Showing posts with label kbba9. Show all posts
Showing posts with label kbba9. Show all posts

Sunday, October 2, 2016

Restoran De'Don Shah Alam, Semuanya Ada

Restoran De'Don dibuka secara rasminya pada 7 Ogos 2016.. Dan ketika itu diserikan lagi oleh kehadiran Ustaz Don pada majlis tersebut. Restoran De'Don terletak di bandar Shah Alam.. Yakni di Seksyen 13..


Baru-baru ni page rasmi Restoran tersebut telah buat contest komen dan share.. Jemput ke FACEBOOK PAGE RESTORAN DE'DON. Di dalam contest tersebut saya dan wife antara yang terpilih untuk menikmati makan malam tidak kira apa jenis menu pun..


Jam 9 malam kami satu keluarga sampai di Restoran De'Don.. Bukannya susah pun nak tau lokasinya, terletak berhampiran Kampus MSU, dan Restoran ini sebaris dengan shop lot siri animasi terkenal Upin & Ipin.. Alaa.. Apa susah, MAPS kat handphone kan ada.. Search je Restoran De'Don mesti jumpa.. Sampai je di situ saya disambut mesra oleh Encik Don Aiman.. Orangnya sangat peramah.. Kena pula sama-sama cakap utaqha masa tu.. Lagi la..


Saya dimaklumkan konsep restoran ini, ada pelbagai stall masakan di dalam satu restoran.. Itu yang saya bagitau, semua ada kat sini..

Ada pelbagai pilihan satay

Pelbagai pilihan masakan western

Menu a la carte tidak ketinggalan.. 

Saya dimaklumkan ada lagi pelbagai pilihan stall yang lain, cumanya pada malam saya pergi kebanyakan mereka ada event di luar.. Antara stall yang lain NASI AYAM, NASI ARAB, serta pilihan Burger..

Untuk malam saya pergi ni, En Don Aiman sarankan air special di restoran mereka yakni Mango Nenen serta Jus Cinta Asmara..

Ni dia Mango Nenen

Jus Cinta Asmara & 
Fried Rice Chicken Chop

Jus Epal Hijau & 
Fried Rice Fish and Chips

Ni antara menu yang saya sempat ambil gambar semalam sebelum makan, ada makanan gambar tak sempat ambil, sebab dah lapaq sangat.. Mungkin pihak pengurusan restoran perlu memikirkan cara bagaimana untuk pastikan kelancaran pelanggan untuk menerima menu yang telah dipesan supaya tidak terjadi terlalu lama menunggu.. 

Apapun Restoran De'Don antara restoran terbaik disebabkan menyediakan pelbagai pilihan makanan dengan stall yang ada dalam restoran mereka.. Satu inisiatif bijak pengurusan restoran untuk menarik lebih ramai pelanggan.. Selain tu juga, ada ketikanya mereka menyediakan live band.. Memang terbaikkk.. Terima kasih sekali lagi kepada Restoran De'Don atas hadiah contest ini.. Terutama sekali kepad Encik Don Aiman atas layanan yang sangat baik.. Bagi yg berminat untuk ke Restoran De'Don sila rujuk di bawah..



Share:

Friday, September 9, 2016

Disenarai Hitam Oleh PTPTN...?

Ramai dikalangan kita tidak menyedari ataupun pura-pura tidak sedar, hehehe.. mengenai pinjaman pendidikan PTPTN yang sepatutnya dibayar setelah tamat pengajian.



Dan terkini, bermula tahun ini (2016), pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil langkah drastik untuk memasukkan nama peminjam yang liat membayar hutang PTPTN, ke dalam senarai hitam (blacklist) CCRIS. Kesannya, para peminjam tersebut tidak boleh ke luar negara / tidak boleh membuat sebarang bentuk pinjaman samada pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan ataupun pinjaman peribadi. Maksudnya di sini, terus rekod kita dah tak cantik dalam rekod CCRIS.

Apa perlu hampa buat kalau di senarai hitam oleh PTPTN dalam CCRIS..??

