Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

Rukun & Syarat Sah Nikah


RUKUN NIKAH DAN SYARAT SAH NIKAH
Rukun Nikah
  • Pengantin lelaki (Suami)
  • Pengantin perempuan (Isteri)
  • Wali
  • Dua orang saksi lelaki
  • Ijab dan kabul (akad nikah)
   * singkatan S.I.S.W.A.

SYARAT SAH NIKAH
Syarat Bakal Suami

  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
  • Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
  • Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat Bakal Isteri
  • Islam
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak dalam idah
  • Bukan isteri orang
Syarat Wali
  • Islam, bukan kafir dan murtad
  • Lelaki dan bukannya perempuan
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
  • Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
* Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Syarat-syarat Saksi
  • Sekurang-kurangya dua orang
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Lelaki
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap
  • Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
  • Merdeka

Syarat Ijab
  • Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
  • Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
* Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Syarat Qabul
  • Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
  • Tiada perkataan sindiran
  • Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
  • Menyebut nama bakal isteri
  • Tidak diselangi dengan perkataan lain
* Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".


Share:

Sunday, September 11, 2011

Ciri-ciri Pasangan Anda Serius Dalam Hubungan

 Dalam perhubungan mesti kita nak tahu kan..
pasangan kita tu benar2 serius or tak..
sebelum ni Putera Helmei dah senaraikan
serta satu lagi post mengenai
sekarang mai kita lihat lak beberapa
ciri tanda pasangan kita tu memang serius
dalam perhubungan dengan diri kita...

1) Hafal Sangat
semua tentang diri kamu dan 
perkara yg mengingatkannya sentiasa 
dia letakkan di dalam kotak fikiran dia..

2) Orang Pertama
Apa saja masalah yg menimpa kamu..
dia pasti akan cuba sebaik mungkin
menjadi penyelamat keadaan..

3) Teringat-ingat
Setiap kali berjauhan.. mesti kamu 
yang dia teringatkan... rindu la tu..
tapi biasa la.. jauh di mata, dekat di hati kan..

4) Pengkritik Tetap
Ada saja yg kamu lakukan dikritiknya...
Ingat.. kritik bukannya kutuk..
tapi ia adalah satu cara utk bangunkan 
diri pasangan masing2 juga.

5) Curahan Hati Itu Ini
Jika luahan mengenai mslh d tempat kerja,
itu adalah biasa sahaja...
sekiranya diluahkan mengenai masalah
keluarganya atau hal peribadi, 
itu bermakna si dia memang mempercayai kamu.
(ingt, lelaki bukan suka buka masalah sendiri)
oleh itu hargailah kepercayaan yang diberi..

6) Rencana Matang
Itu tandanya dia betul-betul serius..
jika ada direncanakan masa depannya 
dengan kamu.. itu adalah tanda bahawa
kamu adalah pasangan hidupnya...

Begitula ciri-ciri yang pasti kena ada
pada pasangan kita.. cuba check tengok..
yang pasti Allah dah jadikan Adam n Hawa..
saling melengkapi antara satu sama lain..

layan lagu Cinta Adam & Hawa by Misha


Share:

Monday, August 15, 2011

Ketahui Ciri Lelaki Yang Tak Serius


Ketahui Ciri Lelaki Yang Tak Serius
Dalam Perhubungan Percintaan
(Sikap Lelaki Itu Sendiri)

1) Wujudnya Rahsia Demi Rahsia
- bagi dirinya apa yg berlaku dlm dirinya 
adalah rahsia dirinya..
- dia seperti belum yakin trhadap 
pasangannya.. 
- tetapi sbg wanita jgn pula mendesaknya.
sampai masa dia pasti akan beritahu jua.

2) Tidak Pernah Mengkritik
- Jgn bangga lak kalau si dia tak kritik anda.
- Tak bermakna kamu sempurna di matanya.
- Tapi dia seolah tidak peduli dengan kamu.

3) Lama Tunggu
- Selalu ker korang tak dpt feedback
dari si dia bila korg bg sms or call..?
- Jika selalu.. berhenti berharap la yer..
- Sesibuk cam na pun, sekiranya yg tersyg
call or sms semestinya dia akan call back
or sms.. kalau tak da langsung.. hmmm..

4) Pujiannya Melangit
- Ada ja pujian yg kamu dpt setiap hari.
- Padahal kamu mmg tahu pada hari tu
kamu tidak berhias mana pun tapi si dia
tetap memuji penampilan kamu.
- Jgn terkejut sekiranya panggilan istimewa
yg kamu dpt dari dia berkemungkinan
dia ada gunakan kat perempuan lain juga.

Share:

Wednesday, August 10, 2011

Antara Sikap Wanita yg Membuat Lelaki Tidak Serius

Setelah melalui kehidupan d tempat kerja baru..
pelbagai sifat serta sikap dpt dikenal pasti...
iyela kan.. masa awal kerja, semua malu2 ja..
bukan aku ja yg malu.. pekerja lama pun malu..
semua pakat nak cover perangai masing2 kan...
tapi dah lama keluar la perangai yg sebenar...
itu la sebabnya ada pepatah mengatakan
"don't judge a book by it's cover"
apa yang aku melalut ni kan.. aduii..
tajuk entry lain.. cita sal lain lak...
kelmarin sambil wat sibuk di ofis...
ada officemate bw buku Remaja...
Putera Helmei kan masih remaja...
so cheq pun tumpang sekaki baca juga la..
terjumpa topic yg memang menarik...

Punca Lelaki Tak Serius Dalam Hubungan..
(Sikap Wanita itu Sendiri)

1) Lagak seperti ibunya
- lelaki tak suka kehidupannya diatur sperti maknya
pernah atur khidupannya pd suatu ketika...
- jenis yang mendesak ataupun memaksa...
- bagi si lelaki, cukupla hanya maknya yg beri peraturan

2) Anti Diet
- walaupun lelaki menerima kamu seadanya
tak bermakna kamu hanya tampil selekeh 
ataupun biar badan semakin mmbesar.
Jagalah penampilan diri kamu n jadi diri sendiri..

3) Drama Queen
- mesti ada yg brlakon drama depan pasangan kan.
jgnla kita trlalu brdrama depan pasangan.
- jadi diri sendiri adlh lbh bagus krn sampai
bila nk berlakon bagus depannya...

4) Mudah Memberi
- Mudah sgt menunaikan apa yg si lelaki minta.
- Memang la bla syg, mn yg takboleh, jd boleh.
- yang merana diri sendiri juga nanti...

Yang penting, tak semua wanita mcm tu..
kalau ada, si lelaki la yg main peranan penting.
untuk pastikan hubungan berkekalan.. 
Insyaallah nanti saya akan wat entry tentang:
(Sikap Lelaki Itu Sendiri)...
pakat2 la kita perbaiki kelemahan diri kita..
untuk pastikan saling melengkapi satu sama lain.
Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com