Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

Xiaomi Mi Max, berbaloikah Anda Beli...?

Selepas kehadiran Xiaomi Redmi Note 3 Pro, kini aku tambah koleksi Xiaomi dengan kemunculan Xiaomi Mi Max.. Selamat tinggal Zenfone selepas setahun berkhidmat..


Kena la dengan moto dia.. Mi Max is The New Big. Memang besar weii.. hahaha.. tak sangka la pula sebesar ni.. 6.44inci..  kalau tak, nak ambil Xiaomi Redmi Pro.. tapi bateri 4000mAh jer.. So aku pun decide ambil Mi Max yg berkuasakan bateri 4850mAh...

Aku ambil spesifikasi yang 3GB ram & 32GB memory storan dalaman. Dengan kuasa Snapdragon 650 memang laju la handfon ni.. yang penting, GPS signal dia lock dan tidak lost.. isu GPS signal lost pada handfon lama aku Zenfone Max.. rasanya ramai pengguna Zenfone alami masalah yang sama.. tapi tiada solusi dari pihak Asus..

Kamera hadapan menggunakan 5 megapixel dan kamera belakang 16 megapixel.. memberi paduan gambar yang cukup jelas.. main manual jer.. confirm cair bila tengok..



Menarik kan hasil gambar yang diambil.. baru nak belajar wei.. hehe...

Tapi bagi yang menggunakan 2 sim + memorycard, aku tak sarankan ambil spesifikasi ni.. sebab gadget ni bila dah pakai 2 sim, memorycard tak boleh letak.. so ambil la yang memory built in lebih sikit kan.. gadget ni aku berjaya sunting di Gemfive.. beli set Mi Malaysia.. nanti apa-apa jadi refer mana2 centre ja.. so far so good Xiaomi Mi Max ni.. Mi Max Original Mi Malaysia boleh dibeli dari harga RM850 hingga RM1300. Bergantung kepada spesifikasi nya.. Kalau Mi Max Original Import atau AP, boleh dibeli dari harga RM650 hingga RM900. Ataupun korang klik je link di bawah ni...



Share:

Tuesday, December 20, 2016

Xiaomi Redmi Note 3, Jadi Pilihan

Xiaomi tak asing lagi bagi rakyat Malaysia.. Dengan pelbagai spesifikasi dan jenis dikeluarkan. Apa yang saya tahu, Redmi Note 3 antara yang menjadi pilihan ramai sekarang ni.. Saya telah memilih Xiaomi Redmi Note 3 bagi menggantikan Asus Zenfone 2 ZE550ML yang setahun lebih berkhidmat dengan isteri.. Jualan hebat sekarang kat mana lagi kalau bukan di LAZADA


Dah kerap sangat beli barang apa-apa je pakai LAZADA.. sebab diyakini.. Sebelum ni dah beli Asus Zenfone Max pun di LAZADA juga.. Memuaskan kalau membeli online di LAZADA, sebab kita dapat tahu yang mana Original Malaysia ataupun Import Set..

Balik pada Xiaomi Redmi Note 3, kenapa saya tertarik dengan gadget ni, disebabkan kamera belakangnya 16megapixel, dan kamera hadapan 5megapixel.. Dah mantap dah ni.. Memang jelas dan terang gambar yang diambil...


apa macam.. hehehe.. Haziq jadi model pula.. hehe..




Bukan tu saja, ianya menggunakan Snapdragon 650 weii.. Ram 3GB, dan memori dalaman tersedia 32GB.. So kalau 'gamers' memang ngam la kalau guna gadget ni.. Dan yang penting bateri dia tersedia 4000mah.. Dapatlah bertahan dari yang sebelum ni.. saya beli pada nilai RM700 lebih di Lazada.. kalau ada code voucher, lagi murah boleh dapat.. janji set Original Mi Malaysia...

Kita tengok selepas ni performance dia macam mana.. Aishhh kita pun nak gadget baru juga...

Share:

Tuesday, May 31, 2016

Asus Zenfone dan Masalah GPS

Boleh dikatakan, Asus Zenfone dari keluaran yang awal saya beli yakni Zenfone 5, tak lari dari masalah GPS.. Sehinggalah kini menggunakan Zenfone Max, masalah sama ada juga.. Boleh dikatakan dari keluarga, rakan UiTM, rakan blog, rakan sekerja, ramai yang menggunakan Asus Zenfone. Tetapi adakah Asus Malaysia umum mengetahui mengenai masalah software update kepada pengguna, terutamanya untuk ZenUi Launcher serta GPS.



Hujung minggu lepas pergi Asus Centre di Low Yat Plaza, untuk pergi ambil Asus Zenfone 2 isteri yg bermasalah.. Rupanya masalah motherboard.. sambil tu cuba tanya tengok kat depa pasal isu GPS, katanya GPS isu ni kena tunggu update release dari team Asus ZenUi untuk update new software.. 

Boleh dikatakan, Zenfone la saya rasa handphone paling kerap update software berbanding produk lain dari Sony dan Samsung.. dah la update banyak kali, kalau bertambah baik ok juga.. Ni GPS problem.. ZenUi Launcher bermasalah.. yang terjadi pada Zenfone 5 saya..

Berharap sangat, team Asus Malaysia buat sesuatu.. Kalau boleh untuk tidak me-releasekan update terbaru selagi belum diuji kaji oleh team technical Asus Malaysia.. yang menerima masalah adalah pengguna sekarang ini.. Nasib lah saya ni bukan sangat guna GPS.. banyak guna DPS jer, Drive Pi Sendiri... 