Pilihan 1
i.. Pergi ke mana-mana cawangan PTPTN, untuk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman anda.
ii.. Sediakan wang tunai dalam RM1500.00 hingga RM3000.00 bagi pekerjaan tetap, supaya boleh digunakan sebagai deposit pembayaran semula tunggakan PTPTN. Kadang-kadang tunggakan peminjam boleh mencecah RM8000.00... buat la ayat sedih sikit sekiranya hampa tak mampu bayar banyak..
iii. Setelah pembayaran dibuat dan pihak pegawai PTPTN bersetuju dengan jumlah bayaran tersebut, anda diminta untuk melengkapkan perjanjian penukaran pinjaman dari konvensional menjadi ujrah. Pegawai PTPTN akan bertanya berapa jumlah bayaran bulanan yang anda mampu bayar untuk keseluruhan pinjaman anda. Dari tempoh 5 tahun, sehinggalah tempoh 40 tahun. Tapi kena ingat, semakin lama tempoh pembayaran, semakin tinggi jumlah caj perkhidmatan @ bunga dikenakan..
iv. Kemudian itu, sekiranya tiada sebarang masalah penukaran tersebut. Makanya anda sudah dikira berjaya dikeluarkan dari senarai hitam. Untuk makluman setelah membuat penukaran kepada ujrah, seperti di dalam perjanjian baru, anda boleh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.

Kiosk PTPTN Giant Kinrara yang 
saya pergi Khamis lepas


Pilihan 2
i. Sediakan Sijil Tamat Belajar anda serta Penyata Terkini KWSP
ii. Pergi ke mana-mana cawangan PTPTN, untuk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman anda.
iii. Anda tidak mampu untuk menyediakan tunai bagi deposit pembayaran semula tunggakan. Jadinya, anda boleh memilih untuk mengeluarkan Akaun 2 KWSP sebagai bayaran deposit tunggakan PTPTN. Part ni best, memang tak boleh mengelak. Jumlah akan ditentukan berdasarkan berapa amount yang ada pada Akaun 2 KWSP anda. Semakin banyak jumlah amaun anda, semakin banyak amaun yang akan di nego oleh Pegawai PTPTN terhadap kita untuk mengeluarkan kita dari senarai hitam CCRIS.
iv. Selepas bersetuju, anda perlu membawa surat pengesahan daripada PTPTN untuk dibawa ke KWSP, bersama dengan itu, perlu dibawa bersama surat tamat pengajian (yang original dan copy).
v. Anda akan diberi resit permohonan oleh KWSP, & resit itu boleh diberi kepada Pegawai PTPTN untuk urusan selanjutnya yakni proses penukaran pinjaman dari Konvensional kepada Ujrah. Selepas dari itu, anda akan dimaklumkan yang anda akan dikeluarkan dari senarai hitam blacklist CCRIS. Untuk makluman setelah membuat penukaran kepada ujrah, seperti di dalam perjanjian baru, anda boleh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.

Nota:
Untuk kenal pasti anda disenarai hitam oleh CCRIS atau tidak, anda tidak boleh bergantung kepada website imigresen sahaja. Walaupun nama anda tidak disenarai hitam oleh pihak imigresen dalam websitenya, anda tidak boleh merasakan selamat. Ini kerana, kemungkinan nama anda ada juga dalam CCRIS. Itu diberitahu oleh pegawai PTPTN. Perkara ini hanya boleh disemak setelah anda membuat sebarang permohonan pinjaman kepada institusi kewangan atau perbankan. Untuk makluman, sekarang pihak PTPTN telah menempatkan pegawainya di airport bagi urusan kenal pasti peminjam yang masih belum melunaskan bayaran tunggakan.

Semua info ini berdasarkan pengalaman saya sendiri pergi ke PTPTN untuk urusan keluarkan nama dari senarai hitam
Share:

Sunday, August 21, 2016

Harga Tiket Terkini Zoo Negara

Seingat saya la, campur yg terbaru ni, baru 2 kali saya buat kunjungan ke Zoo Negara.. Sebelum ini saya pernah pergi ke Zoo Negara, tapi tiket sebagai Volunteer Zoo Negara.. teringat dulu, kena bersih kandang landak la.. harimau la.. perhhh... mencabar.. begini rupanya tugas-tugas penjaga Zoo Negara, selain memberi makan kepada haiwan-haiwan yang ada di situ.. Itu zaman 2010 dulu la... So yg latest ni, saya pergi atas sebab nak bawa anak kenal-kenal dengan binatang yang ada.. ada yg sedia duk dalam sangkar, dalam kandang dan dalam bilik berhawa dingin pun ada yakni.. Panda.. hehehe..

