Showing posts with label Imigresen. Show all posts
Showing posts with label Imigresen. Show all posts

Friday, September 9, 2016

Disenarai Hitam Oleh PTPTN...?

Ramai dikalangan kita tidak menyedari ataupun pura-pura tidak sedar, hehehe.. mengenai pinjaman pendidikan PTPTN yang sepatutnya dibayar setelah tamat pengajian.



Dan terkini, bermula tahun ini (2016), pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil langkah drastik untuk memasukkan nama peminjam yang liat membayar hutang PTPTN, ke dalam senarai hitam (blacklist) CCRIS. Kesannya, para peminjam tersebut tidak boleh ke luar negara / tidak boleh membuat sebarang bentuk pinjaman samada pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan ataupun pinjaman peribadi. Maksudnya di sini, terus rekod kita dah tak cantik dalam rekod CCRIS.

Apa perlu hampa buat kalau di senarai hitam oleh PTPTN dalam CCRIS..??

Pilihan 1
i.. Pergi ke mana-mana cawangan PTPTN, untuk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman anda.
ii.. Sediakan wang tunai dalam RM1500.00 hingga RM3000.00 bagi pekerjaan tetap, supaya boleh digunakan sebagai deposit pembayaran semula tunggakan PTPTN. Kadang-kadang tunggakan peminjam boleh mencecah RM8000.00... buat la ayat sedih sikit sekiranya hampa tak mampu bayar banyak..
iii. Setelah pembayaran dibuat dan pihak pegawai PTPTN bersetuju dengan jumlah bayaran tersebut, anda diminta untuk melengkapkan perjanjian penukaran pinjaman dari konvensional menjadi ujrah. Pegawai PTPTN akan bertanya berapa jumlah bayaran bulanan yang anda mampu bayar untuk keseluruhan pinjaman anda. Dari tempoh 5 tahun, sehinggalah tempoh 40 tahun. Tapi kena ingat, semakin lama tempoh pembayaran, semakin tinggi jumlah caj perkhidmatan @ bunga dikenakan..
iv. Kemudian itu, sekiranya tiada sebarang masalah penukaran tersebut. Makanya anda sudah dikira berjaya dikeluarkan dari senarai hitam. Untuk makluman setelah membuat penukaran kepada ujrah, seperti di dalam perjanjian baru, anda boleh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.

Kiosk PTPTN Giant Kinrara yang 
saya pergi Khamis lepas


Pilihan 2
i. Sediakan Sijil Tamat Belajar anda serta Penyata Terkini KWSP
ii. Pergi ke mana-mana cawangan PTPTN, untuk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman anda.
iii. Anda tidak mampu untuk menyediakan tunai bagi deposit pembayaran semula tunggakan. Jadinya, anda boleh memilih untuk mengeluarkan Akaun 2 KWSP sebagai bayaran deposit tunggakan PTPTN. Part ni best, memang tak boleh mengelak. Jumlah akan ditentukan berdasarkan berapa amount yang ada pada Akaun 2 KWSP anda. Semakin banyak jumlah amaun anda, semakin banyak amaun yang akan di nego oleh Pegawai PTPTN terhadap kita untuk mengeluarkan kita dari senarai hitam CCRIS.
iv. Selepas bersetuju, anda perlu membawa surat pengesahan daripada PTPTN untuk dibawa ke KWSP, bersama dengan itu, perlu dibawa bersama surat tamat pengajian (yang original dan copy).
v. Anda akan diberi resit permohonan oleh KWSP, & resit itu boleh diberi kepada Pegawai PTPTN untuk urusan selanjutnya yakni proses penukaran pinjaman dari Konvensional kepada Ujrah. Selepas dari itu, anda akan dimaklumkan yang anda akan dikeluarkan dari senarai hitam blacklist CCRIS. Untuk makluman setelah membuat penukaran kepada ujrah, seperti di dalam perjanjian baru, anda boleh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.

