Showing posts with label Morib. Show all posts
Showing posts with label Morib. Show all posts

Sunday, February 21, 2016

Bercuti ke Gold Coast Morib International Resort

Sekarang ni, nak bercuti ke mana jer semestinya kena ada perancangan yang lebih awal. Tambah-tambah yg melibatkan perancangan yg berunsurkan wang ringgit. Iyela kan, sejak ada GST ni, semua benda jadi mahal, Tetiba teringat nak bawa si bujang bermain air di water park mana-mana yg bagus serta murah,.. So dari awal saya teringin nak bawa si bujang ke Gold Coast Morib International Resort..

  Gold Coast Morib International Resort
view ni diambil dari bilik saya yg facing water park

Pergi ke Gold Coast Morib ni pun setelah membaca review dari pasangan blogger popular Ujang dan Yana yang menyatakan banyak benda yang perlu diimprove.. hmm.. dengan berbekalkan booking dari Myimart yg ada wat sale untuk Gold Coast Morib International Resort.. pergi lah kami 3 org ke situ dengan pakej 2 hari 1 malam berharga RM145.00 (Studio Suite room ada jaquzi + 2 breakfast + 2 flying fox + 2 high rope + beberapa diskaun termasuk KTV Karaoke).. 

Setibanya di sana, kami disambut oleh receptionist yg berbudi bahasa.. bagus feedback ketika berdepan diaorg ni.. kata dalam hati.. tak sabar menuju ke bilik yang mana saya diberi bilik katil king size serta balkoni berdepan dengan water park.. 

Haziq dah mula test, betul ke receptionist lambat pick-up call..
yes true.. saya cuba call ke Receptionist haram tidak berjawab... 
just nak buat pertanyaan mengenai safety box dalam bilik...

yeay ada jaquzi.. tapi hmm slow gila nak menunggu air penuh... 
serta satu suis blower je yg berfungsi...nak suruh saya report 
receptionist dalam call 3 or 4 kali tak berjwb? jenuh.. tunggu je la...

 okeh yang ni berfungsi okey....
  
 aduii letih dah bagi jer Haziq uruskan.. hehehe...

kemasan diruang tv.. habis kami letak beg semua la.. hehehe... 

Setelah meletakkan semua brg, kami bertiga pun menuju ke water park.. tapi tiada gambar, barang-barang tinggal habis dalam bilik.. lagipula sapa nak ambil gambar kami kan.. waktu kami bermandi manda di water park, petang hari pertama, dan pagi hari keduanya.. puas Haziq dapat bermandi manda kat water park..itu motif utamanya.. hehee... hari kedua sampai dia tertido la sebab letih main air...

breakfast disediakan agak menarik dengan pilihan yg ada..

dalam ketidak puasan hati dari segi customer service di pihak front office terutamanya pick-up call dari receptionist, nak kata ramai or peak season, bukan.. hmm tah la.. tapi kami berpuas hati dengan kami sendiri sebab dapat bermandi-manda di water park dengan anak.. masa terluang diisi dengan anak.. dan ini bukan kali pertama saya pergi ke Gold Coast Morib, pertama kali sebelum ini pergi dengan saya sekeluarga selepas saya baru bertunang pada hujung tahun 2012 yang lalu..

Bagi yang nak tahu harga menginap di Gold Coast Morib International Resort, boleh jer rujuk MyImart, Groupon, ataupun mana-mana website online yang lain..
Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com