Wednesday, January 6, 2016

Cuti-cuti Vietnam 4 Hari 3 Malam

Alhamdulillah dikurniakan rezeki mendapat award atas sebab performance untuk financial year 1415. Untuk kali ini, award diberi oleh pihak management kpd sy adlah percutian 4 hari 3 malam ke Vietnam bersama rakan2 penerima award yang lain.. Ada juga office mate sy mendpt percutian ke London dan juga Mauritius.. Ikut rezeki masing-masing kan.. hehehe... Btw, thank you MSU for giving me this award.. dah berkurun baru nak update kan dalam blog..

Percutian ni bermula dari 17 Disember 2015, dan pulang ke tanah air pada 20 Disember 2015. Kenapa Vietnam..?? Kata our MSU Presiden, supaya kami kenal lifestyle & culture org di sana bagaimana. dan yang penting katanya, di sana adlh syurga membeli belah. Memang murah pakaian2 yg dijual di sana.. jgn terkejut ada tudung yg dijual sini RM60 - RM80, sana jual RM20 jer.. sebijik.. hehehe...

Flight Air Asia dari KLIA2 jam 7:30am, dtg ontime.. alhamdulillah tiada delay.. gmbr di atas adalah gmbr ketika nak landing di Tan Son Nhat International Airport, Vietnam. Perjalanan dari KLIA2 memakan masa lbh kurg 1 jam lbh... dan masa di Vietnam 1 jam lewat dari Malaysia..


Sampai je airport semua pakat bernafsu tgk simcard sana, pakat nak beli.. pakat gila meroyan sbb xda internet.. tu dia org zaman la ni.. hehehe.. lastly our travel agent bg opinion, biar dia je yg uruskan... So kami dibekalkan simcard Mobifone Vn, unlimited data babe... hehehe..
pusing2 keluar airport dah nak tengahhari dah, dah disebabkan semua dah lapar tak sangga dah...   so kami dibawa ke Restoran D'Nyonya, terletak di Ho Chi Minh.... yg menyajikan makanan masakan Malaysia.


Selepas dah makan kenyang2 baru lah kami menuju ke hotel tempat kami menginap.. sebelum travel ke Vietnam, sy dah survey tgk hotel yg dberikan, blh tahan juga.. so bila pergi yes, selesa dalam biliknya.. hotel yg kami tinggal adlh Sabah Saigon Boutique Hotel..


nasiblah dlm bilik air ada paip air..  hehe.. berhati2lah ya..
bagi yang nak ke sana.. mostly public toiletnya tiada paip air..
hehehe.. so prepare la ya botol air.. dekat airport pun tiada paip air.. hehe..

Selepas lunch and berehat skjap di dlm bilik hotel.. dlm jam 2pm gitu kami di bw pula ke Buu Dien Saigon (Saigon Central Post Office) yg mana bangunan tersebut siap dibina pada tahun 1891..



 selepas dari tu, tour guide bw kami semua ke Hard Rock Cafe utk just bergmbr katanya, barang2 mahal katanya.. hehehe.. baju2 dia kata beli je yg local.. hehehe.. so ikut jela pesanannya.. 


Next, hari kedua pula.. hehe.. terus hari kedua.. nak tunjuk sikit breakfast apa yg ada d Sabah Saigon Boutique Hotel, tapi sy mkn biasa2 jer la.. untuk alas perut jer..

itu je makan time breakfast... hehehe....

alas perut tu sbb kami bersiap sedia nak g "Mekong River" ... Sungai Mekong adlh sungai yg ke-7 terpanjang di benua Asia...  Utk menyusuri Sungai Mekong, kami dibw dgn bot pelancong dan satu bot tu penuh dgn rombongan dr kami.. nasib la dpt tour guide bagus.. tlg amik gmbr sokmo la dia...

  
pengalaman naik sampan, menggerunkan.. hehehe.. dlm sungai yg kecil penuh dgn bermcm sampan.. kebtulan time sy naik tu, yg kemudi sampan tu, 'girl' baru berumur 15 tahun.. cekap dia handle...


