Wednesday, September 24, 2014

Apa itu G6PD...?

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).


Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki.
Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.
Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.
Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut. Dianggarkan 400juta penduduk dunia mengalami masalah kekurangan G6PD.
 
Rawatan fototerapi akibat dari mslh kuning


Ubat-ubatan yang patut dielakkan bagi pesakit kekurangan enzim G6PD
* Anti-malarial : Primaquine dan pamaquine( Chloroquine di bawah pengawasan mungkin digunakan apabila antimalaria diperlukan untuk pencegahan atau rawatan malaria )
* Sulfonamides : Sulfacetamide, Sulfanilamide, Sulfamethoxazole (e.g. Septra, Bactrim),Sulfasalazine.
* Anti-bacterials : Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Dapsone, Mafenide Cream (Sulfamylon).
* Analgesics : Phenacetin, Acetanilid, Phenazopyridine (Pyridium).
* Antihelmintics : ß-Naphthol, Stibophen dan Niridazole.
* Doxorubicin
* Furazolidene
* Niridazole 

* Miscellaneous
   *Vitamin K analogues (1mg phytonadione boleh diberikan kepada bayi)
   *Probenecid
   *Dimercaprol (BAL)
   *Flutamide (Eulexin)
   *Methylene Blue
   *Tolouidine Blue
   *Napthalene ( ubat gegat )
* Ubat China
   *Chuen Lin
   *San Chi
   *13 herbs
   *12 herbs
* Ubat nyamuk
 


Makanan yang perlu dielakkan bagi pesakit kekurangan enzim G6PD
* Kacang parang, 
* Makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, 
* Kacang soya atau produk soya,
* Semua jenis kacang atau produk kacang
* Gula-gula dan makanan berperisa menthol.
 
Kacang Parang
 
Pamphlet dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Antara perkara kebiasaan yang perlu diikut oleh bayi G6PD:-
1- Susu formula/soya, jika boleh dikurangkan sukatannya. 2 kali sehari sudah mencukupi. Diganti dengan susu kambing.
2- Buah yang boleh dimakan- kurma, epal,lai, buah naga, kismis.
3-Buah yang perlu dielakkan – oren, sebarang pisang, anggur, tembikai, betik, pauh, atau buah yang dikatakan bersifat sejuk.
4-Biji barli(yang nak buat air tu) dengan biji gandum jika nak buat bubur – yang ni lagi cepat kesannya. boleh menyebabkan batuk dengan lendir yang banyak.
5-Ubat-ubat rawatan mereka seperti ubat demam atau selsema-bukan ubat yang diberi kepada budak-budak biasa. Bagi anak yang ada G6PD, tak berkesan. Kena rujuk pada doktor yang sudah berpengalaman. So, kena banyak cuba ubat.
6-Madu-Tiada kesan sampingan. Sangat bagus!
7-Semua jenis kacang kena elakkan – kacang dal,kacang soya, kacang peas, kacang tanah. Jika terkena kulit lebihan yang mereka kunyah, timbul bengkak-bengkak merah dan gatal. Dalam tempoh 5 minit saja, kita boleh tengok kesannya. Takutkan!(contoh masakan:-kuah sate,kuah roti canai kacang dal,air soya)
8-Produk Telur-Telur goreng ok. Telur masak separuh atau pun rebus penuh perlu elak. kalau nak bagi juga sikit-sikit saja. Yang ini kalau terkena kulit juga akan jadi bengkak-bengkak dan gatal. Mayonis pun!
9-Ikan- mana-mana jenis ikan tiada kesan sampingan. Kalau udang,sotong atau ketam elakkan dulu.
10-Sayur-juga mana-mana jenis. Tiada kesan. Kacang panjang setakat ini boleh diambil.
11- Kurangkan aktiviti luar. Cuaca panas atau sejuk.
12- Air sejuk atau air batu elakkan. Bagi air hangat saja.



Sumber : Kementerian Kesihatan
               Carian Google
               Blog Bilikjahit



Share:

4 comments:

Z@i Z@mR33 said...

PH...nila baju sekolah pon xleh utk pengidap G6PD.kwn k.zai yg gtau selain bnda2 tu

Putera Helmei said...

owhh.. bnyk juga ya.. buat ms skarang anak xleh mandi sabun, pakaian dia pun dbasuh dgn air panas shj. trima kasih k.zai..

Kira Sakura said...

Allahuakbar. banyakkan bersabar tau. kena jaga rapi baby ni. tak tau nak bagi semangat ape, sebab ampa suami isteri yang duduk kat tempat tu mesti lagi terkesan

Putera Helmei said...

Hanya Allah ja tau cmna.. tp xleh kata apa. rasa diri ini sungguh bertuah dikurniakan rezeki cahaya mata dari Allah.. Anugerah yg tidak ternilai... suspected anak dpt G6PD dr gen PH kot.. brdasarkan fakta yg ada... lgpula PH xleh mkn seafood.. n bdn cepat gatal klu ke kwsn yg kurg bersih... cuma nk kontrol baby yg kecil ni.. dh bsar nanti pandai la dia kontrol kan.. cuma doakan baby PH djauhkan dr virus usus, yg akan keluar result pd tgh oct.. keadaan perutnya sekarang semakin pulih.. Alhamdulillah... sejam sekali rasanya minta susu.. anak laki kan..

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com