Showing posts with label MSU. Show all posts
Showing posts with label MSU. Show all posts

Saturday, September 3, 2016

Kolej PTPL dijenama kepada MSU College

Pada tanggal 1 September 2016 baru-baru ini, Management & Science University menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bagi menyempurnakan hari bersejarah buat warga Kolej PTPL dengan penjenamaan semula nama Kolej PTPL kepada MSU College.


Penjenamaan semula Kolej PTPL kepada MSU College diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata penjenamaan semula itu adalah satu langkah ke hadapan MSU College selain menjadi masa depan baharu kepada kolej serta Management and Science University (MSU). Katanya, usaha penjenamaan semula itu memberi fokus kepada pengantarabangsaan kolej berkenaan selain sebagai komponen Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi MSU.


Turut hadir, Presiden MSU dan MSU College, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Pro Canselor MSU, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. Terdahulu, ketika berucap, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pemilihan nama MSU College itu memang bertepatan dan sejajar dengan kedudukan sebagai kolej institusi kepada MSU yang memiliki reputasi sebagai sebuah institusi swasta berkualiti. Sementara itu, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri berkata, selepas penjenamaan itu, MSU College mensasarkan sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan pelajarnya di 10 kampus akan terdiri daripada pelajar luar negara. Katanya, pada masa ini, MSU College mempunyai kira-kira 10,000 pelajar di seluruh negara manakala keseluruhan pelajar termasuk di MSU adalah kira-kira 25,000..


Share:

Thursday, July 28, 2016

Syarat Masuk MBBS

Ramai yang private message saya bertanya mengenai syarat kemasukan ke MBBS.. MBBS tu apa? Ianya adalah pengajian untuk mereka yang nak jadi doktor perubatan, Bachelor of Medicine Bachelor of Surgery.. Tempoh pengajian bagi MBBS adalah selama 5 tahun. Untuk pengetahun, setiap institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta menggunakan syarat yang sama daripada pihak Malaysian Medical Council (MMC).


Berikut merupakan syarat kemasukan ke program MBBS:
MBBS entry requirement:
kemaskini sehingga 28 Julai 2016. 

SYARAT 1 (Syarat A + Syarat B)
Syarat A)

i) SPM - minimum gred 5B dalam subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik @ Matematik Tambahan serta 1 tambhan subjek lain.

@
ii) O-levels - minimum 5B dalam subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik @ Matematik Tambahan serta satu lagi subjek lain.

Syarat B)
1) STPM aliran sains - skurangnya gred BBB, ABC @ AAC (Bio, Kimia, Fizik @ Math)

@

2) A-Levels - sekurangnya gred BBB, ABC @ AAC (Bio, Kimia, Fizik @ Math)

@

3) Foundation Sains / Matrikulasi - Bio, Kimia, Fizik @ Math sekurang CGPA 3.00.

SYARAT 2
- Diploma Sains - CGPA sekurangnya 3.50. + SPM sekurangnya 2B dalam Fizik / Kimia / Bio serta 3 kredit dalam subjek English, Matematik / Matematik Tambahan dan satu subjek lain.

SYARAT 3
- Ijazah Sarjana Muda Sains - CGPA sekurangnya 3.00


Syarat yang dinyatakan kemungkinan boleh berubah mengikut ketetapan oleh pihak berkaitan yakni Malaysian Medical Council (MMC). Syarat yang dinyatakan di sini dirujuk daripada laman rasmi MMC yakni. http://www.mmc.gov.my

Untuk memohon MBBS atau bertanya lanjut mengenai program yang lain boleh refer SINI



Share:

Wednesday, January 6, 2016

Cuti-cuti Vietnam 4 Hari 3 Malam

Alhamdulillah dikurniakan rezeki mendapat award atas sebab performance untuk financial year 1415. Untuk kali ini, award diberi oleh pihak management kpd sy adlah percutian 4 hari 3 malam ke Vietnam bersama rakan2 penerima award yang lain.. Ada juga office mate sy mendpt percutian ke London dan juga Mauritius.. Ikut rezeki masing-masing kan.. hehehe... Btw, thank you MSU for giving me this award.. dah berkurun baru nak update kan dalam blog..

