Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Sunday, August 21, 2016

Harga Tiket Terkini Zoo Negara

Seingat saya la, campur yg terbaru ni, baru 2 kali saya buat kunjungan ke Zoo Negara.. Sebelum ini saya pernah pergi ke Zoo Negara, tapi tiket sebagai Volunteer Zoo Negara.. teringat dulu, kena bersih kandang landak la.. harimau la.. perhhh... mencabar.. begini rupanya tugas-tugas penjaga Zoo Negara, selain memberi makan kepada haiwan-haiwan yang ada di situ.. Itu zaman 2010 dulu la... So yg latest ni, saya pergi atas sebab nak bawa anak kenal-kenal dengan binatang yang ada.. ada yg sedia duk dalam sangkar, dalam kandang dan dalam bilik berhawa dingin pun ada yakni.. Panda.. hehehe..

yeahhh.. selamat datang ke Zoo Negara, Malaysia

Kalau hampa perasan kan, dulu yakni tahun lepas & sebelumnya, tiket nak masuk Zoo Negara memang mahal, tak termasuk Giant Panda lagi.. kalau termasuk Giant Panda, mau cecah RM54 untuk orang dewasa..

ni Harga Tiket Masuk Zoo Negara untuk tahun 2015 & sebelumnya

Mau fikir dua tiga kali juga kan kalau harga mcm tu.. so bermula tahun 2016, Zoo Negara memperkenalkan harga baru tiket masuk Zoo Negara, dengan harga yang kompetitif & lebih menarik perhatian pengunjung..

ni harga tiket terbaru Zoo Negara, RM44 sahaja termasuk Giant Panda... 

Perlu diingat, untuk Giant Panda last boleh masuk jam 4.30petang.. dan operasi Zoo Negara tutup jam 5.30petang, dan ianya dibuka setiap hari untuk kunjungan.. Masa saya pergi hujung minggu ni, sempat juga saya tengok Animal Show.. 

Tengok Singa Laut beraksi.. memang mencuit hati...

lepas dari tengok pertunjukkan haiwan, 
terus kami laju2 menuju ke tempat panda..
kang tutup pula.. rugi.. hehehe...

tengok mak & anak panda beraksi.. hehe.. 

Sang Buaya tengah berehat atau menunggu mangsa.. 

Harimau Bintang ni macam mengandung tak silap..

udah 2 jam wei... balik la.. tunggu lagi.. kaki dah ketaq ni...

Pelbagai lagi jenis haiwan sama ada jinak ataupun liar tak sempat saya nak ambil gambar, terkejar-kejar dengan masa.. kang tutup pula Zoo Negara ni.. Hampa nak tau apa lagi binatang yang ada di Zoo Negara, so terjah je la Zoo Negara, Malaysia.. tunjuk la ke anak cucu kita.. nanti depa dah besaq, entah ada atau tidak binatang-binatang tu.. 

Apa yang hanpa perlu sedia bila berkunjung ke Zoo Negara:
- sediakan air mnieral yang cukup, jalan jauh + panas..
- sediakan payung (sebab panas + hujan)
- bawa la makanan untuk alas perut sambil jalan-jalan dalam Zoo tu..
- kalau boleh yang ada anak kecil, bawa stroller.. larat ka nak dukung nanti.. hehe..




Sumber :


Share:

Wednesday, April 6, 2016

Menginap di New York Hotel Johor Bahru

Karnival Pendidikan MARA di perkarangan Plaza Angsana, Johor Bahru menjadi destinasi saya kali ini untuk bertemu pelajar-pelajar.. Ianya bersempena Karnival MARA yang berlangsung dari 2 & 3 April 2016 di perkarangan Plaza Angsana... Sebelum ke sana, saya sudah survey tengok hotel apa yang bersesuaian untuk saya & rakan-rakan menginap.. Bila diteliti dengan pelbagai faktor, so kami decide untuk memilih tinggal di New York Hotel Johor Bahru...

ni pandangan hadapan di depan pintu New York Hotel

kami bertolak hari Jumaat dan tiba di Johor Bahru pada jam 6 petang.. Badan dah penat drive dan terbayang bilik hotel yang bagaimana ya kami akan tinggal.. jeng jeng jeng...

tak buka lampu lagi time ni.. kalau buka pun, perhh romantik sgt
ada sofa bed lagi kat sebelah situ.. 

senang 2 single bed.. pakat guling-guling la..

