Dahlan – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  58. Halimah Mohd Sadique – Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  59. Hamzah Zainudin – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  60. Ahmad Bashah Md Hanipah – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  61. Wan Junaidi – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
  62. Hamim Samuri – Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
  63. Mahdzir Khalid – Menteri Pendidikan
  64. P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan – Timbalan Menteri Pendidikan
  65. Chong Sin Woon – Timbalan Menteri Pendidikan
  66. Mohd Salleh Keruak – Menteri Komunikasi dan Multimedia
  67. Jailani Johari – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
  68. Ong Ka Chuan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II

Share:

Thursday, July 2, 2015

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) adalah sebuah program yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dimana kita boleh mendaftarkan anak anak yang berumur tidak melebihi 3 tahun, dan program ini telah bermula dari 9 Julai 2011.  TAWAS diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor merupakan penyediaan saguhati kepada kanak-kanak yang lahir di negeri Selangor.
Antara faedah yang bakal diperolehi adalah anak Selangor akan menerima RM1500.00 daripada TAWAS setelah mereka berusia 18 tahun. Dan ini yang Haziq dapat.. Terima kasih TAWAS.

Penyata Simpanan TAWAS ini adalah dokumen penting yang perlu disertakan semasa membuat tuntutan RM1,500 apabila ahli mencapai usia 18 tahun. Ibu / Bapa / Penjaga ahli adalah dinasihatkan untuk mengambil Penyata Simpanan TAWAS tersebut pada bila-bila masa di pejabat YAWAS.

Selain dari itu, manfaat melalui TAWAS juga beroleh skim khairat kematian.
Khairat Kematian YAWAS adalah manfaat tambahan baru di bawah Skim Tabung Warisan Anak Selangor yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk Ahli TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.
Ibubapa/penjaga boleh menuntut sumbangan bernilai RM1,500.00 di pejabat YAWAS dengan membawa bersama dokumen seperti berikut:
- Sijil kematian.
- Kad SiManja.
- Penyata Simpanan TAWAS (sekiranya ada).
Walaubagaimanapun, manfaat ini hanya boleh dituntut oleh waris untuk kematian Ahli TAWAS yang berlaku selepas 1 Mac 2014. Pembayaran sumbangan akan dibuat dalam bentuk cek. 

Si Haziq juga mendapat Kad SiManja, apa kelebihannya erk?
sapa yang tahu kelebihan kad Si Manja TAWAS ni kot blh share sikit.
So, pakat-pakat la pohon. Ini adalah kelebihan bersama bagi yang lahir di Selangor.

Antara syarat-syarat memohon TAWAS adalah seperti berikut:
Syarat 1
Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
2. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 2
Permohonan adalah terbuka kepada 'Anak yang dilahirkan di Selangor' yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
3. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun. ATAU Cop pengesahan Taraf mastautin

Syarat 3
1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Pahang) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
3. **Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Pahang )
**Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran ( Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Pahang ) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan Sahaja.
 


Nak online TAWAS bagaimana? KLIK SINI UNTUK PENDAFTARAN


Nak pergi ambil Penyata Simpanan TAWAS dan Kad Si Manja tapi tak tahu lokasi TAWAS di mana? Ni dia alamatnya :

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City,
 I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Update 1/12/2015 Alamat Baru YAWAS
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor
TELEFON : 03-5481 8800

Terima kasih pada TAWAS dan YAWAS untuk insentif ini kepada anak Selangor. Terima kasih juga kepada kerajaan negeri Selangor. Sekaligus membantu serba sedikit penyediaan ibu bapa untuk anak yang bakal melanjutkan pelajaran ke manara gading nanti, InsyaAllah....




Sumber : TAWAS 
              YAWAS



Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com