Tuesday, January 3, 2017

Xiaomi Mi Max, berbaloikah Anda Beli...?

Selepas kehadiran Xiaomi Redmi Note 3 Pro, kini aku tambah koleksi Xiaomi dengan kemunculan Xiaomi Mi Max.. Selamat tinggal Zenfone selepas setahun berkhidmat..


Kena la dengan moto dia.. Mi Max is The New Big. Memang besar weii.. hahaha.. tak sangka la pula sebesar ni.. 6.44inci..  kalau tak, nak ambil Xiaomi Redmi Pro.. tapi bateri 4000mAh jer.. So aku pun decide ambil Mi Max yg berkuasakan bateri 4850mAh...

Aku ambil spesifikasi yang 3GB ram & 32GB memory storan dalaman. Dengan kuasa Snapdragon 650 memang laju la handfon ni.. yang penting, GPS signal dia lock dan tidak lost.. isu GPS signal lost pada handfon lama aku Zenfone Max.. rasanya ramai pengguna Zenfone alami masalah yang sama.. tapi tiada solusi dari pihak Asus..

Kamera hadapan menggunakan 5 megapixel dan kamera belakang 16 megapixel.. memberi paduan gambar yang cukup jelas.. main manual jer.. confirm cair bila tengok..



Menarik kan hasil gambar yang diambil.. baru nak belajar wei.. hehe...

Tapi bagi yang menggunakan 2 sim + memorycard, aku tak sarankan ambil spesifikasi ni.. sebab gadget ni bila dah pakai 2 sim, memorycard tak boleh letak.. so ambil la yang memory built in lebih sikit kan.. gadget ni aku berjaya sunting di Gemfive.. beli set Mi Malaysia.. nanti apa-apa jadi refer mana2 centre ja.. so far so good Xiaomi Mi Max ni.. Mi Max Original Mi Malaysia boleh dibeli dari harga RM850 hingga RM1300. Bergantung kepada spesifikasi nya.. Kalau Mi Max Original Import atau AP, boleh dibeli dari harga RM650 hingga RM900. Ataupun korang klik je link di bawah ni...



Share:

Monday, January 2, 2017

Rasai Aromaterapi Perfume Orga di Rumah & Kereta

Kalau asyik stress ja bila jem di jalan atau lebuhraya, mungkin anda boleh cuba Perfume Orga.. Perfume Orga bukan saja beri haruman pada kereta dan rumah anda, tapi sekaligus memberi ketenangan dari aromaterapi yang ada pada kandungannya.


Saya letak Perfume Orga dalam kereta.. Asyik stress je kan bila jalan jem.. Benda macam ni lah yang diperlukan sangat.. Kebetulan blogger Irra Rayyan ada buat contest, wife pun join.. dia pun terpilih antara sebagai pemenang bertuah.. dapat la kami merasa perfume Orga ni..  Terima kasih ya Irra.. hehe.. Antara blogger ex-UiTM Shah Alam juga ni.. 


Organic Car Perfume ni selamat digunakan sebab tidak mengandungi bahan kimia, tiada alkohol serta tidak mengandungi paraban.. dan yang penting sememangnya 100% organik.


Share:

Tuesday, December 20, 2016

Xiaomi Redmi Note 3, Jadi Pilihan

Xiaomi tak asing lagi bagi rakyat Malaysia.. Dengan pelbagai spesifikasi dan jenis dikeluarkan. Apa yang saya tahu, Redmi Note 3 antara yang menjadi pilihan ramai sekarang ni.. Saya telah memilih Xiaomi Redmi Note 3 bagi menggantikan Asus Zenfone 2 ZE550ML yang setahun lebih berkhidmat dengan isteri.. Jualan hebat sekarang kat mana lagi kalau bukan di LAZADA


Dah kerap sangat beli barang apa-apa je pakai LAZADA.. sebab diyakini.. Sebelum ni dah beli Asus Zenfone Max pun di LAZADA juga.. Memuaskan kalau membeli online di LAZADA, sebab kita dapat tahu yang mana Original Malaysia ataupun Import Set..

Balik pada Xiaomi Redmi Note 3, kenapa saya tertarik dengan gadget ni, disebabkan kamera belakangnya 16megapixel, dan kamera hadapan 5megapixel.. Dah mantap dah ni.. Memang jelas dan terang gambar yang diambil...


apa macam.. hehehe.. Haziq jadi model pula.. hehe..




Bukan tu saja, ianya menggunakan Snapdragon 650 weii.. Ram 3GB, dan memori dalaman tersedia 32GB.. So kalau 'gamers' memang ngam la kalau guna gadget ni.. Dan yang penting bateri dia tersedia 4000mah.. Dapatlah bertahan dari yang sebelum ni.. saya beli pada nilai RM700 lebih di Lazada.. kalau ada code voucher, lagi murah boleh dapat.. janji set Original Mi Malaysia...

Kita tengok selepas ni performance dia macam mana.. Aishhh kita pun nak gadget baru juga...

Share:

Friday, December 9, 2016

Selangor Lancar Kad Peduli Sihat

Satu lagi inisiatif dari kerajaan negeri Selangor bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyatnya dengan mewujudkan skim khas kad perubatan kepada penduduk yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM3000.00 setiap bulan.


Yang penting skim ini adalah percuma. Cumanya setiap penduduk negeri Selangor perlulah mengikut kriteria yang telah ditetapkan. berikut merupakan perincian skim perubatan Peduli Sihat.

KATEGORI A:
- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah

Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)

KATEGORI B:
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.

Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)

Syarat-syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.

Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan.


Pertanyaan lanjut layari https://pedulisihat.com/ atau hubungi: 03-20893911.
Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com