ni pandangan hadapan di depan pintu New York Hotel
tak buka lampu lagi time ni.. kalau buka pun, perhh romantik sgt
ada sofa bed lagi kat sebelah situ..
senang 2 single bed.. pakat guling-guling la..
okeh dijadikan tempat aku charge handphone.. hahaha...
set coffee & tea berserta complimentary 2 botol air...
kalau gi mana-mana hotel, yang aku selalu tengok benda penting adalah tilam, tv serta bilik air.. duk harap sangat bilik air tidak jadi macam aku ke Terengganu bulan lepas.. bertakung air dlm bilik air selepas member menggunakannya.. dan bila buka bilik air di New York Hotel, uishhh.. boleh tahan...
haa tu dia.. ada bathtub sekali haa..
kemasan yang bagus...
set mandian yang disediakan..
ada siap pengering rambut.. yg ni si member yang banyak guna...
katanya di sini turut serta disediakan kemudahan kolam renang, jaquzi, sauna serta bilik gymnasium. so kalau dah ada tu pi la cuba kan.. tunggu lagi.. hehehe... tapi gambar sendiri tak ambik la.. sensor.. hehehe..
kolam renang yg airnya tersangat lah sejuk,.. so xjadi mandi situ...
so kami 4 orang decide mandi di kolam jaquzi jer.. lagi sedap..
antara peralatan yg ada di dalam gymnasium di sini...
breakfast lengkap la sebenarnya dari nasi lemak, yang goreng-goreng, sandwich, kuih pau, pelbagai jenis telur, buah-buahan.. lengkap la.. tapi aku makan gini jer... hehehe..
malam pulak nak gi makan mana? banyak kedai makan depan hotel ni.. sampai pening tak tahu nak decide yang mana, so pada malam yang pertama kami decide untuk cuba ke restoran Banafee Village.. ada live band juga ketika tu..
Nasi Ayam Penyet juga menjadi pilihan kami berempat...
Pada malam keduanya kami decide untuk pusing-pusing ke bazar yang macam uptown or downtown tu... mencari la kami kedai makan.. last terjumpa satu cafe hipster.. menarik juga cafe ni.. tapi sempat ambil gambar signboard kedai jer.. sebab kusyuk makan.. hehe.. owner cafe pun bagus.. datang tegur kami yang datang dari jauh ni.. terima kasih juga kepada owner cafe Al Fayeed Cafe.. kedai anda terbaik..
pengalaman datang ke negeri Johor kali ini, bertambah menarik bila kami sempat minum bersama pasukan JDT & TMJ di kedai berhadapan New York Hotel iaitu di Zeven Cafe.. sempat la juga bergambar dengan pemain Syafiq Rahim..
ni la kami berempat bersama dengan Syafiq Rahim...
kalau gi JB, bolehlah menginap lagi di New York Hotel Johor Bahru..
Harga sewaan Bilik New York Hotel Johor Bahru
Standard Room : bermula dari RM204
Deluxe Room : bermula dari RM233
Deluxe Family : bermula dari RM297
Suite Room : bermula dari RM408
harga sewaan ni berdasarkan dari website TRIVAGO
8 comments:
Macam best. Nanti boleh cuba.
@Safeni Feni blh cuba nanti kalau ke JB.. layanan staf terutaman Duty manager dia pun bagus.
saya pernah menginap kat sini masa trip ke uss singapore..memang berbaloi2 nak2 lagi sarapan dia!
gua nampak sofa merah je, dan kebarangkalian untuk gua tidur atas ia terlalu tinggi...
@Cr. Siti Hazreen Shahrom Yup berbaloi kalau sarapan paginya.. memang pusing satu cafe.. hehe
@Bro Framestone hehehe.. sofa tu dah dijadikan member sbg penyidai pakaiannya.. hahaha...
bestnya gi hotel. ;D
@YF kalau outstation best la.. hahahaha.. dapat la gi nginap mana2..
Post a Comment