Percutian ni bermula dari 17 Disember 2015, dan pulang ke tanah air pada 20 Disember 2015. Kenapa Vietnam..?? Kata our MSU Presiden, supaya kami kenal lifestyle & culture org di sana bagaimana. dan yang penting katanya, di sana adlh syurga membeli belah. Memang murah pakaian2 yg dijual di sana.. jgn terkejut ada tudung yg dijual sini RM60 - RM80, sana jual RM20 jer.. sebijik.. hehehe...

Flight Air Asia dari KLIA2 jam 7:30am, dtg ontime.. alhamdulillah tiada delay.. gmbr di atas adalah gmbr ketika nak landing di Tan Son Nhat International Airport, Vietnam. Perjalanan dari KLIA2 memakan masa lbh kurg 1 jam lbh... dan masa di Vietnam 1 jam lewat dari Malaysia..


Sampai je airport semua pakat bernafsu tgk simcard sana, pakat nak beli.. pakat gila meroyan sbb xda internet.. tu dia org zaman la ni.. hehehe.. lastly our travel agent bg opinion, biar dia je yg uruskan... So kami dibekalkan simcard Mobifone Vn, unlimited data babe... hehehe..
pusing2 keluar airport dah nak tengahhari dah, dah disebabkan semua dah lapar tak sangga dah...   so kami dibawa ke Restoran D'Nyonya, terletak di Ho Chi Minh.... yg menyajikan makanan masakan Malaysia.


Selepas dah makan kenyang2 baru lah kami menuju ke hotel tempat kami menginap.. sebelum travel ke Vietnam, sy dah survey tgk hotel yg dberikan, blh tahan juga.. so bila pergi yes, selesa dalam biliknya.. hotel yg kami tinggal adlh Sabah Saigon Boutique Hotel..


nasiblah dlm bilik air ada paip air..  hehe.. berhati2lah ya..
bagi yang nak ke sana.. mostly public toiletnya tiada paip air..
hehehe.. so prepare la ya botol air.. dekat airport pun tiada paip air.. hehe..

Selepas lunch and berehat skjap di dlm bilik hotel.. dlm jam 2pm gitu kami di bw pula ke Buu Dien Saigon (Saigon Central Post Office) yg mana bangunan tersebut siap dibina pada tahun 1891..



 selepas dari tu, tour guide bw kami semua ke Hard Rock Cafe utk just bergmbr katanya, barang2 mahal katanya.. hehehe.. baju2 dia kata beli je yg local.. hehehe.. so ikut jela pesanannya.. 


Next, hari kedua pula.. hehe.. terus hari kedua.. nak tunjuk sikit breakfast apa yg ada d Sabah Saigon Boutique Hotel, tapi sy mkn biasa2 jer la.. untuk alas perut jer..

itu je makan time breakfast... hehehe....

alas perut tu sbb kami bersiap sedia nak g "Mekong River" ... Sungai Mekong adlh sungai yg ke-7 terpanjang di benua Asia...  Utk menyusuri Sungai Mekong, kami dibw dgn bot pelancong dan satu bot tu penuh dgn rombongan dr kami.. nasib la dpt tour guide bagus.. tlg amik gmbr sokmo la dia...

  
pengalaman naik sampan, menggerunkan.. hehehe.. dlm sungai yg kecil penuh dgn bermcm sampan.. kebtulan time sy naik tu, yg kemudi sampan tu, 'girl' baru berumur 15 tahun.. cekap dia handle...


macam kanak2 ribena pulak.. hehehe.. padahal mak pak org dah.. hehe...

elok sampai ke Saigon, hari pun dah senja, kami di bw utk dinner.. so pakat rancang pergi Ben Thanh Market nk ronda2 tgk barangan/pakaian yg dijual.. dan kami dipesan oleh tour guide supaya lbh berhati2 dsebabkan nak berjalan kaki blh, cumanya kenderaan terutama motosikal terlalu banyak dan diaorg main redah jer.. okeh so apa petua saya leh kasi, kalau nak melintas jalan tu, angkat tgn ke arah kenderaan dan tahan kenderaan tu baru melintas k.. hehehe... di Ben Thanh Market juga saya rasa tak banyak yg saya beli, saya membeli di kedai berdekatan dan pasar malam sebelahnya.. 

