Showing posts with label lazada malaysia. Show all posts
Showing posts with label lazada malaysia. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

Xiaomi Mi Max, berbaloikah Anda Beli...?

Selepas kehadiran Xiaomi Redmi Note 3 Pro, kini aku tambah koleksi Xiaomi dengan kemunculan Xiaomi Mi Max.. Selamat tinggal Zenfone selepas setahun berkhidmat..


Kena la dengan moto dia.. Mi Max is The New Big. Memang besar weii.. hahaha.. tak sangka la pula sebesar ni.. 6.44inci..  kalau tak, nak ambil Xiaomi Redmi Pro.. tapi bateri 4000mAh jer.. So aku pun decide ambil Mi Max yg berkuasakan bateri 4850mAh...

Aku ambil spesifikasi yang 3GB ram & 32GB memory storan dalaman. Dengan kuasa Snapdragon 650 memang laju la handfon ni.. yang penting, GPS signal dia lock dan tidak lost.. isu GPS signal lost pada handfon lama aku Zenfone Max.. rasanya ramai pengguna Zenfone alami masalah yang sama.. tapi tiada solusi dari pihak Asus..

Kamera hadapan menggunakan 5 megapixel dan kamera belakang 16 megapixel.. memberi paduan gambar yang cukup jelas.. main manual jer.. confirm cair bila tengok..



Menarik kan hasil gambar yang diambil.. baru nak belajar wei.. hehe...

Tapi bagi yang menggunakan 2 sim + memorycard, aku tak sarankan ambil spesifikasi ni.. sebab gadget ni bila dah pakai 2 sim, memorycard tak boleh letak.. so ambil la yang memory built in lebih sikit kan.. gadget ni aku berjaya sunting di Gemfive.. beli set Mi Malaysia.. nanti apa-apa jadi refer mana2 centre ja.. so far so good Xiaomi Mi Max ni.. Mi Max Original Mi Malaysia boleh dibeli dari harga RM850 hingga RM1300. Bergantung kepada spesifikasi nya.. Kalau Mi Max Original Import atau AP, boleh dibeli dari harga RM650 hingga RM900. Ataupun korang klik je link di bawah ni...



Share:

Tuesday, December 20, 2016

Xiaomi Redmi Note 3, Jadi Pilihan

Xiaomi tak asing lagi bagi rakyat Malaysia.. Dengan pelbagai spesifikasi dan jenis dikeluarkan. Apa yang saya tahu, Redmi Note 3 antara yang menjadi pilihan ramai sekarang ni.. Saya telah memilih Xiaomi Redmi Note 3 bagi menggantikan Asus Zenfone 2 ZE550ML yang setahun lebih berkhidmat dengan isteri.. Jualan hebat sekarang kat mana lagi kalau bukan di LAZADA


Dah kerap sangat beli barang apa-apa je pakai LAZADA.. sebab diyakini.. Sebelum ni dah beli Asus Zenfone Max pun di LAZADA juga.. Memuaskan kalau membeli online di LAZADA, sebab kita dapat tahu yang mana Original Malaysia ataupun Import Set..

Balik pada Xiaomi Redmi Note 3, kenapa saya tertarik dengan gadget ni, disebabkan kamera belakangnya 16megapixel, dan kamera hadapan 5megapixel.. Dah mantap dah ni.. Memang jelas dan terang gambar yang diambil...


apa macam.. hehehe.. Haziq jadi model pula.. hehe..




Bukan tu saja, ianya menggunakan Snapdragon 650 weii.. Ram 3GB, dan memori dalaman tersedia 32GB.. So kalau 'gamers' memang ngam la kalau guna gadget ni.. Dan yang penting bateri dia tersedia 4000mah.. Dapatlah bertahan dari yang sebelum ni.. saya beli pada nilai RM700 lebih di Lazada.. kalau ada code voucher, lagi murah boleh dapat.. janji set Original Mi Malaysia...

Kita tengok selepas ni performance dia macam mana.. Aishhh kita pun nak gadget baru juga...

Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com