Nota:
Untuk kenal pasti anda disenarai hitam oleh CCRIS atau tidak, anda tidak boleh bergantung kepada website imigresen sahaja. Walaupun nama anda tidak disenarai hitam oleh pihak imigresen dalam websitenya, anda tidak boleh merasakan selamat. Ini kerana, kemungkinan nama anda ada juga dalam CCRIS. Itu diberitahu oleh pegawai PTPTN. Perkara ini hanya boleh disemak setelah anda membuat sebarang permohonan pinjaman kepada institusi kewangan atau perbankan. Untuk makluman, sekarang pihak PTPTN telah menempatkan pegawainya di airport bagi urusan kenal pasti peminjam yang masih belum melunaskan bayaran tunggakan.

Semua info ini berdasarkan pengalaman saya sendiri pergi ke PTPTN untuk urusan keluarkan nama dari senarai hitam
Share:

Tuesday, November 24, 2015

Buat Pasport Perjalanan di UTC

Awal-awal lagi saya dimaklumkan rakan supaya membuat pasport perjalanan lebih awal untuk travel kali ini. Tetapi bagi saya, akibat kesuntukan masa serta menunggu official announce dari pihak pengurusan sangat penting sebelum saya membuat keputusan untuk membuat pasport perjalanan. Tetapi persiapan lebih awal saya sudah lakukan dengan mencari di ruang jendela website Imigresen Malaysia maklumat-maklumat yang diperlukan termasuk dari segi bayaran serta waktu operasi.


Akhirnya pada 14/11/2015 baru company umum official saya kena ke luar negara. Cuma xpasti lagi bila. Tapi yang mengejutkan pada 15/11/2015 bos whatsapp suruh hantar pasport 16/11/2015.. hahaha.. kelam kabut dibuatnya.. Terus bersiap Ahad 15/11/15 utk ke UTC Pudu. Dugaan dah la hujan yang teramat lebat, sampai je di Pudu, jam 3pm, saya tidak dibenarkan untuk ambil nombor, kata mereka pengeluaran nombor panggilan sudah berhenti kerana terlalu ramai. perhhh... buntu tak tahu mana nak pergi, dimaklumkan saya boleh pergi ke Mini UTC Keramat dlm Keramat Mall. 

Alhamdulillah sampai je Pejabat Imigresen di Mini UTC Keramat, layanan bagus, orang pun tak ramai. Masa menunggu pula tak sampai sejam dah siap. Memang terbaik Pejabat Imigresen di Mini UTC Keramat. Awal tu, tak tahu di mana lokasi Mini UTC Keramat, rupanya bertentangan dengan Stesen LRT Damai. So sebagai panduan kepada yang lain, walaupun waktu operasi UTC ni sampai malam, dinasihatkan datang awal pagi supaya boleh dapat nombor giliran, cuma kalau Mini UTC Keramat, tiada masalah kot kalau terlewat sikit, sebab orang tak ramai.

Untuk pengetahuan, bermula 15 Januari 2015, hanya Pasport Malaysia Antarabangsa tempoh sah laku lima (5) tahun sahaja yang akan dikeluarkan dengan kadar bayaran seperti berikut:
 - Pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahun = RM200.00
 - Pemohon yang berumur 60 tahun ke atas = RM100.00
 - Pemohon yang berumur 12 tahun dan ke bawah = RM100.00
 - Jemaah haji = RM100.00
 - Orang Kelainan Upaya = Percuma

Waktu Operasi Pejabat UTC; Isnin - Ahad : 8:30pagi - 10.00malam
 - UTC Pudu, Kuala Lumpur
 - Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur
 - Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur
 - UTC Ipoh, Perak
 - UTC Melaka
 - UTC Kuantan, Pahang
 - UTC Alor Setar, Kedah
 - UTC Johor
Tutup ketika Cuti Umum sahaja.

Sebelum pergi ke mana-mana pejabat imigresen ataupun UTC
semak dulu status perjalanan ke luar negara
mana tahu tiba-tiba tersangkut.. hehehe..






Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com