okeh dijadikan tempat aku charge handphone.. hahaha...

set coffee & tea berserta complimentary 2 botol air...

kalau gi mana-mana hotel, yang aku selalu tengok benda penting adalah tilam, tv serta bilik air.. duk harap sangat bilik air tidak jadi macam aku ke Terengganu bulan lepas.. bertakung air dlm bilik air selepas member menggunakannya..  dan bila buka bilik air di New York Hotel, uishhh.. boleh tahan... 

haa tu dia.. ada bathtub sekali haa.. 

kemasan yang bagus...

set mandian yang disediakan.. 

ada siap pengering rambut.. yg ni si member yang banyak guna...

katanya di sini turut serta disediakan kemudahan kolam renang, jaquzi, sauna serta bilik gymnasium. so kalau dah ada tu pi la cuba kan.. tunggu lagi.. hehehe... tapi gambar sendiri tak ambik la.. sensor.. hehehe.. 

kolam renang yg airnya tersangat lah sejuk,.. so xjadi mandi situ...

so kami 4 orang decide mandi di kolam jaquzi jer..  lagi sedap..

antara peralatan yg ada di dalam gymnasium di sini...

breakfast lengkap la sebenarnya dari nasi lemak, yang goreng-goreng, sandwich, kuih pau, pelbagai jenis telur, buah-buahan.. lengkap la.. tapi aku makan gini jer... hehehe.. 

malam pulak nak gi makan mana? banyak kedai makan depan hotel ni.. sampai pening tak tahu nak decide yang mana, so pada malam yang pertama kami decide untuk cuba ke restoran Banafee Village..  ada live band juga ketika tu.. 

Nasi Ayam Penyet juga menjadi pilihan kami berempat... 

Pada malam keduanya kami decide untuk pusing-pusing ke bazar yang macam uptown or downtown tu... mencari la kami kedai makan.. last terjumpa satu cafe hipster.. menarik juga cafe ni.. tapi sempat ambil gambar signboard kedai jer.. sebab kusyuk makan.. hehe.. owner cafe pun bagus.. datang tegur kami yang datang dari jauh ni.. terima kasih juga kepada owner cafe Al Fayeed Cafe.. kedai anda terbaik.. 

pengalaman datang ke negeri Johor kali ini, bertambah menarik bila kami sempat minum bersama pasukan JDT & TMJ di kedai berhadapan New York Hotel iaitu di Zeven Cafe.. sempat la juga bergambar dengan pemain Syafiq Rahim..
ni la kami berempat bersama dengan Syafiq Rahim...

kalau gi JB, bolehlah menginap lagi di New York Hotel Johor Bahru.. 

Harga sewaan Bilik New York Hotel Johor Bahru
Standard Room : bermula dari RM204
Deluxe Room : bermula dari RM233
Deluxe Family : bermula dari RM297
Suite Room : bermula dari RM408

harga sewaan ni berdasarkan dari website TRIVAGO
Share:

Sunday, February 21, 2016

Bercuti ke Gold Coast Morib International Resort

Sekarang ni, nak bercuti ke mana jer semestinya kena ada perancangan yang lebih awal. Tambah-tambah yg melibatkan perancangan yg berunsurkan wang ringgit. Iyela kan, sejak ada GST ni, semua benda jadi mahal, Tetiba teringat nak bawa si bujang bermain air di water park mana-mana yg bagus serta murah,.. So dari awal saya teringin nak bawa si bujang ke Gold Coast Morib International Resort..

  Gold Coast Morib International Resort
view ni diambil dari bilik saya yg facing water park

Pergi ke Gold Coast Morib ni pun setelah membaca review dari pasangan blogger popular Ujang dan Yana yang menyatakan banyak benda yang perlu diimprove.. hmm.. dengan berbekalkan booking dari Myimart yg ada wat sale untuk Gold Coast Morib International Resort.. pergi lah kami 3 org ke situ dengan pakej 2 hari 1 malam berharga RM145.00 (Studio Suite room ada jaquzi + 2 breakfast + 2 flying fox + 2 high rope + beberapa diskaun termasuk KTV Karaoke).. 

Setibanya di sana, kami disambut oleh receptionist yg berbudi bahasa.. bagus feedback ketika berdepan diaorg ni.. kata dalam hati.. tak sabar menuju ke bilik yang mana saya diberi bilik katil king size serta balkoni berdepan dengan water park.. 

