Saturday, September 3, 2016

Kolej PTPL dijenama kepada MSU College

Pada tanggal 1 September 2016 baru-baru ini, Management & Science University menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bagi menyempurnakan hari bersejarah buat warga Kolej PTPL dengan penjenamaan semula nama Kolej PTPL kepada MSU College.


Penjenamaan semula Kolej PTPL kepada MSU College diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata penjenamaan semula itu adalah satu langkah ke hadapan MSU College selain menjadi masa depan baharu kepada kolej serta Management and Science University (MSU). Katanya, usaha penjenamaan semula itu memberi fokus kepada pengantarabangsaan kolej berkenaan selain sebagai komponen Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi MSU.


Turut hadir, Presiden MSU dan MSU College, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Pro Canselor MSU, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. Terdahulu, ketika berucap, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pemilihan nama MSU College itu memang bertepatan dan sejajar dengan kedudukan sebagai kolej institusi kepada MSU yang memiliki reputasi sebagai sebuah institusi swasta berkualiti. Sementara itu, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri berkata, selepas penjenamaan itu, MSU College mensasarkan sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan pelajarnya di 10 kampus akan terdiri daripada pelajar luar negara. Katanya, pada masa ini, MSU College mempunyai kira-kira 10,000 pelajar di seluruh negara manakala keseluruhan pelajar termasuk di MSU adalah kira-kira 25,000..


Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com