Showing posts with label Kehidupan Harian. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan Harian. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

Apa itu G6PD...?

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).


Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki.
Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.
Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.
Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut. Dianggarkan 400juta penduduk dunia mengalami masalah kekurangan G6PD.
 
Rawatan fototerapi akibat dari mslh kuning


Ubat-ubatan yang patut dielakkan bagi pesakit kekurangan enzim G6PD
* Anti-malarial : Primaquine dan pamaquine( Chloroquine di bawah pengawasan mungkin digunakan apabila antimalaria diperlukan untuk pencegahan atau rawatan malaria )
* Sulfonamides : Sulfacetamide, Sulfanilamide, Sulfamethoxazole (e.g. Septra, Bactrim),Sulfasalazine.
* Anti-bacterials : Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Dapsone, Mafenide Cream (Sulfamylon).
* Analgesics : Phenacetin, Acetanilid, Phenazopyridine (Pyridium).
* Antihelmintics : ß-Naphthol, Stibophen dan Niridazole.
* Doxorubicin
* Furazolidene
* Niridazole 

* Miscellaneous
   *Vitamin K analogues (1mg phytonadione boleh diberikan kepada bayi)
   *Probenecid
   *Dimercaprol (BAL)
   *Flutamide (Eulexin)
   *Methylene Blue
   *Tolouidine Blue
   *Napthalene ( ubat gegat )
* Ubat China
   *Chuen Lin
   *San Chi
   *13 herbs
   *12 herbs
* Ubat nyamuk
 


Makanan yang perlu dielakkan bagi pesakit kekurangan enzim G6PD
* Kacang parang, 
* Makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, 
* Kacang soya atau produk soya,
* Semua jenis kacang atau produk kacang
* Gula-gula dan makanan berperisa menthol.
 
Kacang Parang
 
Pamphlet dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Antara perkara kebiasaan yang perlu diikut oleh bayi G6PD:-
1- Susu formula/soya, jika boleh dikurangkan sukatannya. 2 kali sehari sudah mencukupi. Diganti dengan susu kambing.
2- Buah yang boleh dimakan- kurma, epal,lai, buah naga, kismis.
3-Buah yang perlu dielakkan – oren, sebarang pisang, anggur, tembikai, betik, pauh, atau buah yang dikatakan bersifat sejuk.
4-Biji barli(yang nak buat air tu) dengan biji gandum jika nak buat bubur – yang ni lagi cepat kesannya. boleh menyebabkan batuk dengan lendir yang banyak.
5-Ubat-ubat rawatan mereka seperti ubat demam atau selsema-bukan ubat yang diberi kepada budak-budak biasa. Bagi anak yang ada G6PD, tak berkesan. Kena rujuk pada doktor yang sudah berpengalaman. So, kena banyak cuba ubat.
6-Madu-Tiada kesan sampingan. Sangat bagus!
7-Semua jenis kacang kena elakkan – kacang dal,kacang soya, kacang peas, kacang tanah. Jika terkena kulit lebihan yang mereka kunyah, timbul bengkak-bengkak merah dan gatal. Dalam tempoh 5 minit saja, kita boleh tengok kesannya. Takutkan!(contoh masakan:-kuah sate,kuah roti canai kacang dal,air soya)
8-Produk Telur-Telur goreng ok. Telur masak separuh atau pun rebus penuh perlu elak. kalau nak bagi juga sikit-sikit saja. Yang ini kalau terkena kulit juga akan jadi bengkak-bengkak dan gatal. Mayonis pun!
9-Ikan- mana-mana jenis ikan tiada kesan sampingan. Kalau udang,sotong atau ketam elakkan dulu.
10-Sayur-juga mana-mana jenis. Tiada kesan. Kacang panjang setakat ini boleh diambil.
11- Kurangkan aktiviti luar. Cuaca panas atau sejuk.
12- Air sejuk atau air batu elakkan. Bagi air hangat saja.



Sumber : Kementerian Kesihatan
               Carian Google
               Blog Bilikjahit



Share:

Thursday, June 26, 2014

Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam

Pinjaman Peribadi boleh dimohon di sini..
Bagi yang memerlukan pinjaman peribadi
untuk pelbagai urusan* boleh mengisi borang
online yang disediakan...
Pegawai Bank Islam akan menghubungi anda
bagi menyemak permohonan anda.. 



*Keutamaan adalah untuk pemohon yang
tinggal di Kedah, Pulau Pinang serta utara Perak.
Bagi yang ingin memohon boleh klik link di bawah.



UPDATE 5 MAY 2016
LINK DI ATAS SUDAH 
TIDAK TERPAKAI...
UNTUK MOHON PINJAMAN 
KLIK LINK DI BAWAH

MOHON PINJAMAN PERIBADI ONLINE


*Maklum balas akan diberi dalam tempoh hari bekerja...
Isnin hingga Jumaat... 

Share:

Tuesday, March 4, 2014

Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA)

Skim Insensif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah bertujuan membantu meringankan beban kewangan suami isteri/ ibu bapa dalam membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru dalam institusi keluarga. Skim ini adalah berbentuk barangan keperluan bayi yang akan diberikan kepada bayi yang dilahirkan di Negeri Kedah.