Nak jubah murah2, nak telekung murah, tudung murah, better beli di kedai bersebelahan dgn Ben Thanh Market, bukan di dalam Ben Thanh Market, antara option yg blh dipilih adalah kedai butik Rohani.. haa sebelum terlupa siang tadi kami di bawa ke Kedai Borong Lhinda (Linda)... sana pun jual pakaian dgn harga yg murah... petua yg saya leh kasi, kalau nak tukar duit kepada Dong Vietnam, tukar sikit cukup la.. dalam RM50 / RM100 jer... sbb bnyk jualan menggunakan Ringgit Malaysia.. dan lebih untung sekiranya kita membeli dlm RM, kalau beli dalam Dong Vietnam, kita akan di charge lbh... orait...  (gmbr tiada sbb kalut shopping)

Hari ketiga kami diberitahu akan di bawa ke Cu Chi Tunnels.. satu pengalaman yg dinanti.. jarak dari Saigon City (Ho Chi Minh City) lbh kurang sejam perjalanan.. 

haa.. ini antara terowong yg digunakan ketika perang dunia dahulu..

sambil dia duk bercerita tu tentang komunis.. haa kami nak bergmbr.. hehe...

ini dia antara perangkap yg digunakan olh tentera komunis...

okeh... time to go back to hotel room... hehehe.. 

ehh sebelum balik, tour guide bawa kami ke sini pula.. yeah..
gambar kenangan di Ho Chi Minh City sebelum pulang
pada keesokan hari..



Hari ke-empat kami, tiada ke mana dah sbb diletakkan free&easy, so fikir2 duk bilik hotel je la sbb after lunch kami akn bergerak ke airport sudah.. Flight pada 20/12/2015 dijangka pada jam 2015, delay pula dekat sejam.. tunggu je la... hehe... apapun nak ucap terima kasih pada Management & Science University utk trip award kali ini.. terima kasih kpd tour guide Encik Nam dari Muslim Travel Vietnam atas bantuan ketika di sana dan dia sangat peramah & always membantu.. 

- currency ketika ini 1juta Dong Vietnam = RM 200.00
Share:

Saturday, June 20, 2015

MARA Perkenal 3 Skim Baru Pembiayaan Pelajaran

Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperkenalkan tiga skim 
pembiayaan pelajaran baharu untuk membantu Bumiputera 
melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. 

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata 
tiga skim itu adalah Program Pelajar Cemerlang (skim 1)
Program Sarjana Muda Tempatan (skim 2) dan 
Program Lepasan Ijazah dan Profesional.


"Skim satu dan skim dua adalah lanjutan daripada program sedia ada, 

namun diberi penambahbaikan bagi memenuhi kehendak 

dan keperluan tenaga profesioanal semasa.
    "Bagi skim tiga pula, ia adalah hasil kerjasama kita (Mara) 

dengan dua institusi kewangan bagi menambah dana.   
"Bagi skim tiga ini, Mara sudah mendapat persetujuan dan 

kerjasama daripada Bank Rakyat dan Maybank dan 
pelajar boleh memohon mulai 1 Julai ini," 
katanya pada sidang media di bangunan Mara di sini, hari ini.
Beliau berkata pembabitan kedua-dua institusi perbankan itu 
menambah dana pembiayaan Mara sehingga RM500 juta
 sekali gus mampu menampung permohonan baharu 
selain masalah lain berhubung pinjaman pelajar.
  
