Skim Insensif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah
bertujuan membantu meringankan beban kewangan suami isteri/ ibu bapa dalam
membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru dalam
institusi keluarga. Skim ini adalah berbentuk barangan keperluan bayi yang akan
diberikan kepada bayi yang dilahirkan di Negeri Kedah.
Objektif
- Meringankan beban kewangan pasangan suami isteri/ ibu bapa
bagi menyambut kelahiran anak dalam keluarga mereka
- Meraikan tambahan anak Negeri Kedah yang baru; dan
- Menghargai peranan ibubapa dalam pembinaan sahsiah keluarga
Kelayakan
- Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri
Kedah; atau
- Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat
Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu;
atau
- Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan
menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan
JKK/Penghulu
- Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014
Kaedah Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif
Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut :-
- Pejabat Daerah
berhampiran
- Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah
- Pejabat Penghulu
- Pusat Khidmat
ADUN/Parlimen
- Pejabat Majlis
Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen
Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan.
Maklumat dalam borang permohonan yang telah lengkap
hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah/ wakil atau Ahli Parlimen atau
ADUN atau Pengerusi MPWK atau Penghulu Mukim/ Pegawai Perubatan Hospital.
Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan
Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.
Sumber : KedahDarulAman