Showing posts with label Pakej Honeymoon. Show all posts
Showing posts with label Pakej Honeymoon. Show all posts

Wednesday, April 6, 2016

Menginap di New York Hotel Johor Bahru

Karnival Pendidikan MARA di perkarangan Plaza Angsana, Johor Bahru menjadi destinasi saya kali ini untuk bertemu pelajar-pelajar.. Ianya bersempena Karnival MARA yang berlangsung dari 2 & 3 April 2016 di perkarangan Plaza Angsana... Sebelum ke sana, saya sudah survey tengok hotel apa yang bersesuaian untuk saya & rakan-rakan menginap.. Bila diteliti dengan pelbagai faktor, so kami decide untuk memilih tinggal di New York Hotel Johor Bahru...

ni pandangan hadapan di depan pintu New York Hotel

kami bertolak hari Jumaat dan tiba di Johor Bahru pada jam 6 petang.. Badan dah penat drive dan terbayang bilik hotel yang bagaimana ya kami akan tinggal.. jeng jeng jeng...

tak buka lampu lagi time ni.. kalau buka pun, perhh romantik sgt
ada sofa bed lagi kat sebelah situ.. 

senang 2 single bed.. pakat guling-guling la..

okeh dijadikan tempat aku charge handphone.. hahaha...

set coffee & tea berserta complimentary 2 botol air...

kalau gi mana-mana hotel, yang aku selalu tengok benda penting adalah tilam, tv serta bilik air.. duk harap sangat bilik air tidak jadi macam aku ke Terengganu bulan lepas.. bertakung air dlm bilik air selepas member menggunakannya..  dan bila buka bilik air di New York Hotel, uishhh.. boleh tahan... 

haa tu dia.. ada bathtub sekali haa.. 

kemasan yang bagus...

set mandian yang disediakan.. 

ada siap pengering rambut.. yg ni si member yang banyak guna...

katanya di sini turut serta disediakan kemudahan kolam renang, jaquzi, sauna serta bilik gymnasium. so kalau dah ada tu pi la cuba kan.. tunggu lagi.. hehehe... tapi gambar sendiri tak ambik la.. sensor.. hehehe.. 

kolam renang yg airnya tersangat lah sejuk,.. so xjadi mandi situ...

so kami 4 orang decide mandi di kolam jaquzi jer..  lagi sedap..

antara peralatan yg ada di dalam gymnasium di sini...

breakfast lengkap la sebenarnya dari nasi lemak, yang goreng-goreng, sandwich, kuih pau, pelbagai jenis telur, buah-buahan.. lengkap la.. tapi aku makan gini jer... hehehe.. 

malam pulak nak gi makan mana? banyak kedai makan depan hotel ni.. sampai pening tak tahu nak decide yang mana, so pada malam yang pertama kami decide untuk cuba ke restoran Banafee Village..  ada live band juga ketika tu.. 

Nasi Ayam Penyet juga menjadi pilihan kami berempat... 

Pada malam keduanya kami decide untuk pusing-pusing ke bazar yang macam uptown or downtown tu... mencari la kami kedai makan.. last terjumpa satu cafe hipster.. menarik juga cafe ni.. tapi sempat ambil gambar signboard kedai jer.. sebab kusyuk makan.. hehe.. owner cafe pun bagus.. datang tegur kami yang datang dari jauh ni.. terima kasih juga kepada owner cafe Al Fayeed Cafe.. kedai anda terbaik.. 

pengalaman datang ke negeri Johor kali ini, bertambah menarik bila kami sempat minum bersama pasukan JDT & TMJ di kedai berhadapan New York Hotel iaitu di Zeven Cafe.. sempat la juga bergambar dengan pemain Syafiq Rahim..
ni la kami berempat bersama dengan Syafiq Rahim...

kalau gi JB, bolehlah menginap lagi di New York Hotel Johor Bahru.. 

Harga sewaan Bilik New York Hotel Johor Bahru
Standard Room : bermula dari RM204
Deluxe Room : bermula dari RM233
Deluxe Family : bermula dari RM297
Suite Room : bermula dari RM408

harga sewaan ni berdasarkan dari website TRIVAGO
Share:

Friday, February 21, 2014

Tempat-tempat Menarik Di Pulau Langkawi

Berikut merupakan tempat-tempat menarik
yang boleh dilawati kita apabila ke Langkawi...
Dataran Lang, Pulau Langkawi
Dataran Lang ialah mercu tanda yang paling jelas kelihatan oleh pelawat yang datang melalui jalan laut. Terletak berhampiran Jeti Kuah, tarikan utama di dataran ini ialah patung seekor helang yang bersedia untuk terbang. Mengikut cerita lama, Langkawi memperolehi namanya daripada helang. Dalam Bahasa Melayu Lama, kawi bermaksud perang kemerahan, oleh itu, Langkawi bermaksud ‘Helang perang kemerahan'


Langkawi Cable Car
Anda akan naik ke salah satu gunung tertinggi di Pulau Langkawi yang cableway pada ketinggian terbang burung. Anda akan dapat mengagumi keindahan laut dan pemandangan tropika "Cable Landcapes". Cable car membawa anda ke puncak bukit di mana kita dapat melihat sehingga ke pulau Tarutao, Adang dan Ko Ko Lipeh di Thailand.

Underwater World Langkawi
Terletak di 6.2 hektar tanah di pantai taman luar biasa dari Pantai Cenang, UWL adalah salah satu yang aquaria laut yang terbesar dan air tawar di Asia. Underwater World mempunyai lebih dari 5.000 spesies hidupan laut. Tarikan terbaru di sini termasuklah Artik Penguins, stempel, Anaconda raksasa dan 4D-theater. Anda juga boleh berbelanja di The Zone (Duty free shopping complex).

