Showing posts with label Automotif. Show all posts
Showing posts with label Automotif. Show all posts

Tuesday, July 4, 2017

Renew Insurans Kenderaan & Roadtax Murah

Di sini saya menyediakan perkhidmatan memperbaharui
insurans kenderaan serta cukai jalan pada kadar yang minimum
dan tidak membebankan kita sebagai pengguna. 
Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu kita yang
mungkin mengalami masalah kewangan, tiada masa untuk
ke pejabat pos, tiada masa untuk ke JPJ or ke pejabat insurans..
* Tidak perlu beri copy geran kepada saya
* Tidak perlu beri copy cover note kepada saya
* Bayaran premium insurans lebih murah & berpatutan
* Masa anda lebih teratur
* Tidak perlu beratur panjang di JPJ or Pejabat Pos
* Tidak perlu sediakan bayaran tinggi pada agent
* Roadtax akan dipos dalam masa 3 hari bekerja selepas pembayaran dibuat
* Covernote baru akan dihantar ke email anda.
Untuk online perkhidmatan ini, sila isi borang di bawah

*Sebarang perubahan nilai kenderaan lebih rendah dari nilai pasaran, adalah menjadi tanggungjawab anda sekiranya terjadi apa-apa masalah kemudian berkaitan tuntutan sekiranya terjadi kemalangan.
*Rujuk SEMAK NILAI KENDERAAN untuk ketahui nilai terkini kenderaan anda
* Insurans yang ditawarkan ini adalah untuk Firstparty insurans sahaja / comprehensive.
* Permohonan yang lengkap sahaja akan diberi quotation menerusi email yang diberikan. 
* Hanya kenderaan bawah 10 tahun sahaja diproses

Antara pemohon yang mendapatkan perkhidmatan dari saya..
Contoh Customer 1

Contoh Customer 2

Contoh Customer 3
bayar pagi 17/8/2015, ptg dah receive roadtax....

PERINGATAN... QUOTATION AKAN DIHANTAR KE EMAIL YANG ANDA BERIKAN. SILA PASTIKAN EMAIL TERSEBUT SAH DIGUNAKAN DAN SENTIASA SEMAK EMAIL UNTUK MENGETAHUI STATUS QUOTATION.... QUOTATION AKAN DIHANTAR DALAM MASA 3 HARI BEKERJA... YANG MANA TIDAK MENERIMA QUOTATION, BOLEH DIANGGAP PERMOHONAN TIDAK DIPROSES ATAS FAKTOR PERMOHONAN TIDAK LENGKAP.... SILA REPLY EMAIL YANG DIBERIKAN SEKIRANYA BERSETUJU DENGAN JUMLAH YANG DISYORKAN. 





Share:

Wednesday, February 8, 2017

Honda Odyssey EXV & Honda Odyssey RB3

Tengah skrol timeline Facebook, terlintas pula tajuk Harian Metro Online 5/2/17 mengenai Honda Odyssey EXV Lebih Praktikal. Alang-alang sebelum ni aku bercerita mengenai Honda BRV dan kebetulan juga aku baru saja servis kereta di Honda Global Amity Bangi, aku rasa nak share juga info menarik pada generasi Honda Odyssey ni.


Honda Odyssey EXV iaitu Honda Odyssey generasi ke-5 telah dilancarkan di Malaysia pada penghujung tahun 2013. Harga jualan terkini Honda Odyssey EXV dijual dari RM248,000.00. Perbezaan ketara yang jelas dapat dilihat jika dibandingkan dengan generasi ketiga & keempat, dari segi saiz & ketinggiannya.


Pintu penumpang belakang Honda Odyssey EXV berlainan daripada RB3 & RB4. Ianya menggunakan sistem pintu gelungsur yang mana bersesuaian bagi sebuah kenderaan MPV.

Gambar Odyssey EXV di atas di showroom Honda Bangi

Penampilan papan pemuka EXV dengan rekabentuk baru

Tempat duduk penumpang tengah EXV 
diasingkan menampakkan lebih exlusive

Honda Odyssey RB3.. Ramai minat jenis RB3 ni..
ni generasi sebelum EXV... 
 rasanya sebab fizikalnya yang lebih rendah & nampak sporty...
termasuklah seorang manager Honda yang aku jumpa.. kata RB3
memang sangat rare kalau nak dibandingkan yang baru (EXV)

Pintu penumpang kalau kita tengok untuk RB3 boleh dibuka
seperti kereta sedan

Papan pemuka RB3... memang sangat lain dengan EXV...

