Saturday, June 20, 2015

MARA Perkenal 3 Skim Baru Pembiayaan Pelajaran

Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperkenalkan tiga skim 
pembiayaan pelajaran baharu untuk membantu Bumiputera 
melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. 

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata 
tiga skim itu adalah Program Pelajar Cemerlang (skim 1)
Program Sarjana Muda Tempatan (skim 2) dan 
Program Lepasan Ijazah dan Profesional.


"Skim satu dan skim dua adalah lanjutan daripada program sedia ada, 

namun diberi penambahbaikan bagi memenuhi kehendak 

dan keperluan tenaga profesioanal semasa.
    "Bagi skim tiga pula, ia adalah hasil kerjasama kita (Mara) 

dengan dua institusi kewangan bagi menambah dana.   
"Bagi skim tiga ini, Mara sudah mendapat persetujuan dan 

kerjasama daripada Bank Rakyat dan Maybank dan 
pelajar boleh memohon mulai 1 Julai ini," 
katanya pada sidang media di bangunan Mara di sini, hari ini.
Beliau berkata pembabitan kedua-dua institusi perbankan itu 
menambah dana pembiayaan Mara sehingga RM500 juta
 sekali gus mampu menampung permohonan baharu 
selain masalah lain berhubung pinjaman pelajar.
  
Pemohon yang berminat perlu membuat permohonan 
melalui Mara secara dalam talian (online) dan 
maklumat lanjut boleh didapati di laman web Mara.   
Sementara itu, Annuar berkata setiap tahun Mara membelanjakan
 kira-kira RM2 bilion bagi menanggung pembiayaan 
pelajar Bumiputera di dalam dan luar negara.   
Katanya, sepanjang pelaksanaan program itu, lebih 500,000 pelajar 
telah mendapat faedah daripada penajaan iaitu 
kira-kira 11,000 pelajar setiap tahun.
 
"Hasil daripada apa yang telah Mara jalankan selama ini, 
kami telah dapat membantu kerajaan mencapai matlamat 
terutama dalam mengimbangi kehadiran tenaga profesional 
para graduan dalam bidang-bidang strategik 
terutamanya, dalam bidang yang kami dapati 
kaum Bumiputera begitu kurang sekali," katanya. -





Sumber : Bernama

              Sinar Harian
 





Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com