Saturday, June 15, 2013

Proton Lancar Saga FLX SV


Proton telah melancarkan Proton Saga FLX SV baharu yang diadakan hari ini, di samping itu laman web Proton Edar telah mendedahkan maklumat lengkap mengenai spesifikasi dan harga bagi model mampu milik berkenaan.

Menurut maklumat yang terpapar di dalam laman web tersebut, Proton Saga FLX SV merupakan varian tambahan daripada model sedia ada Proton Saga FLX, yang mana ianya merupakan varian paling asas diikuti varian Standard, Executive, dan Executive CVT (Saga FLX SE).

Proton Saga SV dijana enjin CamPro IAFM, 4 Silinder, DOHC 16V bersesaran 1.3 liter, dengan kuasa 94hp@6,000rpm dan tork maksimum 120Nm@4,000rpm. Pelanggan boleh memilih sama ada model dengan transmisi manual 5-kelajuan atau CVT 6-kelajuan.

Spesifikasi Saga SV hampir sama dengan varian Standard, cuma kotak kecemasan perubatan (First Aid Kit), segi tiga keselamatan (Safety Triangle) dan ‘Jumper Cable’ tidak disertakan bersama. Turut ditiadakan ialah dulang bagasi (Luggage Tray), pelindung pintu (Door Visor) dan ‘trunk lid cover’. Ciri-ciri lain termasuk ‘reverse sensor’ dan beg udara berkembar masih dikekalkan sebagai ciri standard.

Enam warna luaran ditawarkan untuk Saga SV baharu seperti Putih (Solid White), Hitam (Tranquility Black), Perak (Genetic Silver), Biru (Blue Rock), Coklat (Elegant Brown), dan Merah (Fire Red).

Harga yang ditawarkan untuk Saga SV dengan transmisi manual ialah RM33,438.00 (Solid) dan RM33,888.00 (Metalik). Bagi Saga SV dengan transmisi CVT pula, harganya ditetapkan pada RM36,438.00 (Solid) dan RM36,888.00 (Metalik). Kesemua harga adalah OTR termasuk insuran.

Dengan pelancaran Proton Saga FLX 1.3 SV baharu yang mendapat penarafan keselamatan 3-Bintang daripada ASEAN NCAP ini, Proton secara rasminya telah menawarkan sebuah model kereta dengan harga yang cukup berpatutan kepada rakyat Malaysia.

"New tab" Gambar utk besarkan detail specifikasi Proton FLX SV

Harga FLX SV Manual

Harga FLX SV CVT


Ansuran Saga FLX SV


Sambil tu, di bawah merupakan spyshots utk keluaran Proton seterusnya.. 
yakni Preve Hatchback yang berkemungkinan 
akan dilancarkan selepas raya nanti




yang sporty ni selepas di touch up sikit



Sumber : funtasticko.net
               azelery.com
               keretamoto.com


Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com