Dan terkini, bermula tahun ini (2016), pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil langkah drastik untuk memasukkan nama peminjam yang liat membayar hutang PTPTN, ke dalam senarai hitam (blacklist) CCRIS. Kesannya, para peminjam tersebut tidak boleh ke luar negara / tidak boleh membuat sebarang bentuk pinjaman samada pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan ataupun pinjaman peribadi. Maksudnya di sini, terus rekod kita dah tak cantik dalam rekod CCRIS.
Apa perlu hampa buat kalau di senarai hitam oleh PTPTN dalam CCRIS..??
Pilihan 1
i.. Pergi ke mana-mana cawangan PTPTN, untuk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman anda.
ii.. Sediakan wang tunai dalam RM1500.00 hingga RM3000.00 bagi pekerjaan tetap, supaya boleh digunakan sebagai deposit pembayaran semula tunggakan PTPTN. Kadang-kadang tunggakan peminjam boleh mencecah RM8000.00... buat la ayat sedih sikit sekiranya hampa tak mampu bayar banyak..
iii. Setelah pembayaran dibuat dan pihak pegawai PTPTN bersetuju dengan jumlah bayaran tersebut, anda diminta untuk melengkapkan perjanjian penukaran pinjaman dari konvensional menjadi ujrah. Pegawai PTPTN akan bertanya berapa jumlah bayaran bulanan yang anda mampu bayar untuk keseluruhan pinjaman anda. Dari tempoh 5 tahun, sehinggalah tempoh 40 tahun. Tapi kena ingat, semakin lama tempoh pembayaran, semakin tinggi jumlah caj perkhidmatan @ bunga dikenakan..
iv. Kemudian itu, sekiranya tiada sebarang masalah penukaran tersebut. Makanya anda sudah dikira berjaya dikeluarkan dari senarai hitam. Untuk makluman setelah membuat penukaran kepada ujrah, seperti di dalam perjanjian baru, anda boleh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.
Pilihan 2
i. Sediakan Sijil Tamat Belajar anda serta Penyata Terkini KWSP
ii. Pergi ke mana-mana cawangan PTPTN, untuk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman anda.
iii. Anda tidak mampu untuk menyediakan tunai bagi deposit pembayaran semula tunggakan. Jadinya, anda boleh memilih untuk mengeluarkan Akaun 2 KWSP sebagai bayaran deposit tunggakan PTPTN. Part ni best, memang tak boleh mengelak. Jumlah akan ditentukan berdasarkan berapa amount yang ada pada Akaun 2 KWSP anda. Semakin banyak jumlah amaun anda, semakin banyak amaun yang akan di nego oleh Pegawai PTPTN terhadap kita untuk mengeluarkan kita dari senarai hitam CCRIS.
iv. Selepas bersetuju, anda perlu membawa surat pengesahan daripada PTPTN untuk dibawa ke KWSP, bersama dengan itu, perlu dibawa bersama surat tamat pengajian (yang original dan copy).
v. Anda akan diberi resit permohonan oleh KWSP, & resit itu boleh diberi kepada Pegawai PTPTN untuk urusan selanjutnya yakni proses penukaran pinjaman dari Konvensional kepada Ujrah. Selepas dari itu, anda akan dimaklumkan yang anda akan dikeluarkan dari senarai hitam blacklist CCRIS. Untuk makluman setelah membuat penukaran kepada ujrah, seperti di dalam perjanjian baru, anda boleh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.
Nota:
Untuk kenal pasti anda disenarai hitam oleh CCRIS atau tidak, anda tidak boleh bergantung kepada website imigresen sahaja. Walaupun nama anda tidak disenarai hitam oleh pihak imigresen dalam websitenya, anda tidak boleh merasakan selamat. Ini kerana, kemungkinan nama anda ada juga dalam CCRIS. Itu diberitahu oleh pegawai PTPTN. Perkara ini hanya boleh disemak setelah anda membuat sebarang permohonan pinjaman kepada institusi kewangan atau perbankan. Untuk makluman, sekarang pihak PTPTN telah menempatkan pegawainya di airport bagi urusan kenal pasti peminjam yang masih belum melunaskan bayaran tunggakan.
Semua info ini berdasarkan pengalaman saya sendiri pergi ke PTPTN untuk urusan keluarkan nama dari senarai hitam
0 comments:
Post a Comment