Haziq dah mula test, betul ke receptionist lambat pick-up call..
yes true.. saya cuba call ke Receptionist haram tidak berjawab... 
just nak buat pertanyaan mengenai safety box dalam bilik...

yeay ada jaquzi.. tapi hmm slow gila nak menunggu air penuh... 
serta satu suis blower je yg berfungsi...nak suruh saya report 
receptionist dalam call 3 or 4 kali tak berjwb? jenuh.. tunggu je la...

 okeh yang ni berfungsi okey....
  
 aduii letih dah bagi jer Haziq uruskan.. hehehe...

kemasan diruang tv.. habis kami letak beg semua la.. hehehe... 

Setelah meletakkan semua brg, kami bertiga pun menuju ke water park.. tapi tiada gambar, barang-barang tinggal habis dalam bilik.. lagipula sapa nak ambil gambar kami kan.. waktu kami bermandi manda di water park, petang hari pertama, dan pagi hari keduanya.. puas Haziq dapat bermandi manda kat water park..itu motif utamanya.. hehee... hari kedua sampai dia tertido la sebab letih main air...

breakfast disediakan agak menarik dengan pilihan yg ada..

dalam ketidak puasan hati dari segi customer service di pihak front office terutamanya pick-up call dari receptionist, nak kata ramai or peak season, bukan.. hmm tah la.. tapi kami berpuas hati dengan kami sendiri sebab dapat bermandi-manda di water park dengan anak.. masa terluang diisi dengan anak.. dan ini bukan kali pertama saya pergi ke Gold Coast Morib, pertama kali sebelum ini pergi dengan saya sekeluarga selepas saya baru bertunang pada hujung tahun 2012 yang lalu..

Bagi yang nak tahu harga menginap di Gold Coast Morib International Resort, boleh jer rujuk MyImart, Groupon, ataupun mana-mana website online yang lain..
Share:

Wednesday, January 6, 2016

Cuti-cuti Vietnam 4 Hari 3 Malam

Alhamdulillah dikurniakan rezeki mendapat award atas sebab performance untuk financial year 1415. Untuk kali ini, award diberi oleh pihak management kpd sy adlah percutian 4 hari 3 malam ke Vietnam bersama rakan2 penerima award yang lain.. Ada juga office mate sy mendpt percutian ke London dan juga Mauritius.. Ikut rezeki masing-masing kan.. hehehe... Btw, thank you MSU for giving me this award.. dah berkurun baru nak update kan dalam blog..

Percutian ni bermula dari 17 Disember 2015, dan pulang ke tanah air pada 20 Disember 2015. Kenapa Vietnam..?? Kata our MSU Presiden, supaya kami kenal lifestyle & culture org di sana bagaimana. dan yang penting katanya, di sana adlh syurga membeli belah. Memang murah pakaian2 yg dijual di sana.. jgn terkejut ada tudung yg dijual sini RM60 - RM80, sana jual RM20 jer.. sebijik.. hehehe...

Flight Air Asia dari KLIA2 jam 7:30am, dtg ontime.. alhamdulillah tiada delay.. gmbr di atas adalah gmbr ketika nak landing di Tan Son Nhat International Airport, Vietnam. Perjalanan dari KLIA2 memakan masa lbh kurg 1 jam lbh... dan masa di Vietnam 1 jam lewat dari Malaysia..


Sampai je airport semua pakat bernafsu tgk simcard sana, pakat nak beli.. pakat gila meroyan sbb xda internet.. tu dia org zaman la ni.. hehehe.. lastly our travel agent bg opinion, biar dia je yg uruskan... So kami dibekalkan simcard Mobifone Vn, unlimited data babe... hehehe..
pusing2 keluar airport dah nak tengahhari dah, dah disebabkan semua dah lapar tak sangga dah...   so kami dibawa ke Restoran D'Nyonya, terletak di Ho Chi Minh.... yg menyajikan makanan masakan Malaysia.


Selepas dah makan kenyang2 baru lah kami menuju ke hotel tempat kami menginap.. sebelum travel ke Vietnam, sy dah survey tgk hotel yg dberikan, blh tahan juga.. so bila pergi yes, selesa dalam biliknya.. hotel yg kami tinggal adlh Sabah Saigon Boutique Hotel..


nasiblah dlm bilik air ada paip air..  hehe.. berhati2lah ya..
bagi yang nak ke sana.. mostly public toiletnya tiada paip air..
hehehe.. so prepare la ya botol air.. dekat airport pun tiada paip air.. hehe..

