Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

9 Sifat Mazmumah Yang Perlu Dijauhi

Ya Allah, jauhkanlah sifat-sifat mazmumah 
dari hambaMu ini Ya Allah..

1. Gemar makan dan minum
- sesiapa yang kekenyangan akn terhindar dari mlakukan ibadah kerana terdorong utk tidur & berehat

2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia)
- ianya merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar

3. Marah
- ianya dari datang daripada kurang kesabaran dalam diri dalam hadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh dari syaitan.

4. Hasad, dengki & iri hati
- lahir dari rasa kurang senang dgn nikmat yg dikecapi oleh orang lain

5. Kasih pada harta
- Tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jgn bersifat bakhil, tamak, dan membazir

6. Takbur
- ianya disebabkan oleh keturunan, kekuasaan, kecantikan, keakayaan, kepandaian, pengaruh serta kuat beribadat (yg menunjuk-nunjuk)

7. Riyak
- sifat ini cuba untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.

8. Ujub
- sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan sama waktu dengannya.

9. Kasih akan dunia
- hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takut mati.


Share:

Wednesday, February 19, 2014

15 Tips Murah Rezeki


Berikut merupakan 15 tips Murah Rezeki yang dikongsikan
bersama kita oleh Ustazah Siti Nor Bahyah.

1. Membantu penuntut ilmu dari segi ilmu @ berbentuk kewangan
2. Membantu golongan miskin
3. Berhijrah mencari tempat kerja yang lain
4. Sentiasa ingat pada Allah
5. Memperbanyakkan doa kepada Allah
6. Sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberikan
7. Bersungguh-sungguh ketika melakukan perkara yang harus
8. Melibatkan diri dalam dunia perniagaan
9. Bersedekah secara istiqamah
10. Menjalin atau wujudkan hubungan silaturrahim
11. Pergi mengerjakan haji & umrah
12. Sentiasa bertaqwa kepada Allah
13. Beribadah kepada Allah dengan sebenar-benarnya
14. Istigfar dan bertaubat sekiranya hampir kepada perkara munkar
15. Tawakal dan usaha perlu seiringan untuk mencapai kejayaan
Share:

Tuesday, December 10, 2013

Rukun & Syarat Sah Nikah


RUKUN NIKAH DAN SYARAT SAH NIKAH
Rukun Nikah
  • Pengantin lelaki (Suami)
  • Pengantin perempuan (Isteri)
  • Wali
  • Dua orang saksi lelaki
  • Ijab dan kabul (akad nikah)
   * singkatan S.I.S.W.A.

SYARAT SAH NIKAH
Syarat Bakal Suami

  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
  • Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
  • Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat Bakal Isteri
  • Islam
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak dalam idah
  • Bukan isteri orang
Syarat Wali
  • Islam, bukan kafir dan murtad
  • Lelaki dan bukannya perempuan
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
  • Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
* Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Syarat-syarat Saksi
  • Sekurang-kurangya dua orang
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Lelaki
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap
  • Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
  • Merdeka

Syarat Ijab
  • Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
  • Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
* Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Syarat Qabul
  • Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
  • Tiada perkataan sindiran
  • Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
  • Menyebut nama bakal isteri
  • Tidak diselangi dengan perkataan lain
* Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".


Share:

Thursday, September 12, 2013

TIPS IBU BAPA GENIUS


~TIPS IBU BAPA GENIUS~

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri


Share:

Wednesday, August 28, 2013

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN NIKAH

  • satu salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Satu salinan Kad Pengenalan Wali( Bagi pemohon perempuan)
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan  asal dan salinan(pemohon yang belum berkahwin)
  • Kebenaran berkahwin pihak lelaki (jika lelaki dari luar Daerah -bagi pemohon perempuan )
  • Sijil cerai asal (pemohon yang telah bercerai)
  • Surat mati suami/ isteri  dan salinan surat nikah (pemohon suami @ isteri yang meninggal dunia)
  • satu salinan  Kad Perakuan Memeluk Islam(Pemohon saudara baru )
  • Kebenaran Poligami Dari Mahkamah Syariah (jika poligami)
  • Surat Kebenaran dari kedutaan (Pemohon bukan warganegara)
  • Kebenaran Berkahwin dari pihak berkuasa polis/ tentera (bagi anggota polis / tentera)
  • Borang pemeriksaan HIV
  • Satu salinan surat mati bapa (wali)bagi pemohon perempuan (jika wali meniggal dunia)
  • Satu salinan Surat Nikah ibubapa bagi pemohon perempuan(anak sulung) 

* Borang Permohonan boleh di dapati di Pejabat Agama Daerah berkenaan atau Imam Kariah masing-masing
* Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disahkan oleh Imam Kariah masing-masing .
* Permohonan untuk berkahwin hendaklah diserahkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh untuk bernikah.
* Kebenaran Nikah bagi lelaki (Nikah Luar Daerah / Negeri )- tempoh sahlaku 3 bulan dari tarikh kebenaran
* Kebenaran nikah bagi perempuan (nikah dalam Daerah) - tempoh sahlaku 1 bulan dari tarikh kebenaran.