Pemohon yang berminat perlu membuat permohonan 
melalui Mara secara dalam talian (online) dan 
maklumat lanjut boleh didapati di laman web Mara.   
Sementara itu, Annuar berkata setiap tahun Mara membelanjakan
 kira-kira RM2 bilion bagi menanggung pembiayaan 
pelajar Bumiputera di dalam dan luar negara.   
Katanya, sepanjang pelaksanaan program itu, lebih 500,000 pelajar 
telah mendapat faedah daripada penajaan iaitu 
kira-kira 11,000 pelajar setiap tahun.
 
"Hasil daripada apa yang telah Mara jalankan selama ini, 
kami telah dapat membantu kerajaan mencapai matlamat 
terutama dalam mengimbangi kehadiran tenaga profesional 
para graduan dalam bidang-bidang strategik 
terutamanya, dalam bidang yang kami dapati 
kaum Bumiputera begitu kurang sekali," katanya. -





Sumber : Bernama

              Sinar Harian
 





Share:

Tuesday, March 3, 2015

Semak Keputusan SPM 2014

Keputusan SPM 2014 boleh disemak mulai jam 10.00 pagi pada 3 Mac 2014. Cara semakan boleh dibuat melalui semakan secara SMS. Berikut merupakan kaedah untuk menyemak keputusan SPM 2014.
ataupun boleh terus ke sekolah anda untuk mendapatkan keputusan. Tahniah diucapkan untuk semua. 


KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN GAMBAR

atau secara atas talian melalui online.
SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN SPM 2014

Bagi pelajar yang masih tercari2 tempat belajar..
Management & Science University ada menawarkan tempat
untuk pelbagai bidang bagi yang berkelayakan.. 
Klik pada gambar yang disediakan untuk maklumat lanjut





Share:

Thursday, November 6, 2014

Pembiayaan PTPTN dikurangkan 5% Untuk IPTA, IPTS 15%

Jumlah pembiayaan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 
untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 
dikurangkan sebanyak 5% dan 15% untuk pelajar 
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mulai 1 November. 


Tetapi mengikut pekeliling PTPTN yang PH terima...
pengurangan bukan sekadar pada 15% sahaja..
bahkan ianya ada kadar pada 25% pengurangan
serta pengurangan maksima 50%..


Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN 
Mastura Mohd Khalid berkata bagaimanapun, jumlah pembiayaan 
pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS 
dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan 
kerana yuran pengajiannya yang tinggi.
 
Ada beberapa kaedah pengiraan yang telah ditetapkan
oleh pihak PTPTN utk menentukan jumlah dana..
1) Pembiayaan maksimum (yg setelah ditolak 15%) - data pelajar atau
ibu bapa disenaraikan sebagai penerima BR1M
2) Pembiayaan 75% - pendapatan bulanan keluarga
pelajar tidak lebih RM8000.00
3) Pembiayaan 50% - pendapatan keluarga pelajar
melebihi RM8000.00

Pekeliling ini berkuatkuasa bermula 1 November 2014.

Data jumlah dana yang akan dikeluarkan bagi setiap pelajar

Share:

Tuesday, September 23, 2014

Management and Science University (MSU)

MSU began as a university college (KUTPM) in 2001. After a full university status was conferred in October 2007, the university adopted a new name - Management and Science University (MSU). The full university status is an important milestone achieved by MSU as it demonstrates its growth to prominence in the tertiary education sector in Malaysia.

The birth and success of MSU has been attributed to the success of its collegiate institutions, the PTPL Group of Colleges which made its debut 3 decades ago. Besides achieving a few firsts in the local education landscape, MSU which has a student body of 14,000 has been consistently strong in several critical areas of studies.

Our vision is to be a global university of choice, providing quality education which is relevant to current needs and without compromising on moral and ethical standards. The success of our students is of paramount importance, as such, an intellectually stimulating learning environment is created within the university.
The establishment of MSU is also considered as timely as the nation progresses towards attaining a developed nation status by 2020. Our focus in the relevant and critical areas as well as research and development in these areas will help spur knowledge and ideas that will put Malaysia on course towards achieving the developed nation objective.