yeahhh.. selamat datang ke Zoo Negara, Malaysia

Kalau hampa perasan kan, dulu yakni tahun lepas & sebelumnya, tiket nak masuk Zoo Negara memang mahal, tak termasuk Giant Panda lagi.. kalau termasuk Giant Panda, mau cecah RM54 untuk orang dewasa..

ni Harga Tiket Masuk Zoo Negara untuk tahun 2015 & sebelumnya

Mau fikir dua tiga kali juga kan kalau harga mcm tu.. so bermula tahun 2016, Zoo Negara memperkenalkan harga baru tiket masuk Zoo Negara, dengan harga yang kompetitif & lebih menarik perhatian pengunjung..

ni harga tiket terbaru Zoo Negara, RM44 sahaja termasuk Giant Panda... 

Perlu diingat, untuk Giant Panda last boleh masuk jam 4.30petang.. dan operasi Zoo Negara tutup jam 5.30petang, dan ianya dibuka setiap hari untuk kunjungan.. Masa saya pergi hujung minggu ni, sempat juga saya tengok Animal Show.. 

Tengok Singa Laut beraksi.. memang mencuit hati...

lepas dari tengok pertunjukkan haiwan, 
terus kami laju2 menuju ke tempat panda..
kang tutup pula.. rugi.. hehehe...

tengok mak & anak panda beraksi.. hehe.. 

Sang Buaya tengah berehat atau menunggu mangsa.. 

Harimau Bintang ni macam mengandung tak silap..

udah 2 jam wei... balik la.. tunggu lagi.. kaki dah ketaq ni...

Pelbagai lagi jenis haiwan sama ada jinak ataupun liar tak sempat saya nak ambil gambar, terkejar-kejar dengan masa.. kang tutup pula Zoo Negara ni.. Hampa nak tau apa lagi binatang yang ada di Zoo Negara, so terjah je la Zoo Negara, Malaysia.. tunjuk la ke anak cucu kita.. nanti depa dah besaq, entah ada atau tidak binatang-binatang tu.. 

Apa yang hanpa perlu sedia bila berkunjung ke Zoo Negara:
- sediakan air mnieral yang cukup, jalan jauh + panas..
- sediakan payung (sebab panas + hujan)
- bawa la makanan untuk alas perut sambil jalan-jalan dalam Zoo tu..
- kalau boleh yang ada anak kecil, bawa stroller.. larat ka nak dukung nanti.. hehe..




Sumber :


Share:

Wednesday, August 10, 2016

Melure Perfumes Giveaway dari Putera Helmei (CLOSED)

Saya dengan berbesar hati ingin menghadiahkan 1 jenis wangian jenama Melure kepada rakan-rakan sosial media.. tidak kira rakan dari Facebook, Instagram mahupun Blog.. Melure Perfume antara produk wangian badan yang semakin mendapat tempat dikalangan semua orang ketika ini.. Set Melure Perfume secara rasminya dikeluarkan dengan 4 versi wangian kepada orang ramai yang diinspirasikan dari wangian jenama terkemuka.. Perfume ini mendapat pengesahan halal dari Jakim..


Syaratnya adalah mudah sahaja :
-- Anda dikehendaki post di Instagram + Facebook dengan menyatakan 4 jenis wangian yang dikeluarkan Melure Perfume, dan nyatakan wangian yang mana menjadi pilihan hati serta nyatakan sebab kenapa jenis wangian tersebut menjadi pilihan anda... Post anda perlu mempunyai hashtag #melureperfumesshera #giveawayputerahelmei untuk saya 'keep track' sapa yg join... Make sure post di IG & FB tu public post ya...

