Showing posts with label Model Baru. Show all posts
Showing posts with label Model Baru. Show all posts

Thursday, September 29, 2016

Gambar dan Harga Proton Saga Baru 2016

Terkini, Proton baharu sahaja melancarkan Proton Saga baharu 2016 yang menjadi generasi ketiga daripada pengeluaran asal Proton Saga dari tahun 1985. Dari generasi ke generasi Proton Saga terus membuat pelbagai perubahan untuk berdaya saing dengan kelasnya.. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Belia & Sukan, Khairi Jamaludin.


Proton Saga 2016 ini menggunakan enjin VVT 1.3L bagi menggantikan enjin sebelumnya yang menggunakan Campro IAFM 1.3L. Ianya adalah enjin yang sama digunakan oleh Proton Iriz dan Proton telah menambah baik sistem CVT yang diguna pakai pada Saga 2016. Proton Saga baru 2016 dikeluarkan dengan dari spesifikasi Standard 1.3 Manual & CVT, Executive 1.3 CVT serta Premium 1.3 CVT. Sehingga kini dimaklumkan, Proton Saga baru 2016 hanya dikeluarkan untuk variant 1.3L, tiada lagi 1.6L bagi memberi laluan kepada Proton Persona dengan kelasnya.

Gambar menarik Proton Saga baru 2016








Harga terkini Proton Saga 2016




Sumber :
PROTON
PAULTAN



Share:

Tuesday, August 23, 2016

Harga dan Spesifikasi Proton Persona Baru 2016

Pada hari ini, Proton baru sahaja memperkenalkan Proton Persona baharu yang berplatformkan asal dari Proton Iriz.. Proton Persona 2016 ini dikeluarkan dengan 3 variant yakni Standard, Executive & Premium dan ianya bernadikan enjin VVT, 1600cc bagi kesemua jenis variant & tidak lagi menggunakan enjin jenis Campro,  


Berikut, merupakan harga Proton Persona 2016

Kalau ikut dari segi reka bentuk luaran dan dalaman Proton Persona ni, memang jelas Proton sudah melangkah ke depan tidak lagi bercirikan rekabentuk sedia ada lagi.. Tapi kan, dengan menggunakan kotak gear jenis CVT, mungkin akan lebih menjimatkan lagi penggunaan minyak ditambah dengan sistem ECO yang diperkenalkan pada Persona baru ni.. 

Rekabentuk tampak lebih bergaya... 

Enjin VVT menggantikan Campro

Kemasan dalaman serta dashboard...


Panel Meter Persona 2016

Kemasan ruangan penumpang.. 

Untuk spesifikasi lengkap, boleh rujuk detail di bawah..
KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR

Untuk butiran gambar yang lebih lengkap, anda boleh rujuk laman web PROTON ataupun PAULTAN sebagai rujukan sebelum membeli kereta idaman anda ini.. Tak sabar rasanya nak tunggu kemunculan Proton Saga baru yang akan dilancarkan kemudian.. 
Share:

Wednesday, September 10, 2014

Gambar serta Harga Proton Iriz

Proton akan melancarkan kereta kompak terbaru mereka iaitu
 pada 25 September 2014 ini di Tanjung Malim, 
Harga bagi kereta dengan siri ini masih menjadi tanda tanya. 
tetapi saya sudah menyenaraikan harga jangkaan di pasaran..
Namanya berkemungkinan akan diumumkan sebagai Proton Iriz.











Harga PROTON IRIZ
Model Executive:
  • Executive 1.3 M Solid : RM42,800
  • Executive 1.3 M Metallic : RM43,300
  • Executive 1.3 CVT Solid : RM43,300
  • Executive 1.3 CVT Metallic : RM47,300
  • Executive 1.6 M Solid : RM46,800
  • Executive 1.6 M Metallic : RM47,300
  • Executive 1.6 CVT Solid : RM50,800
  • Executive 1.6 CVT Metallic : RM51,300
Model Premium:
  • Premium 1.6 CVT Solid : RM54,800
  • Premium 1.6 CVT Metallic : RM55,300

Sila hubungi wakil sah jualan Proton:
Fauzie : 0176515748


Website Proton IRIZ 





Sumber : Paultan.org
                Ohmedia.my
               beritasemasa.com.my









 
Share:

Thursday, August 14, 2014

Perodua Lancar AXIA dari RM24,900

Perodua Axia merupakan salah satu model baru 
Perodua yang diperkenalkan pada 15 Ogos 2014. 
Kini, ia dilihat yang mana kereta dengan fokus terhadap penjimatan tenaga 
tersebut akan ditawarkan pada harga bermula sekitar RM24,900.
 