Selepas lunch and berehat skjap di dlm bilik hotel.. dlm jam 2pm gitu kami di bw pula ke Buu Dien Saigon (Saigon Central Post Office) yg mana bangunan tersebut siap dibina pada tahun 1891..



 selepas dari tu, tour guide bw kami semua ke Hard Rock Cafe utk just bergmbr katanya, barang2 mahal katanya.. hehehe.. baju2 dia kata beli je yg local.. hehehe.. so ikut jela pesanannya.. 


Next, hari kedua pula.. hehe.. terus hari kedua.. nak tunjuk sikit breakfast apa yg ada d Sabah Saigon Boutique Hotel, tapi sy mkn biasa2 jer la.. untuk alas perut jer..

itu je makan time breakfast... hehehe....

alas perut tu sbb kami bersiap sedia nak g "Mekong River" ... Sungai Mekong adlh sungai yg ke-7 terpanjang di benua Asia...  Utk menyusuri Sungai Mekong, kami dibw dgn bot pelancong dan satu bot tu penuh dgn rombongan dr kami.. nasib la dpt tour guide bagus.. tlg amik gmbr sokmo la dia...

  
pengalaman naik sampan, menggerunkan.. hehehe.. dlm sungai yg kecil penuh dgn bermcm sampan.. kebtulan time sy naik tu, yg kemudi sampan tu, 'girl' baru berumur 15 tahun.. cekap dia handle...


macam kanak2 ribena pulak.. hehehe.. padahal mak pak org dah.. hehe...

elok sampai ke Saigon, hari pun dah senja, kami di bw utk dinner.. so pakat rancang pergi Ben Thanh Market nk ronda2 tgk barangan/pakaian yg dijual.. dan kami dipesan oleh tour guide supaya lbh berhati2 dsebabkan nak berjalan kaki blh, cumanya kenderaan terutama motosikal terlalu banyak dan diaorg main redah jer.. okeh so apa petua saya leh kasi, kalau nak melintas jalan tu, angkat tgn ke arah kenderaan dan tahan kenderaan tu baru melintas k.. hehehe... di Ben Thanh Market juga saya rasa tak banyak yg saya beli, saya membeli di kedai berdekatan dan pasar malam sebelahnya.. 

Nak jubah murah2, nak telekung murah, tudung murah, better beli di kedai bersebelahan dgn Ben Thanh Market, bukan di dalam Ben Thanh Market, antara option yg blh dipilih adalah kedai butik Rohani.. haa sebelum terlupa siang tadi kami di bawa ke Kedai Borong Lhinda (Linda)... sana pun jual pakaian dgn harga yg murah... petua yg saya leh kasi, kalau nak tukar duit kepada Dong Vietnam, tukar sikit cukup la.. dalam RM50 / RM100 jer... sbb bnyk jualan menggunakan Ringgit Malaysia.. dan lebih untung sekiranya kita membeli dlm RM, kalau beli dalam Dong Vietnam, kita akan di charge lbh... orait...  (gmbr tiada sbb kalut shopping)

Hari ketiga kami diberitahu akan di bawa ke Cu Chi Tunnels.. satu pengalaman yg dinanti.. jarak dari Saigon City (Ho Chi Minh City) lbh kurang sejam perjalanan.. 

haa.. ini antara terowong yg digunakan ketika perang dunia dahulu..

sambil dia duk bercerita tu tentang komunis.. haa kami nak bergmbr.. hehe...

ini dia antara perangkap yg digunakan olh tentera komunis...

okeh... time to go back to hotel room... hehehe.. 

ehh sebelum balik, tour guide bawa kami ke sini pula.. yeah..
gambar kenangan di Ho Chi Minh City sebelum pulang
pada keesokan hari..



Hari ke-empat kami, tiada ke mana dah sbb diletakkan free&easy, so fikir2 duk bilik hotel je la sbb after lunch kami akn bergerak ke airport sudah.. Flight pada 20/12/2015 dijangka pada jam 2015, delay pula dekat sejam.. tunggu je la... hehe... apapun nak ucap terima kasih pada Management & Science University utk trip award kali ini.. terima kasih kpd tour guide Encik Nam dari Muslim Travel Vietnam atas bantuan ketika di sana dan dia sangat peramah & always membantu.. 

- currency ketika ini 1juta Dong Vietnam = RM 200.00
Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com