Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) adalah sebuah program
yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dimana kita boleh
mendaftarkan anak anak yang berumur tidak melebihi 3 tahun, dan program ini telah bermula dari 9 Julai
2011.
TAWAS diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor merupakan penyediaan saguhati kepada kanak-kanak yang lahir di negeri Selangor.
Antara faedah yang bakal diperolehi adalah anak Selangor akan menerima RM1500.00 daripada TAWAS setelah mereka berusia 18 tahun. Dan ini yang Haziq dapat.. Terima kasih TAWAS.
Penyata Simpanan TAWAS ini adalah dokumen penting yang perlu
disertakan semasa membuat tuntutan RM1,500 apabila ahli mencapai usia 18
tahun. Ibu / Bapa / Penjaga ahli adalah dinasihatkan untuk mengambil Penyata
Simpanan TAWAS tersebut pada bila-bila masa di pejabat YAWAS.
Selain dari itu, manfaat melalui TAWAS juga beroleh skim khairat kematian.
Nak pergi ambil Penyata Simpanan TAWAS dan Kad Si Manja tapi tak tahu lokasi TAWAS di mana? Ni dia alamatnya :
Sumber : TAWAS
YAWAS
Khairat Kematian YAWAS adalah manfaat tambahan baru di bawah
Skim Tabung Warisan Anak Selangor yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor
untuk Ahli TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.
Ibubapa/penjaga boleh menuntut sumbangan bernilai RM1,500.00
di pejabat YAWAS dengan membawa bersama dokumen seperti berikut:
- Sijil kematian.
- Kad SiManja.
- Penyata Simpanan TAWAS (sekiranya ada).
Walaubagaimanapun, manfaat ini hanya boleh dituntut oleh
waris untuk kematian Ahli TAWAS yang berlaku selepas 1 Mac 2014. Pembayaran
sumbangan akan dibuat dalam bentuk cek.
Si Haziq juga mendapat Kad SiManja, apa kelebihannya erk?
sapa yang tahu kelebihan kad Si Manja TAWAS ni kot blh share sikit.
So, pakat-pakat la pohon. Ini adalah kelebihan bersama bagi yang lahir di Selangor.
Antara syarat-syarat memohon TAWAS adalah seperti berikut:
Syarat 1
Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang
bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti
berikut:
1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
2. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
2. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
Syarat 2
Permohonan adalah terbuka kepada 'Anak yang dilahirkan di
Selangor' yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
3. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah
menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun. ATAU Cop pengesahan Taraf mastautin
Syarat 3
1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang
bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak, Wilayah
Pesekutuan Kuala Lumpur dan Pahang) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb
Januari 2008.
3. **Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang
bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan Kuala
Lumpur dan Pahang )
**Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di
negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran ( Negeri
Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Pahang ) dan perlu
mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada Ketua Kampung, Penghulu dan
Pengerusi Taman Perumahan Sahaja.
Nak online TAWAS bagaimana? KLIK SINI UNTUK PENDAFTARAN
Nak pergi ambil Penyata Simpanan TAWAS dan Kad Si Manja tapi tak tahu lokasi TAWAS di mana? Ni dia alamatnya :
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
A1-11-2 & A1-11-3
Jalan Multimedia 7/AH, Park City,
I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Update 1/12/2015 Alamat Baru YAWAS
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor
TELEFON : 03-5481 8800
Update 1/12/2015 Alamat Baru YAWAS
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor
TELEFON : 03-5481 8800
Terima kasih pada TAWAS dan YAWAS untuk insentif ini kepada anak Selangor. Terima kasih juga kepada kerajaan negeri Selangor. Sekaligus membantu serba sedikit penyediaan ibu bapa untuk anak yang bakal melanjutkan pelajaran ke manara gading nanti, InsyaAllah....
Sumber : TAWAS
YAWAS