Untuk melayakkan anda menyertai Giveaway ini, anda wajib:
1) Like page Melure Perfume di SINI
2) Follow instagram Putera Helmei di SINI
3) Follow instagram Melure Perfume di SINI

Giveaway ini dibuka mulai jam 12 tgh malam 11/8/2016 sehingga 14/8/2016 jam 8.00pagi.. Bagi pemenang anda berhak untuk memilih jenis wangian yang anda impikan... Pemenang dikira berdasarkan jawapan yang tepat dan ayat yg menambat hati saya.. hahaha... ianya juga harus mengikut kriteria yg telah ditetapkan. Keputusan adalah muktamad...

Terima kasih atas kesudian anda untuk turut serta dalam Giveaway kali ini..
Anda juga boleh memaklumkan diruangan komen sekiranya anda join giveaway ni..
Share:

Saturday, August 6, 2016

Format Laptop Murah, Khidmat Terbaik

Laptop yang saya ada & sayang ni, berusia hampir 10 tahun.. mana tidaknya, ianya dibeli pada tahun 2007 yang lalu ketika melaporkan diri ke pusat pengajian tinggi, yakni di UiTM Shah Alam.. Akibat dari minat kepada benda IT ni, laptop ni boleh kata kerap juga diformat sepanjang pengajian.. walaupun tak ambil jurusan IT... hehehe... last format laptop secara sendiri pada tahun 2010.. menggunakan Windows XP, tapi interface saya gunakan Windows 7 Ultimate... gituuu.. hehehe... tapi akibat dari arus peredaran masa sekarang, Windows XP tak lagi mendapat tempat untuk sistem aplikasi baru.. So semalam, saya nekad, untuk format laptop Acer Aspire 4315 ni.. tapi bukan format sendiri, cari la dalam facebook.. hahaha.. tak buat dah sendiri, tak ingat dah step-step semua tu...

survey punya survey jumpa la satu page... dan ini name card-nya.. 

Okeh, hampa boleh tengok detail, bukan setakat format ja mampu buat, kerosakan hadrware, motherboard ka, software problem ka, boleh rujuk dengannya... ni facebook page yang diuruskan oleh Encik Saiful Nizam, https://www.facebook.com/FormatLaptop/ di dalam page tersebut juga, dia ada sharing beberapa info berguna berkaitan komputer serta software.. Encik Saiful Nizam ni tinggal di Presint 11, Putrajaya.. Khidmat yang beliau tawarkan, bukan di Putrajaya ja.. sekitar yang sama waktu dengannya.. hehe.. termasuklah kawasan rumah saya yakni di Equine Park, Seri Kembangan, Perkhidmatan terbaiknya, dia datang ambil laptop, sesudah siap, dia akan hantar semula kepada kita.. So tak perlu la kita yang nak mengadap jem bagai untuk ke kedai komputer.. 

ni spesifikasi laptop saya.. Intel Celeron weii.. hahaha..

Pakej format yang ditawarkan oleh Encik Saiful Nizam, bernilai RM50.00 sahaja.. Format laptop murah dah tu.. Antara yang dilengkapkan pada laptop saya, Windows 7, Microsoft Office 2013, serta beberapa aplikasi yang lain.. berbaloi kan.. Dengan RM50.00 boleh dapat semua tu serta dengan servis ambil dan hantar.. ya la, kalau buat sendiri dah untung kan.. tapi bila nak buat tu, tak study habis lagi Windows 7 ni mcm mana nak install.. tu fikir lebih baik, kasi orang format je la.. settle.. 

bagi yang berminat untuk format laptop murah dan cepat.. boleh hubungi Encik Saiful Nizam:
Facebook Page : https://www.facebook.com/FormatLaptop/
Nombor telefon : +6019-5223453

yes dah siap.. beri hari khamis, jumaat dah dapat balik..
okey, dah boleh update blog dengan Windows baru.. hehehe.. 

Share:

Monday, August 1, 2016

U Mobile Mungkir Janji..?

Mengikut informasi yang dimaklumkan sebelum ini oleh U Mobile, pengguna akan memperoleh Video-Onz secara percuma sehingga 31 Disember 2016. Ianya bagi pengguna U Mobile sedia ada termasuk P70 serta P98.. Walau bagaimanapun, bermula 1 Ogos 2016 yakni hari ini, pengguna P70 tidak lagi menerima Video-Onz secara unlimited, pengguna P70 terus perlu menerima bahawa mereka mempunyai kuota bagi Video-Onz yakni sejumlah 7GB data.. Ianya boleh disemak melalui apps My Umobile anda...

