Tuesday, June 23, 2015

Berbuka Puasa Di De Palma Hotel Shah Alam

Perasan atau tidak, masa berlalu begitu pantas. Kita sekarang dah pun berada di bulan Ramadhan. Dengan kehadiran si anak teruna pada tahun ini, banyak masa dihabiskan untuk dia. Tambah mcm saya ni pergi keja pagi, balik hampir malam membuatkan kerja rumah serta jagaan si Haziq sepenuhnya pada isteri tercinta.

Awal Ramadhan saya ada terfikir, why not la kan saya kna sediakan masa juga bawa mereka berdua ni berbuka puasa di hotel setelah seharian saya pergi kerja. Lagi pula hotel-hotel sekarang kan banyak pilihan yang mereka sediakan. Tapi citarasa saya ni lebih kepada masakan melayu ja selalunya. Nasi memang tidak tinggal la.



Baru teringat De Palma Hotel Shah Alam  seperti setiap tahun dan berlandaskan syariah, kali ini juga hotel ini menyediakan bufet ramadhan. Yang penting hotel ni ada pengiktirafan halal, tu pasal la ramai yang pilih De Palma Hotel Shah Alam untuk berbuka, tak ragu lagi. Konsep yang ditampilkan oleh De Palma Hotel Shah Alam kali ini adalah "Sajian Dapur Bonda" yang mana menampilkan kebanyakan adalah masakan kampung, memang kenala dengan perut saya ni.. hehehe...


Harga Buffet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam
RM68.000 Dewasa
RM35.00 untuk kanak-kanak (bawah 6 tahun percuma)
dibuka dari jam 6.30petang hingga jam 10.00malam
nak tempah tempat boleh hubungi tempahan Ramadhan 
De Palma Hotel Shah Alam di talian 03-55428080
Terbuka kepada pembaca blog, sila mention
 nama blog "Puterahelmei" untuk dapatkan diskaun 10%

Grand Ballroom De Palma Hotel Shah Alam

Yang bagusnya, di De Palma Hotel Shah Alam sebelum tiba waktu berbuka, kita dihidangkan dahulu dengan alunan bacaan Al-Quran oleh pelajar tahfiz. Waktu berbuka kami juga ketika itu diserikan lagi dengan kedatangan kumpulan nasyid Saff-One. Pengisian bukan setakat itu sahaja, kuliah agama juga diberikan selepas itu dengan tajuk Salam & Senyum. Khabarnya setiap hari memang pengisian nya begitu.. Alhamdulillah. Di De Palma Hotel Shah Alam, disediakan surau untuk kemudahan pengunjung dengan solat Maghrib, Isya' serta Tarawikh secara berjemaah.



Bufet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam, diadakan di Grand Ballroom yang memuatkan pengunjung sehingga 850 orang pada satu-satu masa. Bertemakan "Sajian Dapur Bonda", bermacam2 masakan kampung la yang disediakan seperti Masak Lemak, Rendang Daging Tetel, masakan pantai timur, masakan ketika kenduri pun ada, ketupat dan rendang pun ada. Rambang mata terus wei.... Tengok-tengok ada kambing panggang pula, isteri saya la yang tak sabar minta ambilkan menu tersebut, peminat kambing panggang la katakan. Haaa.. Konsep gerai ala bazar Ramadhan yang disediakan pihak hotel, memang dah rasa mcm duk kat bazar Ramadhan ja.. semua jenis makanan ada...

Pi mana pun mesti cari nasi juga... hehehe....

Aneka pilihan juadah berbuka







Apa macam... memang berbaloi kan...
Harga Buffet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam
RM68.000 Dewasa
RM35.00 untuk kanak-kanak (bawah 6 tahun percuma)
dibuka dari jam 6.30petang hingga jam 10.00malam
nak tempah tempat boleh hubungi tempahan Ramadhan 
De Palma Hotel Shah Alam
di talian 03-55428080 atau sambungan 611/608/405
Terbuka kepada pembaca blog, sila mention 
nama blog "Puterahelmei" untuk dapatkan diskaun 10%
















Terma & syarat diskaun 10%
* Tempahan awal perlu dilakukan
* Perlu nyatakan nama blog "Puterahelmei"
* Diskaun berdasarkan jumlah bil keseluruhan
* Pembayaran semua perlu dilakukan terus ke De Palma Hotel Shah Alam
* Diskaun hanya sah di De Palma Hotel Shah Alam






Share:

2 comments:

Nett said...

Wah! Cam best lah...memang ada plan nk bwk family berbuka puasa buffet kat hotel. Boleh cuba hotel ni...

Putera Helmei said...

bukan mcm lagi.. mmg best.. berbaloi.. makanan rohani pun disediakan.. nak diskaun, sila ikut seperti dinyatakan pada entry blog.

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com