Tempat duduk penumpang RB3, yang memberi ruang
tempat duduk yang lebih...

Untuk pengetahuan korang, Honda Odyssey EXV & RB3 menggunakan enjin dengan kuasa 2400cc.
So far RB3 memang jimat minyak dari segi penggunaan bahan apinya.. Bila ya pengeluar kenderaan nasional boleh rasa penjimatan minyak tu... kalau keadaan sekarang dengan harga minyak tinggi, kena cari alternatif supaya kita dapat berjimat... RB3 & EXV menggunakan sistem kamera 360 darjah yang memudahkan meletakkan kenderaan serta melancarkan perjalanan di laluan sempit.. Mengikut info, Honda akan keluarkan generasi ke enam Honda Odyssey dalam tengah tahun nanti... 
Share:

Friday, January 20, 2017

Harga dan Gambar Honda BRV

Awal Januari 2017, Honda Malaysia memperkenalkan BRV, yakni kenderaan SUV 7 tempat duduk mereka dengan harga yang mampu menarik minat ramai. Mengikut informasi dari Honda, keistimewaan penghasilan kenderaan ini di mana ianya direka khas untuk pasaran ASEAN. Ianya hadir dengan BRV-E dan BRV-V.


Berbeza dengan kenderaan keluaran Honda yang lain yakni HRV ataupun CRV, BRV dilihat mampu dimiliki disebabkan harganya tidaklah menjangkau RM100,000.. Bagi keluaran BRV-E, harga yang ditawarkan adalah RM85,800.00 (termasuk insurans) dan keluaran BRV-V harga yang ditawarkan pada RM92,800.00 (termasuk insurans). Ya memang harganya lebih rendah berbanding HRV & CRV, tetapi kuasa enjinnya juga berbeza di mana HRV membawa kuasa 1.8cc & CRV pula dengan kuasa enjinnya 2.0cc serta 2.4cc.


Jentera BRV dikuasakan dengan enjin 1.5Liter SOHC i-VTEC dilancarkan lagi dengan penggunaan kotak gear CVT. Honda menyatakan kenderaan ini jimat penggunaan minyaknya dengan kadar 15.5km/liter. Ramai sedia maklum, kenderaan yang dihasilkan Honda, kebanyakannya memang jimat minyak.

Berikut merupakan spesifikasi lengkap Honda BRV

Klik Gambar utk Paparan Jelas


Berikut merupakan pilihan gambar yang patut anda lihat.. 










Sekiranya hampa berminat untuk berhubung dengan wakil jualan,
sila hubungi Saiful 013-3284855
Share:

Thursday, September 29, 2016

Gambar dan Harga Proton Saga Baru 2016

Terkini, Proton baharu sahaja melancarkan Proton Saga baharu 2016 yang menjadi generasi ketiga daripada pengeluaran asal Proton Saga dari tahun 1985. Dari generasi ke generasi Proton Saga terus membuat pelbagai perubahan untuk berdaya saing dengan kelasnya.. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Belia & Sukan, Khairi Jamaludin.


Proton Saga 2016 ini menggunakan enjin VVT 1.3L bagi menggantikan enjin sebelumnya yang menggunakan Campro IAFM 1.3L. Ianya adalah enjin yang sama digunakan oleh Proton Iriz dan Proton telah menambah baik sistem CVT yang diguna pakai pada Saga 2016. Proton Saga baru 2016 dikeluarkan dengan dari spesifikasi Standard 1.3 Manual & CVT, Executive 1.3 CVT serta Premium 1.3 CVT. Sehingga kini dimaklumkan, Proton Saga baru 2016 hanya dikeluarkan untuk variant 1.3L, tiada lagi 1.6L bagi memberi laluan kepada Proton Persona dengan kelasnya.