Plan P70 (Unlimited calls + 15GB data internet + unlimited streaming)


dan ini terbaru.. 7GB kuota Video-Onz...??

Mengikut di laman rasmi facebook U Mobile, ramai pengguna mengecam U Mobile kerana tidak memberi sebarang notis pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan ini.. Ianya tidak seperti dipromosikan pada awalnya di mana pakej P70 U Mobile juga menerima unlimited streaming Video-Onz.. tetapi sekarang dah lain.. mengikut seorang pengguna, yakni rakan saya, sudah membuat panggilan ke U Mobile, bahagian customer service memaklumkan, ianya mengikut terma & syarat dan ianya terpulang kepada U Mobile untuk membuat sebarang perubahan... tapi yang peliknya tiada sebarang makluman diberikan... termasuklah pada saya juga yang menggunakan U Mobile P70... adakah U Mobile nak pengguna upgrade pakej ke P98.. Macam mana sekali pun, dibandingkan dengan telco lain, U Mobile antara penyedia terbaik dari segi kuota data dan kadar bayaran.. Cuma coverage sahaja kureng sikit...

Pakej U Mobile Hero P98




Share:

Saturday, July 23, 2016

Dunlop Formula D 05 Tayar Baru

Hampir 2 tahun lebih menggunakan tayar kereta jenama Bridgestone, tiba masanya untuk diganti.. Bridgestone MY02 memang tahan tayar dia, dan sehingga waktu ditukar, bunga tengah tayar masih lagi tebal.. Tapi disebabkan bunga tepi tayar tersebut dah nipis, saya rasa mungkin dah kena tukar ni.. Dah survey pelbagai kedai, sememangnya MY02 sudah tidak dikeluarkan lagi.. So saya decide mencari tayar jenama lain dengan harga kompetitif.. atau lebih murah la.. hehe.. sampai Kedah ni saya pergi tukar tayar.. disebabkan kos tayar di Kedah lebih murah berbanding di Lembah Klang...

Ni tayar terbaru yang saya gantikan pada dua tayar depan.. 
Menggunakan jenama lain yakni Dunlop Formula D05

Untuk pengetahuan, Dunlop buatan Malaysia sekarang di bawah syarikat Continental.. Penggantian tayar ni saya buat dengan meletakkan tayar baru di depan, dan tayar depan sedia ada diletakkan bahagian belakang.. Beberapa tips saya peroleh masa ke kedai tayar kereta. Mesti kebanyakan kita mencari tayar baru kan.. yakni tahun semasa serta kalau boleh bulan yang semasa pun dia nak.. tapi maklumat saya peroleh dari kedai tayar setelah dirisik2.. tayar sebenarnya ada tempoh masak dia selepas dikeluarkan dari kilang dan sebelum digunakan, kata mereka 9 bulan selepas dari tarikh pengeluaran baru elok.. dan bunga tak cepat haus kalau pakai nanti... hmm betul juga kan.. 

sebelum membeli tayar kereta yang baru, sila pastikan sama saiz tayar adalah bersesuaian dengan saiz rim kereta anda.. kereta saya menggunakan saiz tayar 195/50/15... dan benda yang utama hampa perlu lihat adalah seperti gambar di bawah... Dah dua minggu guna Dunlop Formula D05, rasa mcm senang pula nak pusing2 stereng.. ikuti tips pembelian tayar yang saya share sini... hehehe...

 di sini part yang penting.. yang menyatakan bulan bila dikeluarkan tahun bila dikeluarkan.. pada tayar saya, dinyatakan 5115, bermaksud dikeluarkan pada minggu 51 yakni bulan Disember, pada tahun 2015... Treadwear dinyatakan 340, semakin tinggi jumlah treadwear semakin lambat bunga nak haus.. Traction A di situ bermaksud kekuatan cengkaman tayar.. paling bagus AA la.. semakin kurang adalah C... dan dinyatakan Temperature A untuk kawasan panas.. macam Malaysia ni la..

apa yang saya diberitahu, tayar baru sekarang hanya ada outside & inside..
tiada lagi rotation seperti tayar Bridgestone MY02 yang digunakan..

ni Bridgestone yang masih saya gunakan untuk tayar belakang...

