Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts

Monday, June 27, 2016

Sajian Dapur Ibunda di Empire Hotel Subang

Minggu depan nak balik Kedah dah untuk pulang ke kampung halaman.. Kekosongan cuti hujung minggu kali ini difikirkan perlu di isi dengan plan berbuka puasa di tempat yang menarik serta mudah untuk pergi.. Buffet ramadhan kali ini di Empire Hotel Subang memang terbaik la saya rasa.. untuk ramadhan kali ini ianya menyediakan buffet ramadhan dengan berkongsepkan Sajian Dapur Ibunda...






Nak pergi ke Empire Hotel Subang bukannya susah pun, ini adalah pertama kali saya pergi ke Empire Hotel Subang. Ianya terletak di SS16 Subang Jaya. nak parking pun mudah, letak kereta di parking basement, dan naik lif menuju tingkat 2, dah sampai ke dewan utama yang menempatkan sekali buffet ramadhan kali ini.. kira berdepan la dengan kaunter front office receptionist Empire Hotel Subang..

Setiba nya saya di situ, saya di sambut baik oleh Supervisor F&B (Encik Syed), orangnya sangat peramah.. dan sangat membantu.. Bukan senang nak dapat layanan terbaik dari seorang supervisor hotel ni.. tambah-tambah bulan puasa kan.. hehehe.. katanya menu terbaik kali ini adalah sup gearbox.....

 perhhh.. bagi penggemar sup gear box.. memang meleleh beb...

Selain tu, kami semua juga didendangkan live muzik tradisi ANGKLUNG... kena pula lagu janam..janam janam.. perhhh.. menusuk hati & kalbu ni.. hehe..

meh la kita usha apa yang ada di Sajian Dapur Ibunda.. kepelbagaian makanan tradisi yang mak-mak kita buat saya rasa, tu di namakan Sajian Dapur Ibunda.. hehehe.. betul tak chef..  

kambing.. menu yang saya rasa tak lari dalam menu buffet ramadhan

Putu piring.. ummmpphhh...

 kata Encik Syed.. ini set appetizer.. dap.. dap..

perhhh,,, nyumm nyumm..

tu dia.. lemang & ketupat pun ada wei... 

satey memang makanan wajib saya kalau ke buffet ramadhan.. ehehe..

kuih muih yang sedia ada ni.. memang menawan hati.. 

 beraneka pilihan minimun ada.. kurang ja sikit, depa mai topup...

bagi penggemar air batu campur (ABC).. tersedia di sini...

buah-buahan yang ada ni memang melengkapkan lagi Sajian Dapur Ibunda..

ehh apa la yang dibincangkan oleh saya & En Syed tu.. hehe..

ada kurangnya di sini.. rupanya saya terlupa utk ambil gambar main course.. hehe.. ataupun set nasi la.. yang sedia ada ni pun dah banyak.. dan membuatkan kita kenyang dah aih.. susun atur semua jenis makanan pun tiada masalah.. dan mudah utk pergi.. alhamdulillah... bila la lagi dapat pergi ke sana kan.. mana tau sambil check-in situ ka.. hahaha...

bagi yang berminat untuk berbuka puasa di sana minggu-minggu akhir ramadhan ni kan..boleh hubungi Empire Hotel Subang di talian 03-55651228 atau layari website mereka di www.empirehotel.com.my
Share:

Tuesday, June 23, 2015

Berbuka Puasa Di De Palma Hotel Shah Alam

Perasan atau tidak, masa berlalu begitu pantas. Kita sekarang dah pun berada di bulan Ramadhan. Dengan kehadiran si anak teruna pada tahun ini, banyak masa dihabiskan untuk dia. Tambah mcm saya ni pergi keja pagi, balik hampir malam membuatkan kerja rumah serta jagaan si Haziq sepenuhnya pada isteri tercinta.

Awal Ramadhan saya ada terfikir, why not la kan saya kna sediakan masa juga bawa mereka berdua ni berbuka puasa di hotel setelah seharian saya pergi kerja. Lagi pula hotel-hotel sekarang kan banyak pilihan yang mereka sediakan. Tapi citarasa saya ni lebih kepada masakan melayu ja selalunya. Nasi memang tidak tinggal la.



Baru teringat De Palma Hotel Shah Alam  seperti setiap tahun dan berlandaskan syariah, kali ini juga hotel ini menyediakan bufet ramadhan. Yang penting hotel ni ada pengiktirafan halal, tu pasal la ramai yang pilih De Palma Hotel Shah Alam untuk berbuka, tak ragu lagi. Konsep yang ditampilkan oleh De Palma Hotel Shah Alam kali ini adalah "Sajian Dapur Bonda" yang mana menampilkan kebanyakan adalah masakan kampung, memang kenala dengan perut saya ni.. hehehe...