Kilim Geoforest Park

Beras Terbakar
Beras Terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Tempat ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Kini kawasan beras terbakar telah dipagar sebagai tanda letaknya tapak beras terbakar. Kawasan ini terletak di dalam kawasan tanah persendirian di kawasan Padang Mat Sirat.

Makam Mahsuri
Ia merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Telaga Tujuh
Terletak di Gunung Mat Cincang. Nama air terjun ini bermaksud 'Telaga Tujuh', merujuk kepada koleksi tujuh kolam berasingan yang terjadi secara semula jadi.

Laman Padi
Laman Padi adalah merupakan sebuah produk pelancongan yang berasaskan eco-pelancongan dimana budaya dan tamadun masyarakat Melayu di dalam aktiviti penanaman padi dikekalkan dan dilestarikann secara hidup. Pelbagai aktiviti dikekalkan sebagai satu Muzium Hidup untuk diwarisi sebagai satu kaedah kepada generasi mendatang.

Gunung Raya
Terletak pada ketinggian 881 meter, Gunung Raya adalah gunung tertinggi di pulau itu dan adalah penuh dengan mitos dan legenda tanah. Pasti untuk mengejar pemandangan dari tempat peninjau di atas.

Pulau Payar
Taman laut Pulau Payar merupakan taman laut terbesar diantara pulau-pulau di Langkawi.

Pulau Beras Basah
Oleh kerana pulau ini tidak dikomersialkan, tidak banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Oleh itu, ambil masa untuk berehat atau membaca buku, berjemur, atau berenang di dalam air biru jernih.


Ingin Hotel untuk didiami di Langkawi..? The Villa Langkawi
Kereta Sewa Murah di Langkawi...? Kereta Sewa Langkawi


Share:

Monday, February 10, 2014

Review The Villa Langkawi

Antara hotel yang menjadi pilihan saya pada awal tahun 2014
serta menjadi pilihan saya untuk honeymoon buat pertama kalinya
adalah The Villa Langkawi..Ianya terletak di jalan utama 
menuju Pantai Cenang serta Pantai Tengah..
dari hotel tersebut menuju Pantai Cenang
mengambil masa kurang 5 minit memandu kenderaan...
Hotel ini juga merupakan hotel yang masih baru
di Pulau Langkawi dan kemudahannya pun masih elok.
Bagi yang ingin merasai ketenangan di samping
pada kos sewaan yang sederhana, hotel ini 
adalah antara yang saya rasakan sesuai...
Di Langkawi saya mengambil perkhidmatan kereta sewa
berupa Nissan Almera pada kadar RM80 sehari..

KLIK SINI UTK KERETA SEWA LANGKAWI 

breakfast yg disediakan oleh pihak hotel sangat memuaskan..
yg penting ianya dh trmasuk dlm charge penginapan ya..
bagi yg nk senang mandi kolam, blh memilih bilik jenis
Premium Deluxe.. buka pintu bilik terus mengadap swimming pool...
kekurangan yg saya dapat kenal pasti pd hotel ini adalah
dari segi penyerap bunyi yg tiada pada bilik hotel
termasuk pada pintu bilik hotel... so kita akn jelas kedengaran
staf-staf hotel chit-chat serta bunyi org lalu lalang koridor...

KLIK PADA GAMBAR UTK KE WEBSITE THE VILLA LANGKAWI

GALLERY THE VILLA LANGKAWI







Detail room rate


atas ni merupakan promotional rate yg saya dapatkan

BOOKING THE VILLA LANGKAWI:



bergaya dengan kereta sewaan... hehehe....

jangan lupa beli dan pakai sunblock ya bile ke Langkawi

Tempat Menarik Di Langkawi..??? KLIK SINI


Share:

Thursday, January 16, 2014

Kereta Sewa Langkawi

Kereta yang disewa saya pada percutian bulan 1 2014
(gambar kereta sebenar)

KERETA SEWA MURAH LANGKAWI

Apabila anda ingin ke Langkawi, saya boleh
sarankan Kereta Sewa yang harga berpatutan
dan sememangnya anda akan berpuas hati
dengan kereta yang disewa serta anda
juga akan merasa gembira dengan layanan oleh
owner kereta sewa tersebut..

Senarai Sewaan Kereta Sewa Langkawi

PERODUA KANCIL : RM 40 (gambar hiasan)

PROTON ISWARA : RM 50 (gambar hiasan)

PERODUA VIVA : RM 60 (gambar hiasan)

Kia Picanto : RM60 (gambar hiasan)

PROTON WIRA : RM 60 (gambar hiasan)

PERODUA MYVI : RM 70 (gambar hiasan)

TOYOTA VIOS : RM 80 (gambar hiasan)

NISSAN SENTRA : RM 80 (gambar hiasan)

HONDA CITY : RM 80 (gambar hiasan)

NISSAN ALMERA : RM 80 (gambar sebenar)

HONDA JAZZ : RM 80 (gambar hiasan)

MAZDA 2 : RM 80 (gambar hiasan)

Boleh menghubungi pemilik kereta sewa di talian
Amer = 013-4377263


Senarai sewaan yang dinyatakan di atas adalah untuk low season

Penginapan di Langkawi..?? The Villa Langkawi

Tempat Menarik di Langkawi...??? KLIK SINI


Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com