Showing posts with label Proton Saga SV. Show all posts
Showing posts with label Proton Saga SV. Show all posts

Thursday, September 29, 2016

Gambar dan Harga Proton Saga Baru 2016

Terkini, Proton baharu sahaja melancarkan Proton Saga baharu 2016 yang menjadi generasi ketiga daripada pengeluaran asal Proton Saga dari tahun 1985. Dari generasi ke generasi Proton Saga terus membuat pelbagai perubahan untuk berdaya saing dengan kelasnya.. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Belia & Sukan, Khairi Jamaludin.


Proton Saga 2016 ini menggunakan enjin VVT 1.3L bagi menggantikan enjin sebelumnya yang menggunakan Campro IAFM 1.3L. Ianya adalah enjin yang sama digunakan oleh Proton Iriz dan Proton telah menambah baik sistem CVT yang diguna pakai pada Saga 2016. Proton Saga baru 2016 dikeluarkan dengan dari spesifikasi Standard 1.3 Manual & CVT, Executive 1.3 CVT serta Premium 1.3 CVT. Sehingga kini dimaklumkan, Proton Saga baru 2016 hanya dikeluarkan untuk variant 1.3L, tiada lagi 1.6L bagi memberi laluan kepada Proton Persona dengan kelasnya.

Gambar menarik Proton Saga baru 2016








Harga terkini Proton Saga 2016




Sumber :
PROTON
PAULTAN



Share:

Saturday, August 15, 2015

Proton Perkenal Saga Plus - RM33,242.40

Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan Saga Plus, varian baharu yang dilengkapi ciri tambahan termasuk reka luaran Saga Executive pada lingkungan harga Saga SV. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata Saga Plus diperkenalkan dengan prestasi yang mampu menggantikan varian Saga SV, menerusi lima ciri baharu tanpa kos tambahan kepada pengguna.




"Dengan pengenalan varian baharu ini, PROTON akan mengurangkan penawaran varian dengan menghentikan pengurangan bagi varian Executive dan varian SE variants dalam usaha memberikan lebih nilai kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.



Terdapat lima elemen extra yang ditampilkan dan ia tidak mengundang sebarang pertambahan harga! Elemen yang dimaksudkan ialah rim aloi bersaiz 14-inci, kit badan sepenuhnya, spoiler, hiasan belakang yang sama dengan warna kerangka dan tanda gred ‘Plus’.


Saga Plus dijual pada harga atas jalan serendah RM33,242 hingga RM36, 576 seunit. Ia bakal memasuki semua bilik pameran Proton mulai 15 Ogos ini. Saga Plus ini telah pun bersedia menerima tempahan dan boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown. Ia turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun atau 60,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).
 
Berikut merupakan harga pasaran bagi Proton Saga Plus








Sumber : Proton
              Paultan



Share:

Saturday, June 15, 2013

Proton Lancar Saga FLX SV


Proton telah melancarkan Proton Saga FLX SV baharu yang diadakan hari ini, di samping itu laman web Proton Edar telah mendedahkan maklumat lengkap mengenai spesifikasi dan harga bagi model mampu milik berkenaan.

Menurut maklumat yang terpapar di dalam laman web tersebut, Proton Saga FLX SV merupakan varian tambahan daripada model sedia ada Proton Saga FLX, yang mana ianya merupakan varian paling asas diikuti varian Standard, Executive, dan Executive CVT (Saga FLX SE).

Proton Saga SV dijana enjin CamPro IAFM, 4 Silinder, DOHC 16V bersesaran 1.3 liter, dengan kuasa 94hp@6,000rpm dan tork maksimum 120Nm@4,000rpm. Pelanggan boleh memilih sama ada model dengan transmisi manual 5-kelajuan atau CVT 6-kelajuan.

Spesifikasi Saga SV hampir sama dengan varian Standard, cuma kotak kecemasan perubatan (First Aid Kit), segi tiga keselamatan (Safety Triangle) dan ‘Jumper Cable’ tidak disertakan bersama. Turut ditiadakan ialah dulang bagasi (Luggage Tray), pelindung pintu (Door Visor) dan ‘trunk lid cover’. Ciri-ciri lain termasuk ‘reverse sensor’ dan beg udara berkembar masih dikekalkan sebagai ciri standard.

Enam warna luaran ditawarkan untuk Saga SV baharu seperti Putih (Solid White), Hitam (Tranquility Black), Perak (Genetic Silver), Biru (Blue Rock), Coklat (Elegant Brown), dan Merah (Fire Red).

Harga yang ditawarkan untuk Saga SV dengan transmisi manual ialah RM33,438.00 (Solid) dan RM33,888.00 (Metalik). Bagi Saga SV dengan transmisi CVT pula, harganya ditetapkan pada RM36,438.00 (Solid) dan RM36,888.00 (Metalik). Kesemua harga adalah OTR termasuk insuran.

Dengan pelancaran Proton Saga FLX 1.3 SV baharu yang mendapat penarafan keselamatan 3-Bintang daripada ASEAN NCAP ini, Proton secara rasminya telah menawarkan sebuah model kereta dengan harga yang cukup berpatutan kepada rakyat Malaysia.

"New tab" Gambar utk besarkan detail specifikasi Proton FLX SV

Harga FLX SV Manual

Harga FLX SV CVT


Ansuran Saga FLX SV


Sambil tu, di bawah merupakan spyshots utk keluaran Proton seterusnya.. 
yakni Preve Hatchback yang berkemungkinan 
akan dilancarkan selepas raya nanti




yang sporty ni selepas di touch up sikit



Sumber : funtasticko.net
               azelery.com
               keretamoto.com


Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com