Harga Buffet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam
RM68.000 Dewasa
RM35.00 untuk kanak-kanak (bawah 6 tahun percuma)
dibuka dari jam 6.30petang hingga jam 10.00malam
nak tempah tempat boleh hubungi tempahan Ramadhan 
De Palma Hotel Shah Alam di talian 03-55428080
Terbuka kepada pembaca blog, sila mention
 nama blog "Puterahelmei" untuk dapatkan diskaun 10%

Grand Ballroom De Palma Hotel Shah Alam

Yang bagusnya, di De Palma Hotel Shah Alam sebelum tiba waktu berbuka, kita dihidangkan dahulu dengan alunan bacaan Al-Quran oleh pelajar tahfiz. Waktu berbuka kami juga ketika itu diserikan lagi dengan kedatangan kumpulan nasyid Saff-One. Pengisian bukan setakat itu sahaja, kuliah agama juga diberikan selepas itu dengan tajuk Salam & Senyum. Khabarnya setiap hari memang pengisian nya begitu.. Alhamdulillah. Di De Palma Hotel Shah Alam, disediakan surau untuk kemudahan pengunjung dengan solat Maghrib, Isya' serta Tarawikh secara berjemaah.



Bufet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam, diadakan di Grand Ballroom yang memuatkan pengunjung sehingga 850 orang pada satu-satu masa. Bertemakan "Sajian Dapur Bonda", bermacam2 masakan kampung la yang disediakan seperti Masak Lemak, Rendang Daging Tetel, masakan pantai timur, masakan ketika kenduri pun ada, ketupat dan rendang pun ada. Rambang mata terus wei.... Tengok-tengok ada kambing panggang pula, isteri saya la yang tak sabar minta ambilkan menu tersebut, peminat kambing panggang la katakan. Haaa.. Konsep gerai ala bazar Ramadhan yang disediakan pihak hotel, memang dah rasa mcm duk kat bazar Ramadhan ja.. semua jenis makanan ada...

Pi mana pun mesti cari nasi juga... hehehe....

Aneka pilihan juadah berbuka







Apa macam... memang berbaloi kan...
Harga Buffet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam
RM68.000 Dewasa
RM35.00 untuk kanak-kanak (bawah 6 tahun percuma)
dibuka dari jam 6.30petang hingga jam 10.00malam
nak tempah tempat boleh hubungi tempahan Ramadhan 
De Palma Hotel Shah Alam
di talian 03-55428080 atau sambungan 611/608/405
Terbuka kepada pembaca blog, sila mention 
nama blog "Puterahelmei" untuk dapatkan diskaun 10%
















Terma & syarat diskaun 10%
* Tempahan awal perlu dilakukan
* Perlu nyatakan nama blog "Puterahelmei"
* Diskaun berdasarkan jumlah bil keseluruhan
* Pembayaran semua perlu dilakukan terus ke De Palma Hotel Shah Alam
* Diskaun hanya sah di De Palma Hotel Shah Alam






Share:

Monday, July 14, 2014

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Bangi Golf Resort Restaurant terletak di Bandar Baru Bangi,
merupakan tempat yang sesuai bagi kita untuk berbuka
puasa dengan pelbagai hidangan yang disediakan..
hampir 200 jenis makanan disediakan untuk buffet ramadhan.
berdasarkan jarak perjalanan lebih kurang 40 minit dari
kediaman saya di Seri Kembangan...
yang penting bertolak awal dan dapat melihat suasana dahulu
sebelum menunggu waktu untuk berbuka puasa..
Alhamdulillah saya sebenarnya telah memenangi slogan
untuk giveaway yang telah dibuat oleh kid @ Blog Shakiddo
dapat juga saya bawa wife n baby dalam perut mkn kenyang2.. hehe..


selfie sendiri je.. longpod takda..

kan.. tetiba PH dapat tempat diluar...

pilih je air apa nak kan.. ada lebih 3 stesen air disediakan..

live band turut disediakan utk menghiburkan tetamu...

sapa dapat duk sini dekat je la dia nk g sambar makanan kt stall..

ni ruangan dalam yang berhawa dingin...


Kambing bakar.. sayangnya saya alahan kpd kambing.. hoho..



pilihan kuih muih tradisional tempatan.. bnyk sgt.. perhhhh...



ABC + Cendol.. ramai-ramai...

Ramai kan org yg berbuka di sini..

ini meja salah seorang pengunjung.. perhhh... habis ker tu..


Untuk tempahan: Sila hubungi:
Alamat:
No. 1 Persiaran Bandar
Bandar Baru Bangi,
43650, Selangor

Waktu Operasi:
6:30am - 9.30pm



Terima kasih buat:
Blog Shakiddo - sponsor giveaway
Blog Mek Onie - sumber rujukan




Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com