BAYARAN PROSES
  • RM 4    - Pemohon lelaki (Kahwin Luar Daerah/ Negeri)
  • RM 46  - Pemohon lelaki dan perempuan di dalam satu Kariah
  • RM 48  - Pemohon lelaki dan perempuan di dalam satu daerah tapi  kariah yang berlainan
  • RM 44  - Pemohon perempuan nikah di dalam daerah

PERATURAN-PERATURAN AM NIKAH
  • Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Daerah Baling
  • Permohonan bolehlah dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh berkahwin (Pemohon lelaki)dan 30 hari dari tarikh berkahwin (pemohon perempuan)
  • Pemohon yang telah berkahwin dan  telah bercerai atau pasangan meninggal dunia tidak perlu hadir Kursus Pra Perkahwinan semula
PERKAHWINAN  YANG MEMERLUKAN KEBENARAN DARIPADA HAKIM SYARIE ( MAHKAMAH SYARIAH)
  • Perkahwinan  Poligami
  • Pekahwinan  di bawah umur ( lelaki - 18 tahun ke bawah dan perempuan 16 tahun ke bawah)
  • Perkahwinan Janda Berhias dalam perjalanan tempoh Iddah
  • Perkahwinan Wali Raja(Wali Hakim)
BORANG PERMOHONAN NIKAH (NEGERI KEDAH)
  • Sila dapatkan di pejabat agama berdekatan ataupun berjumpa dengan imam qariah anda.
Share:

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Salam Aidilfitri diucapkan buat semua
yg beragama Islam.. 
di sini ku menyusun 10 jari
memohon keampunan dari rakan-rakan
sekiranya andai ada tersalah cakap..
terlebih kata.. terkasar bahasa.. ataupun apa yg over la
berharap Ramadhan yg bakal meninggalkan kita tahun ini
memberi satu lembaran baru buat kita
untuk supaya memperbaiki diri kita ini 
supaya menjadi lebih baik dari yg sebelumnya...
INSYA ALLAH.. Aminnn....

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Share:

Friday, May 17, 2013

Tip Semarak Kasih Alam Rumah Tangga


  1. Berkongsi tanggungjawab
    1. perlukan persefahaman bagi menyempurnakan tanggungjawab
    2. Perlu faham apa erti sebenar perkahwinan
  2. Fahami hati teman teristimewa
    1.  Masing-masing perlu menganggap pasangan sbg teman istimewanya
  3. Rancang masa depan
    1. Perlu saling mengingati & menabung utk masa depan
  4. Komunikasi yang baik
    1. Beri ruang & peluang kpd pasangan utk luah pandangan & jadilah pndgr yg baik
    2. Seeloknya elakkan dari membebel
  5. Mengenal bahasa cinta pasangan
    1. Ada 5 bahasa cinta - kata2 yg beri keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti, dan memberikan sentuhan fizikal
    2. Setiap pasangan perlu faham dan amalkannya
  6. Mengukuhkan sumber kewangan
    1. Suami perlu bijak menguruskan kewangan
    2. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran
  7. Selesaikan konflik
    1. Setiap pasangan perlu meluahkan masalah & berbincang secara terbuka
  8. Tabah dan sabar
    1. Setiap pasangan perlu bersabar dgn kelemahan & kekurangan masing2
  9. Tentukan apa yang diingini
    1. Hangatkan kasih syg dgn mencari apa yg mendorong perasaan itu terus wujud. 
  10. Tumpukan perhatian kepada kesan positif
  11. Menjadikan misi sesuatu pengalaman menyeronokkn & bukan paksaan
    1. Pilih masa yg sesuai bagi memudahkan pasangan meluahkan apa yg terpendam
    2. Usah malu utk menyatakan ucapan cinta apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak
    3. Isteri kerapkan memuji suami
    4. Sentiasa dapatkan persetujuan kedua2 belah pihak utk apa jua keputusan
  12. Fikirkan kebaikan pasangan selama ini
    1. Jgn mencari kelemahan pasangan, tetapi bayangkan keistimewaan yg ada padanya
    2. Pastikan diri tidak mudah merajuk dan mengeluh, sebaliknya lebihkan bersabar
    3. Paling penting sentiasa berdoa kpd Allah utk sentiasa limpahkan kasih sayang pasangan




Sumber : Media massa + Harian Metro


Share:

Friday, March 15, 2013

Fakta-fakta Menarik Mengenai Islam


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam. (2011)

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11. (2011)

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com