Perodua Axia akan hadir dalam empat variasi berbeza, iaitu 
Standard E, Standard G, Axia Special Edition dan juga Axia Advance. 
Harga asas ini akan digunakan pada model Standard E, 
dan model lain akan membawakan penambahan harga 
yang selari dengan apa yang ditawarkan.
Apa yang dikatakan oleh mereka adalah dimana 
kenderaan ini bakal menawarkan ruangan boot 
belakang seluas 260 liter. Model kenderaan ini juga 
merupakan model pertama EEV daripada Perodua, 
yang mana dikatakan menggunakan petrol sekitar 21.6km/l.
Perodua Axia dikatakan merupakan gabungan perkataan “Asia” 
dan huruf “S” digantikan dengan “X” yang menandakan
 ia merupakan model ke-sepuluh daripada Perodua.

Berikut merupakan variant serta HARGA PERODUA AXIA

HARGA PERODUA AXIA DI PASARAN
  • Standard E (1.0 E manual) – RM24,900 (solid), RM25,300 (metallic)
  • Standard G (1.0 G manual) – RM32,800 (solid), RM33,200 (metallic)
  • Standard G (1.0 G automatic) – RM34,800 (solid), RM35,200 (metallic)
  • Special Edition (1.0 SE manual) – RM37,900 (solid), RM38,300 (metallic)
  • Special Edition (1.0 SE automatic) – RM 40,900 (solid), RM41,300 (metallic)
  • Advance (1.0 AV automatic) – RM44,900 (solid), RM45,300 (metallic)


Gambar-gambar menarik PERODUA AXIA




Lagi... Gambar-gambar Perodua Axia..

















Detail Perodua AXIA Specification : PAULTAN.ORG / PERODUA




Share:

Sunday, December 1, 2013

Proton Lancar Persona SV - RM44,938

Pada hari ini Proton Holdings Bhd. (Proton) akan melancarkan varian terkini, Persona SV dengan harga serendah RM44,938 sebuah serta menawarkan pakej bayaran bulanan serendah RM388.

Varian baharu itu didatangkan dengan ciri keselamatan yang lebih baik serta penalaan casis Lotus. Kereta itu turut dilengkapi dengan empat brek cakera, dua beg udara, brek anti kunci (ABS) serta kuasa brek elektronik (EBD).

Varian Persona manual yang berada di pasaran kini berharga serendah RM47,533, termasuk insurans.

Proton pada pertengahan tahun ini turut melakukan kaedah yang sama dalam memperkenalkan varian baharu terhadap model sedia ada, iaitu Saga SV dengan harga lebih kompetitif.

Harga Saga SV dijual pada harga serendah RM33,426 berbanding varian sulungnya, Saga FLX iaitu bernilai RM38,140.

Saga SV yang diperkenalkan itu mendapat sambutan baik dengan 4,000 tempahan yang diterima selepas seminggu pelancarannya.

Pengenalan varian itu merupakan usaha pengeluar kereta nasional itu menawarkan harga kereta yang lebih kompetitif kepada pengguna.









Harga Proton Persona SV:
Persona 1.6 SV Manual
RM45,388.00 / Metallic
RM44,938.00 / Solid

Persona 1.6 SV Automatic
RM48,388.00 / Metallic
RM47,938.00 / Solid
* Harga adalah OTR dan termasuk insurans dalam Semenanjung Malaysia.

Proton Persona SV Offer / Promotion:
2 tahun atau 50,000km waranti, (yang mana lebih dahulu).
Skim ansuran bulanan serendah: RM388 sebulan



Sumber : Paultan / Utusan Malaysia



Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com