Gambar menarik Proton Saga baru 2016








Harga terkini Proton Saga 2016




Sumber :
PROTON
PAULTAN



Share:

Tuesday, August 23, 2016

Harga dan Spesifikasi Proton Persona Baru 2016

Pada hari ini, Proton baru sahaja memperkenalkan Proton Persona baharu yang berplatformkan asal dari Proton Iriz.. Proton Persona 2016 ini dikeluarkan dengan 3 variant yakni Standard, Executive & Premium dan ianya bernadikan enjin VVT, 1600cc bagi kesemua jenis variant & tidak lagi menggunakan enjin jenis Campro,  


Berikut, merupakan harga Proton Persona 2016

Kalau ikut dari segi reka bentuk luaran dan dalaman Proton Persona ni, memang jelas Proton sudah melangkah ke depan tidak lagi bercirikan rekabentuk sedia ada lagi.. Tapi kan, dengan menggunakan kotak gear jenis CVT, mungkin akan lebih menjimatkan lagi penggunaan minyak ditambah dengan sistem ECO yang diperkenalkan pada Persona baru ni.. 

Rekabentuk tampak lebih bergaya... 

Enjin VVT menggantikan Campro

Kemasan dalaman serta dashboard...


Panel Meter Persona 2016

Kemasan ruangan penumpang.. 

Untuk spesifikasi lengkap, boleh rujuk detail di bawah..
KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR

Untuk butiran gambar yang lebih lengkap, anda boleh rujuk laman web PROTON ataupun PAULTAN sebagai rujukan sebelum membeli kereta idaman anda ini.. Tak sabar rasanya nak tunggu kemunculan Proton Saga baru yang akan dilancarkan kemudian.. 
Share:

Saturday, July 23, 2016

Dunlop Formula D 05 Tayar Baru

Hampir 2 tahun lebih menggunakan tayar kereta jenama Bridgestone, tiba masanya untuk diganti.. Bridgestone MY02 memang tahan tayar dia, dan sehingga waktu ditukar, bunga tengah tayar masih lagi tebal.. Tapi disebabkan bunga tepi tayar tersebut dah nipis, saya rasa mungkin dah kena tukar ni.. Dah survey pelbagai kedai, sememangnya MY02 sudah tidak dikeluarkan lagi.. So saya decide mencari tayar jenama lain dengan harga kompetitif.. atau lebih murah la.. hehe.. sampai Kedah ni saya pergi tukar tayar.. disebabkan kos tayar di Kedah lebih murah berbanding di Lembah Klang...

Ni tayar terbaru yang saya gantikan pada dua tayar depan.. 
Menggunakan jenama lain yakni Dunlop Formula D05

Untuk pengetahuan, Dunlop buatan Malaysia sekarang di bawah syarikat Continental.. Penggantian tayar ni saya buat dengan meletakkan tayar baru di depan, dan tayar depan sedia ada diletakkan bahagian belakang.. Beberapa tips saya peroleh masa ke kedai tayar kereta. Mesti kebanyakan kita mencari tayar baru kan.. yakni tahun semasa serta kalau boleh bulan yang semasa pun dia nak.. tapi maklumat saya peroleh dari kedai tayar setelah dirisik2.. tayar sebenarnya ada tempoh masak dia selepas dikeluarkan dari kilang dan sebelum digunakan, kata mereka 9 bulan selepas dari tarikh pengeluaran baru elok.. dan bunga tak cepat haus kalau pakai nanti... hmm betul juga kan.. 

sebelum membeli tayar kereta yang baru, sila pastikan sama saiz tayar adalah bersesuaian dengan saiz rim kereta anda.. kereta saya menggunakan saiz tayar 195/50/15... dan benda yang utama hampa perlu lihat adalah seperti gambar di bawah... Dah dua minggu guna Dunlop Formula D05, rasa mcm senang pula nak pusing2 stereng.. ikuti tips pembelian tayar yang saya share sini... hehehe...

 di sini part yang penting.. yang menyatakan bulan bila dikeluarkan tahun bila dikeluarkan.. pada tayar saya, dinyatakan 5115, bermaksud dikeluarkan pada minggu 51 yakni bulan Disember, pada tahun 2015... Treadwear dinyatakan 340, semakin tinggi jumlah treadwear semakin lambat bunga nak haus.. Traction A di situ bermaksud kekuatan cengkaman tayar.. paling bagus AA la.. semakin kurang adalah C... dan dinyatakan Temperature A untuk kawasan panas.. macam Malaysia ni la..

apa yang saya diberitahu, tayar baru sekarang hanya ada outside & inside..
tiada lagi rotation seperti tayar Bridgestone MY02 yang digunakan..

ni Bridgestone yang masih saya gunakan untuk tayar belakang...

MY02 Sporty Style.. bunga masih tebal lagi kan di bahagian tengah...

Kenali Tayar Kereta Anda...

Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com