Wednesday, June 24, 2015

Nombor Plat Khas PATRIOT Bernilai 1 Juta...?

Bagi anda yang berkemampuan, mungkin bolehlah membida set nombor pendaftaran kenderaan atau nombor plat khas baharu yang ditawarkan iaitu PATRIOT. Memetik laporan The Star, set nombor plat ini yang termahal di Malaysia buat setakat ini, berbanding yang pernah diperkenalkan sebelum ini termasuklah G1M (Gagasan 1Malaysia) dan 1M4U (1Malaysia For Youth).



Siri nombor plat khas ini ditawarkan oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) sebagai sebahagian daripada usaha penjanaan dana untuk menggalakkan kesederhanaan. Perolehan daripada penjualan PATRIOT 1 hingga 9999 akan digunakan bagi membiayai program dan aktiviti membangkitkan semangat patriotisme dan menyatupadukan semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama, dakwa NGO terbabit di dalam laman web mereka. YPN ditubuhkan pada April 2013.

Pengarah Projek Khas YPN, Mass Ayu Mass Akbar berkata, harga bidaan paling minimum untuk kategori perdana (PATRIOT 1 hingga 10) ditawarkan pada harga RM380,000 hingga RM1 juta. Setakat ini sambutan amat memberangsangkan dan beberapa individu terkemuka telah bersaing untuk plat satu digit itu.

Nombor plat paling mahal sebelum ini adalah "WWW1", yang berjaya dibida Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail pada harga RM520,000 pada 2012. – 24 Jun, 2015.



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memberikan kebenaran kepada NGO terbabit untuk menjalankan pembidaan nombor ini. Surat kebenaran akan dikeluarkan kepada pembeli plat PATRIOT dan mesti membawanya ke Ibu Pejabat JPJ di Wangsa Maju untuk pendaftaran. Bagi yang tidak berjaya membida, wang deposit akan dipulangkan.

Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) menawarkan plat PATRIOT dengan kaedah bidaan terbuka. Untuk membida, pembida WAJIB menjadi ahli Briged Patriot dengan yuran RM20. Setiap bidaan plat PATRIOT memerlukan deposit 20% dari nilai yang ditawarkan.







Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com