Saturday, July 23, 2016

Dunlop Formula D 05 Tayar Baru

Hampir 2 tahun lebih menggunakan tayar kereta jenama Bridgestone, tiba masanya untuk diganti.. Bridgestone MY02 memang tahan tayar dia, dan sehingga waktu ditukar, bunga tengah tayar masih lagi tebal.. Tapi disebabkan bunga tepi tayar tersebut dah nipis, saya rasa mungkin dah kena tukar ni.. Dah survey pelbagai kedai, sememangnya MY02 sudah tidak dikeluarkan lagi.. So saya decide mencari tayar jenama lain dengan harga kompetitif.. atau lebih murah la.. hehe.. sampai Kedah ni saya pergi tukar tayar.. disebabkan kos tayar di Kedah lebih murah berbanding di Lembah Klang...

Ni tayar terbaru yang saya gantikan pada dua tayar depan.. 
Menggunakan jenama lain yakni Dunlop Formula D05

Untuk pengetahuan, Dunlop buatan Malaysia sekarang di bawah syarikat Continental.. Penggantian tayar ni saya buat dengan meletakkan tayar baru di depan, dan tayar depan sedia ada diletakkan bahagian belakang.. Beberapa tips saya peroleh masa ke kedai tayar kereta. Mesti kebanyakan kita mencari tayar baru kan.. yakni tahun semasa serta kalau boleh bulan yang semasa pun dia nak.. tapi maklumat saya peroleh dari kedai tayar setelah dirisik2.. tayar sebenarnya ada tempoh masak dia selepas dikeluarkan dari kilang dan sebelum digunakan, kata mereka 9 bulan selepas dari tarikh pengeluaran baru elok.. dan bunga tak cepat haus kalau pakai nanti... hmm betul juga kan.. 

sebelum membeli tayar kereta yang baru, sila pastikan sama saiz tayar adalah bersesuaian dengan saiz rim kereta anda.. kereta saya menggunakan saiz tayar 195/50/15... dan benda yang utama hampa perlu lihat adalah seperti gambar di bawah... Dah dua minggu guna Dunlop Formula D05, rasa mcm senang pula nak pusing2 stereng.. ikuti tips pembelian tayar yang saya share sini... hehehe...

 di sini part yang penting.. yang menyatakan bulan bila dikeluarkan tahun bila dikeluarkan.. pada tayar saya, dinyatakan 5115, bermaksud dikeluarkan pada minggu 51 yakni bulan Disember, pada tahun 2015... Treadwear dinyatakan 340, semakin tinggi jumlah treadwear semakin lambat bunga nak haus.. Traction A di situ bermaksud kekuatan cengkaman tayar.. paling bagus AA la.. semakin kurang adalah C... dan dinyatakan Temperature A untuk kawasan panas.. macam Malaysia ni la..

apa yang saya diberitahu, tayar baru sekarang hanya ada outside & inside..
tiada lagi rotation seperti tayar Bridgestone MY02 yang digunakan..

ni Bridgestone yang masih saya gunakan untuk tayar belakang...

MY02 Sporty Style.. bunga masih tebal lagi kan di bahagian tengah...

Kenali Tayar Kereta Anda...

Share:

21 comments:

raayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com
Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Encik Said said...

Baru je tukar tayar dunlop D 05, nak cuba...sblm ni guna continental.

Unknown said...

Sy pn baru tuka tayar dunlop D 05 saiz 16.. satu tayar rm230.. ok ke harga tu or mahal? Sy tuka keempat2 tayar.. sedap jugak naik cameron haritu..

Unknown said...

Kalau base harga.. ok dah tu.. standard bagi saiz 16.. tapi kena kedai yg ok blh deal harga.. blh dpt rm200..

Unknown said...

Goo

Unknown said...

Dulu pkai conti cc5...nak tkar brand yg sama tp dah xde kuar dah sbb kuar cc6 bajet pun x lebat..so ambik la dunlop D 05 2 biji baru kat dpn..xjln jauh lg sbb baru tuko 2 hr lepas

milo said...

hrga bole than jgk

Unknown said...

okei ke tayar brand ni? nampak je x berapa byk orang pakai tayar ni pun.. harga mahal ke?

Tane Sim said...

mungkin kualitinya okei shj.. kalau performasi dia biasa shj, tulah sbb x menarik korang pakai. kalau tayar ni mmg bagus, mestilah byk orang rekomen, kan?

Unknown said...

xkira brand ape, beli aje sekiranya ia adalah yg berkualiti tp tayar yg berkuliti harganya tinggi mampos

Unknown said...

@Tae Yang dulu sy ada membuat pertimbangan nak beli brand B tapi akhirnya beli brand Continental CC5..kedai tauke yg cadangkan sy guna jenama tu..kerana sy nak tayar yg cengkamannya kuat

Unknown said...

@Zing Yui dulu sampai sekarang sy hanya pakai jenama Continental saja, x berani nak tukar brand lain, takut nanti tak sesuai dgn kehendak sy..

kingsloo said...

mmg la semua x sesuai klo langsung x gi cuba. x kira brand ape pun, bg la try dulu, klo tidak camne nak dpt cari tayar yg bagus dn sesuai sekali? klo adik rasa bimbang, beli je tayar yg tahap tinggi, mesti muat.

Unknown said...

tak slh dunlop harga lg ok dari Continental..continental cem mhal jugak..

PinkyLover said...

Saya pun baru nenukar tayar kereta daripada jenama Continental kepada Dunlop. Kawan-kawan di sekeliling saya juga menggunakan jenama Dunlop dan banyak memberi komen baik.

Mohd Hafizuddin said...

Dlm model yg sama, Conti dan Dunlop terdapat harga yg hampir sama, tp perbezaan antara kedua2 brand ni, tayar Conti mmg senyap manakala Dunlop kalah sikit. Lagipun, semasa brek tayar Conti xkan ambk masa lama ketika jalan kering atau basah. tulah byk orng pakai tayar Conti

Unknown said...

@Mohd Hafizuddin Ya, betul. bila sy bandingkan kereta sy yg pakai tayar Continental dgn kereta kawan sy yg pakai tayar Dun, rasanya kereta sy lebih senyap..

Unknown said...

@Zing Yui kalau sy x ingat salah, ciri tayar Continental CC5 dgn CC6 adalah lebih senyap..tayar Continental model lain x ade ciri macam tu

Tane Sim said...

rasanya tayar conti lbh rekomen drpd korang ni.. aku pun nak bagi cuba jugak, tunggu kete tayar2 botak dulu baru tukar haha

zudin said...

dah pakai D05 since 2015..mmg terbaik
tak kira keadaan jalan kering atau basah perfomance nya diyakini
now nak tukar 4 tayar sekaligus..ada cadangan kedai area KL/SLGR/NS?
btw dunlop dimiliki conti..kualiti 2 brand ni hampir sama je

Unknown said...

BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN PINJAMAN MUDAH:
Saya seorang konsultan pinjaman senior. Perusahaan saya saat ini memberikan pinjaman dengan suku bunga rendah 3,5% per bulan. Kami menawarkan pinjaman yang terjangkau dari $ 1000 hingga $ 500.000 untuk semua orang tanpa memandang negara atau bahasa Anda. JIKA ANDA TERTARIK MESSAGE ME VIA (PERCHDAVIDQ2@GMAIL.COM) UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN ANDA

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com