Bagusnya Zenfone Max saya pakai ni kamera terbaik, bateri tahan.. 5000mah okeh.. dan tidak lagi 'heng' buat masa ini.. Boleh refer post saya di blog pasal Asus Zenfone Max
Share:

Wednesday, January 20, 2016

ZenFone Max Tampil Dengan Bateri 5000mAh

ASUS Zenfone kini tidak asing lagi bagi pasaran di Malaysia ini.. ASUS Zenfone mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia disebabkan kebanyakan produk keluarannya mempunyai spesifikasi yang tinggi dengan nilai yang perlu dikeluarkan oleh pengguna dengan kadar yang minima.. Antara keluaran Zenfone yang mendapat sambutan tinggi dikalangan pengguna adalah termasuk Zenfone 5, Zenfone 6 serta Zenfone 2. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri dengan nilai tambah yang sangat berpatutan. Setelah keluarnya produk Zenfone 2, ianya adalah produk yang saya rasakan sudah ada penambah baikkan oleh pihak ASUS berbanding dengan produk Zenfone 5 atau Zenfone 6.

Terbaru ASUS Malaysia mengeluarkan pada umum untuk jualan Zenfone Max. Ianya tampil dengan kuasa bateri 5000mAh dengan ketahanan sehingga 38 hari tanpa perlu mengecas (diuji dgn mod 3g serta tanpa membuka data, tanpa wifi). Bagi pengguna smartphone yg suka beronline jer tu.. rasanya sgt sesuai Zenfone Max ni... Tiada lagi nak ke-hulu ke-hilir dgn power bank.. hehehe... Spesifikasi yang dinyatakan dalam blog ini adalah untuk Zenfone Max (ZC550KL).

Sambil beronline tu, boleh la snap gambar dengan kamera Zenfone Max ni yang mempunyai kamera belakang 13MP pixelmaster yang menghasilkan gambar resolusi tinggi serta tiada lag ketika gambar diambil. Bagi pengguna sedia Zenfone mesti dah ketahui, kamera Zenfone memang kesannya adalah terbaik serta menghasilkan gambar yang berkualiti dengan adanya pixelmaster. Bagi penggemar selfie, Zenfone Max mempunyai kamera depan 5MP.. terbaik dah tu..


Bagi spesifikasi performance Zenfone Max, saya rasakan penggunaan Zenfone Max sudah mantap dengan kuasa processor Qualcomm Snapdragon 410 dan ram untuk Zenfone Max adalah 2GB ram... So bagi saya, kalau main game tiada masalah ni.. Kalau setakat online media sosial je apalah sangat kan... Zenfone Max dibekalkan dengan kuasa penggunaan data LTE. Mana tidaknya, semua nak laju kan sekarang.. Mostly pengeluar telefon bimbit sekarang mengeluarkan spesifikasi yang mempunyai data berkelajuan LTE. Selain itu, skrin Zenfone Max juga lebih tahan dengan penggunaan cover Corning Gorilla 4... Besar Zenfone Max ni juga sama besar dengan Zenfone 2 550 iaitu saiz 5.5inci... so normal je la.. tidak la besar sangat.. kalau letak dalam poket pun muat juga. 


Asus Zenfone Max (ZC550KL) dikeluarkan di Malaysia dengan harga jualan bermula dari RM899.00 dan sudah boleh diperolehi dari website Lazada, DirectD, ataupun Official Website Asus Malaysia. 

Klik pada link yang disediakan untuk melihat harga terkini Zenfone Max (ZC550KL).



Mungkin satu masa boleh saya upgrade kepada Zenfone yang lain.. Saya rasa orang sekeliling saya kebanyakan dah menggunakan Zenfone. Saya sendiri Zenfone 5 (mcm kena upgrade sebab anak ketuk skrin la, sudah retak), isteri guna Zenfone 2 550ML, ada kawan2 yang guna Zenfone 5, yang guna Zenfone 6 pun ada, dan latest ada member guna Zenfone 2 Laser...
Kiri Zenfone 2 isteri, sebelah kanan, Zenfone 5 saya.. 





Sumber rujukan:
ASUS Malaysia


Share:

Tuesday, July 30, 2013

Semak Status IMEI Telefon Bimbit Anda


Di sini saya menyediakan cara-cara
untuk anda menyemak status nombor IMEI 
telefon bimbit yang anda gunakan..
sama ada menggunakan nombor original ataupun tidak..
walaupun benda ni dah ramai yang post..
apa salahnya saya cuba untuk ketengahkan lagi info ni.

1) Ambil telefon bimbit anda, pada butang dial
- sila tekan *#06#

2) kemudian telefon bimbit anda akan memaparkan
nombor IMEI yang digunakan
CTH : 355810051066663

3) sila masukkan nombor IMEI tersebut ke dalam
website ini  http://www.imei.info/
info mengenai telefon bimbit anda akan dipaparkan..
sekiranya ianya memaparkan jenis telefon bimbit
yang lain ataupun tiada paparan langsung,
berkemungkinan besar IMEI anda bukanlah
yang original ataupun fon tersebut bukan original.
Berkemungkinan boleh memberi effect
kepada warranty telefon bimbit anda..

Sekiranya anda perasan, nombor IMEI
yg saya nyatakan tlh di BOLD/HITAMKAN  05..
yakni nombor yg ke-7 & 8 dlm senarai IMEI.. 
nombor ini juga memberi maksud tersembunyi..
antara info yang diperolehi adalah:

02 or 20 : dari China – LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany – FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland – VERY GOOD
00 / 03 / 04 / 05: dari kilang asal -BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan – VERY BAD QUALITY & DANGEROUS

di bawah adalah paparan mengenai telefon bimbit
yang digunakan saya wat masa sekarang ini
setelah check status IMEI.. Semuanya OK.
dan sememangnya memaparkan telefon yg digunakan...


Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com