Academic Strengths
MSU is well-positioned to be one of the leading universities in the country providing industry relevant diploma, bachelor degree and postgraduate courses and research disciplines.
MSU gives a major importance to quality teaching staff, equipping them with innovative and creative teaching methodologies. Besides incorporating international experience and exposure among students, extensive industrial training components are also blended into the programme of study to ensure graduates employability.
Through a tracer study conducted, more than 95% of MSU graduates have begun their respective careers within 6 months after graduation. This has, to a large extent, demonstrated the versatility of the programmes offered at MSU.

Programme Outlines
All programmes offered are either approved / accredited by the Malaysian Qualifications Agency (MQA). These programmes are offered through the following faculties, schools or centres :
The faculties, schools and centres of studies are :
  • Faculty of Health and Life Sciences
  • Faculty of Business Management and Professional Studies
  • Faculty of Hospitality and Creative Arts
  • Faculty of Information Sciences and Engineering
  • International Medical School
  • School of Education and Social Sciences
  • School of Pharmacy
  • School of Graduate Studies
  • Graduate School of Management
  • Center for Foundation Studies



Academic Facilities & Resources
  • A large number of classrooms and lecture halls
  • An extensive collection of learning and reference materials are available
  • A library that provides more than 70,000 titles of various disciplines and e-brary (electronic library)
  • A large number of computers
  • Wireless Campus
  • Islamic & Cultural Centre
  • Health and Counseling Centre
  • A complete campus amenities – U Café, U Print, U Shop, U Holiday, U Park, U Fitness, bank etc
  • The University and the city of Shah Alam offer a range of indoor and outdoor sporting facilities.

Student Support Services & Student Development Activities
The Students & Career Development (SCD) department complements the faculties and centres of learning of the university in the areas of personal and professional development. Its role is seen as an enhancer of student's character building through the activities that it organises. Career based activities which are aimed at sharpening students' organisational skills and personal competencies are a common feature throughout any academic year. The SCD also serves as a hub for campus life as a variety of students based events are jointly organised between the department and the various clubs and associations under its purview. The department provides counseling and assistance on general welfare of students, housing and alumni networking.

International Students Exchange Programme (ISEP)
MSU's ISEP is in line with the university's vision of becoming a regional and global institution. There are over 40 universities from the ASEAN region, Australia, the United Kingdom, the United Sates, Japan, Eastern Europe, New Zealand, South Africa, India, and Indonesia which are currently under the ISEP list. MSU students who are interested to continue their studies in any of these 40 universities are advised to contact the ISEP unit of MSU.



Scholarships & Financial Aid
MSU allocates RM3 million each year as financial assistance and scholarships to needy students. The funds are disbursed through various initiative and collaborative efforts between MSU and several of its public and private institutional partners. The following are the scholarships available :
President's Scholarship
MSU's very own President's Scholarship is one of such schemes that has benefited many students over the years. This is an award given to students who demonstrate outstanding academic achievements and hail from economically challenged backgrounds.

Media & External Organisations
Joint scholarship schemes such as SKOR A Berita Harian, Utusan Malaysia are some examples of MSU's involvement in ensuring the less fortunate gets to continue with their further education at MSU. The scholarship is opened to all Malaysians and the financial assistance awarded ranges from a full to a partial scholarship. Details of the scholarship and application forms are available at the Registrar's office. MSU also provides assistances to students of all level to obtain loans from government bodies such as PTPTN (National Higher Education Fund), MARA (Majlis Amanah Rakyat) and other sponsoring bodies.