MY02 Sporty Style.. bunga masih tebal lagi kan di bahagian tengah...

Kenali Tayar Kereta Anda...

Share:

Tuesday, May 31, 2016

Asus Zenfone dan Masalah GPS

Boleh dikatakan, Asus Zenfone dari keluaran yang awal saya beli yakni Zenfone 5, tak lari dari masalah GPS.. Sehinggalah kini menggunakan Zenfone Max, masalah sama ada juga.. Boleh dikatakan dari keluarga, rakan UiTM, rakan blog, rakan sekerja, ramai yang menggunakan Asus Zenfone. Tetapi adakah Asus Malaysia umum mengetahui mengenai masalah software update kepada pengguna, terutamanya untuk ZenUi Launcher serta GPS.



Hujung minggu lepas pergi Asus Centre di Low Yat Plaza, untuk pergi ambil Asus Zenfone 2 isteri yg bermasalah.. Rupanya masalah motherboard.. sambil tu cuba tanya tengok kat depa pasal isu GPS, katanya GPS isu ni kena tunggu update release dari team Asus ZenUi untuk update new software.. 

Boleh dikatakan, Zenfone la saya rasa handphone paling kerap update software berbanding produk lain dari Sony dan Samsung.. dah la update banyak kali, kalau bertambah baik ok juga.. Ni GPS problem.. ZenUi Launcher bermasalah.. yang terjadi pada Zenfone 5 saya..

Berharap sangat, team Asus Malaysia buat sesuatu.. Kalau boleh untuk tidak me-releasekan update terbaru selagi belum diuji kaji oleh team technical Asus Malaysia.. yang menerima masalah adalah pengguna sekarang ini.. Nasib lah saya ni bukan sangat guna GPS.. banyak guna DPS jer, Drive Pi Sendiri... 

Bagusnya Zenfone Max saya pakai ni kamera terbaik, bateri tahan.. 5000mah okeh.. dan tidak lagi 'heng' buat masa ini.. Boleh refer post saya di blog pasal Asus Zenfone Max
Share:

Friday, May 13, 2016

Master Sushi Tower Dari Kami

Program Master Sushi bukannya kali pertama saya join setelah berada bersama department Counseling & Communication (C&C), Management & Science University. Tahun lepas saya sudah turut serta dalam program tersebut. Tahun ini berkonsepkan Master Sushi Tower, menyerlahkan lagi sushi yang diletakkan di "cup cake stand". Program ini disediakan oleh team BE C&C (Beyond Expectation Team) yang menguruskan aktiviti staf. Master Sushi Tower ini dibuat pada semalam 12 May 2016.


Tetapi objektif sebenar dibuat program sebegini adalah untuk memupuk semangat berkumpulan dikala semua staf department sibuk dengan tugasan masing-masing. So BE Team mencari sambil mencuri masa yang sesuai, untuk diadakan program-program sebegini. Kalau diikutkan saya bukannya penggemar makanan sushi. Tapi atas semangat berkumpulan, kami perlu siapkan tugasan yang dberikan.


Gambar diatas merupakan preparation daripada kumpulan saya sebelum menyiapkan sepenuhnya "presentation" Sushi Tower kami. sambil tu boleh kita lihat persiapan daripada kumpulan yang lain, pelbagai ragam dari semua rakan-rakan bagi menyiapkan sushi masing-masing.






kalau diikutkan ada 7 kumpulan kesemuanya, dan di bawah antara sushi-sushi yang telah siap dan untuk dipersembahkan kepada juri-juri.. hehehe..

yaa.. ini persembahan dari group saya.. Jingjang Melati..

ni persembahan Sushi Tower dari semua group.. 




Dan ini lah pemenangnya.. Group Fastlotus..
siap dengan sos semua.. Tahniah untuk rakan-rakan..

Bagi penggemar makanan sushi mesti tahu kan apa persediaan dan rasa apa yg sepatutnya untuk sushi terbaik.. failed la group kami.. hahahaha..  tapi semangat kerjasama rakan dalam kumpulan itu yang penting.. Apa yang penting, Kerjasama.. hehehe.. 
Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com