Ya Allah, jauhkanlah sifat-sifat mazmumah
dari hambaMu ini Ya Allah..
1. Gemar makan dan minum
- sesiapa yang kekenyangan akn terhindar dari mlakukan ibadah kerana terdorong utk tidur & berehat
2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia)
- ianya merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar
3. Marah
- ianya dari datang daripada kurang kesabaran dalam diri dalam hadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh dari syaitan.
4. Hasad, dengki & iri hati
- lahir dari rasa kurang senang dgn nikmat yg dikecapi oleh orang lain
5. Kasih pada harta
- Tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jgn bersifat bakhil, tamak, dan membazir
6. Takbur
- ianya disebabkan oleh keturunan, kekuasaan, kecantikan, keakayaan, kepandaian, pengaruh serta kuat beribadat (yg menunjuk-nunjuk)
7. Riyak
- sifat ini cuba untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.
8. Ujub
- sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan sama waktu dengannya.
9. Kasih akan dunia
- hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takut mati.
0 comments:
Post a Comment