Interested to apply and get more information with consultation, email (enquiry@msu.edu.my) / whatsApp () your detail.
- Full name
- Course interest
- Mobile number
- IC Number for reference







MAIN CAMPUS : Management and Science University Shah Alam
Branch Campus:
  1. MSU College Shah Alam
  2. MSU College Ampang
  3. MSU Learning Centre (KL Sentral)
  4. MSU College Sungai Petani
  5. MSU College Seremban
  6. MSU Colege Penang
  7. MSU College Kota Baharu
  8. MSU College Kuala Terengganu
  9. MSU College Sabah
  10. MSU College Sarawak




Disclaimer: This blog are not official website for MSU, this blog only give information related to MSU. You can access official website MSU at www.msu.edu.my
                :  Study Malaysia Dot Com





    Share:

    Wednesday, September 25, 2013

    Panduan serta Permohonan atas Talian Bagi Pelajar Malaysia Di Mesir Yang Ingin Melanjutkan Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Di Malaysia


    1.       1. Pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir dibenarkan memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti tahun klinikal (tahun akhir pengajian di universiti di Mesir) bagi bidang perubatan dan pergigian.

    2. Pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah mengikut prinsip “parallel” (minus one rule) berdasarkan tahun pengajian. Sebagai contoh, pengajian perubatan di universiti di Mesir mengambil masa enam (6) tahun, manakala pengajian perubatan di Malaysia mengambil masa lima (5) tahun. Oleh yang demikian, dari segi pelaksanaan, pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir adalah setara dengan pelajar tahun tiga (3) IPT di Malaysia. Justeru, pemindahan kredit ini membolehkan pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir meneruskan pengajian pada tahun tiga (3) di IPT di Malaysia. Pelaksanaan ini dibuat secara “one-off” iaitu khas untuk kumpulan yang menghadapi krisis Mesir 2013 sahaja. Manakala pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar bidang pengajian Islam yang ingin mengikuti pengajian di IPT di Malaysia adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

    3. PERINGATAN : Sila ambil perhatian perkara-perkara  berikut :-

    i. Pastikan anda membaca panduan dan prosedur permohonan ini sebelum anda mengisi borang permohonan atas talian;
    ii. Pastikan maklumat dan pemilihan yang diisi adalah betul dan muktamad sebelum anda menghantar (send) kerana maklumat yang telah dihantar (send) tidak boleh dipinda;
    iii. Pastikan anda mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap kerana borang yang tidak lengkap tidak akan diproses;dan
    iv. Pastikan pengesahan penerimaan dipaparkan secara atas talian setelah anda menekan butang hantar (send) sebelum dicetak.



    4. Anda dikehendaki berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir (JPPPMM) dengan mengisi borang permohonan atas talian pada pautan berikut www.mohe.gov.my/j3p2m mulai 24 September 2013 jam 5.00 petang. Anda boleh menyemak senarai IPT di Malaysia yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam di pautan berikut Senarai IPT diMalaysia. Permohonan atas talian ditutup pada 8 Oktober 2013 jam 12.00 tengah hari.

    5. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak serta dikepilkan dengan dokumen sokongan (yang telah disahkan) seperti berikut:
    a.   Salinan Kad Pengenalan;
    b.   Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
    c.   Salinan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia (sila rujuk pautan kelayakan MQA);
    d.   Salinan surat tawaran daripada universiti di Mesir (jika ada);
    e.   Keputusan peperiksaan bagi setiap semester di Universiti di Mesir (jika ada);
    f.    Salinan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) (jika ada);
    g.   Salinan surat tawaran penajaan / pinjaman (jika ada);dan
    h.   Salinan surat tawaran IPT di Malaysia (jika ada).

    6. Anda perlu mengemukakan borang permohonan atas talian yang telah dicetak berserta dengan dokumen-dokumen sokongan kepada JPPPMM selewat-lewatnya pada 09 Oktober 2013 sebelum pukul 12.00 tengah hari di alamat berikut.
    Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pengajian Tinggi
    Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
    62200 W.P. Putrajaya

    7. Bagi sebarang pertanyaan, para pelajar boleh menghubungi Bilik Operasi KPM di talian hotline 03-8870 6611 dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Pertanyaan juga boleh dibuat melalui e-mel : egyptcrisis@mohe.gov.my

    Semak status permohonan anda di SINI



    sumber : MOHE



    Share:

    Air Asia Blogger Community

    Renew Insurans Roadtax Murah

    Mohon Pembiayaan Peribadi

    Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com