Objektif
- Meringankan beban kewangan pasangan suami isteri/ ibu bapa bagi menyambut kelahiran anak dalam keluarga mereka
- Meraikan tambahan anak Negeri Kedah yang baru; dan
- Menghargai peranan ibubapa dalam pembinaan sahsiah keluarga

Kelayakan
- Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah; atau
- Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu; atau
- Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan JKK/Penghulu
- Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014

Kaedah Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut :-
  - Pejabat Daerah berhampiran
  - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  - Pejabat Penghulu
  - Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
  - Pejabat Majlis Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen
Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan.

Maklumat dalam borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah/ wakil atau Ahli Parlimen atau ADUN atau Pengerusi MPWK atau Penghulu Mukim/ Pegawai Perubatan Hospital.

Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.





Sumber : KedahDarulAman



Share:

9 Sifat Mazmumah Yang Perlu Dijauhi

Ya Allah, jauhkanlah sifat-sifat mazmumah 
dari hambaMu ini Ya Allah..

1. Gemar makan dan minum
- sesiapa yang kekenyangan akn terhindar dari mlakukan ibadah kerana terdorong utk tidur & berehat

2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia)
- ianya merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar

3. Marah
- ianya dari datang daripada kurang kesabaran dalam diri dalam hadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh dari syaitan.

4. Hasad, dengki & iri hati
- lahir dari rasa kurang senang dgn nikmat yg dikecapi oleh orang lain

5. Kasih pada harta
- Tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jgn bersifat bakhil, tamak, dan membazir

6. Takbur
- ianya disebabkan oleh keturunan, kekuasaan, kecantikan, keakayaan, kepandaian, pengaruh serta kuat beribadat (yg menunjuk-nunjuk)

7. Riyak
- sifat ini cuba untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.

8. Ujub
- sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan sama waktu dengannya.

9. Kasih akan dunia
- hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takut mati.


Share:

Thursday, February 20, 2014

Perkara Perlu Dielakkan Ketika Hamil


Berikut merupakan perkara kebiasaan yang perlu dielakkan bagi ibu hamil:

Lipstik
- Jika anda suka memakai lipstik, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam lipstik jika tertelan boleh membahayakan janin.

Krim pemutih
- Lupakan seketika krim pemutih. Kandungan bahan kimia dalam krim pemutih boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

Ubat jerawat
- Wajah anda dipenuhi jerawat setelah hamil? Jangan risau, ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon ketika hamil. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Atasi masalah jerawat setelah melahirkan bayi nanti.

Pewarna rambut
– Anda gemar bertukar warna rambut? Oh, seeloknya berhenti melakukannya sebaik hamil, terutama pada trimester pertama kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

Kasut bertumit
– Lupakan seketika gaya bertumit tinggi anda. Pertambahan usia kehamilan membuatkan berat badan semakin bertambah. Jadi ia mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
Share:

Wednesday, February 19, 2014

15 Tips Murah Rezeki


Berikut merupakan 15 tips Murah Rezeki yang dikongsikan
bersama kita oleh Ustazah Siti Nor Bahyah.

1. Membantu penuntut ilmu dari segi ilmu @ berbentuk kewangan
2. Membantu golongan miskin
3. Berhijrah mencari tempat kerja yang lain
4. Sentiasa ingat pada Allah
5. Memperbanyakkan doa kepada Allah
6. Sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberikan
7. Bersungguh-sungguh ketika melakukan perkara yang harus
8. Melibatkan diri dalam dunia perniagaan
9. Bersedekah secara istiqamah
10. Menjalin atau wujudkan hubungan silaturrahim
11. Pergi mengerjakan haji & umrah
12. Sentiasa bertaqwa kepada Allah
13. Beribadah kepada Allah dengan sebenar-benarnya
14. Istigfar dan bertaubat sekiranya hampir kepada perkara munkar
15. Tawakal dan usaha perlu seiringan untuk mencapai kejayaan
Share:

Tuesday, December 10, 2013

Rukun & Syarat Sah Nikah


RUKUN NIKAH DAN SYARAT SAH NIKAH
Rukun Nikah
  • Pengantin lelaki (Suami)
  • Pengantin perempuan (Isteri)
  • Wali
  • Dua orang saksi lelaki
  • Ijab dan kabul (akad nikah)
   * singkatan S.I.S.W.A.

SYARAT SAH NIKAH
Syarat Bakal Suami

  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
  • Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
  • Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat Bakal Isteri
  • Islam
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak dalam idah
  • Bukan isteri orang
Syarat Wali
  • Islam, bukan kafir dan murtad
  • Lelaki dan bukannya perempuan
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
  • Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
* Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Syarat-syarat Saksi
  • Sekurang-kurangya dua orang
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Lelaki
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap
  • Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
  • Merdeka

Syarat Ijab
  • Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
  • Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
* Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Syarat Qabul
  • Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
  • Tiada perkataan sindiran
  • Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
  • Menyebut nama bakal isteri
  • Tidak diselangi dengan perkataan lain
* Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".


Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com