macam kanak2 ribena pulak.. hehehe.. padahal mak pak org dah.. hehe...

elok sampai ke Saigon, hari pun dah senja, kami di bw utk dinner.. so pakat rancang pergi Ben Thanh Market nk ronda2 tgk barangan/pakaian yg dijual.. dan kami dipesan oleh tour guide supaya lbh berhati2 dsebabkan nak berjalan kaki blh, cumanya kenderaan terutama motosikal terlalu banyak dan diaorg main redah jer.. okeh so apa petua saya leh kasi, kalau nak melintas jalan tu, angkat tgn ke arah kenderaan dan tahan kenderaan tu baru melintas k.. hehehe... di Ben Thanh Market juga saya rasa tak banyak yg saya beli, saya membeli di kedai berdekatan dan pasar malam sebelahnya.. 

Nak jubah murah2, nak telekung murah, tudung murah, better beli di kedai bersebelahan dgn Ben Thanh Market, bukan di dalam Ben Thanh Market, antara option yg blh dipilih adalah kedai butik Rohani.. haa sebelum terlupa siang tadi kami di bawa ke Kedai Borong Lhinda (Linda)... sana pun jual pakaian dgn harga yg murah... petua yg saya leh kasi, kalau nak tukar duit kepada Dong Vietnam, tukar sikit cukup la.. dalam RM50 / RM100 jer... sbb bnyk jualan menggunakan Ringgit Malaysia.. dan lebih untung sekiranya kita membeli dlm RM, kalau beli dalam Dong Vietnam, kita akan di charge lbh... orait...  (gmbr tiada sbb kalut shopping)

Hari ketiga kami diberitahu akan di bawa ke Cu Chi Tunnels.. satu pengalaman yg dinanti.. jarak dari Saigon City (Ho Chi Minh City) lbh kurang sejam perjalanan.. 

haa.. ini antara terowong yg digunakan ketika perang dunia dahulu..

sambil dia duk bercerita tu tentang komunis.. haa kami nak bergmbr.. hehe...

ini dia antara perangkap yg digunakan olh tentera komunis...

okeh... time to go back to hotel room... hehehe.. 

ehh sebelum balik, tour guide bawa kami ke sini pula.. yeah..
gambar kenangan di Ho Chi Minh City sebelum pulang
pada keesokan hari..



Hari ke-empat kami, tiada ke mana dah sbb diletakkan free&easy, so fikir2 duk bilik hotel je la sbb after lunch kami akn bergerak ke airport sudah.. Flight pada 20/12/2015 dijangka pada jam 2015, delay pula dekat sejam.. tunggu je la... hehe... apapun nak ucap terima kasih pada Management & Science University utk trip award kali ini.. terima kasih kpd tour guide Encik Nam dari Muslim Travel Vietnam atas bantuan ketika di sana dan dia sangat peramah & always membantu.. 

- currency ketika ini 1juta Dong Vietnam = RM 200.00
Share:

12 comments:

YB Shehan said...

best giler. nak jugak jejak. yg naik sampan tu, ada x yg bawak anak kecik?

Putera Helmei said...

bawa anak kecik xda. tapi kami ada yg bw perut.. hehehe.. naik sampan tu menyusuri perkampungan org situ.. siap dgr lagu kenduri kawin..

YB Shehan said...

oo susah juga la kalau nak bawak anak2 kecik eh

Putera Helmei said...

tapi blh jer kalau nak bawa.. cuma kena imbangkan betul2.. bahaya sikit la.. sbb every sampan akan bersentuhan / org kedah habaq, bersenirih.. nk tulis cmna tah.. hehehe..

Lisa Nurulain said...

Teringin naik sampan tu... mesri besttt . Hahza tpi tkut...

YB Shehan said...

hahaha. senirih/belaga.. paham aih. shehan kn org jitra & sp.. hiii

Putera Helmei said...

org sana habaq jgn takut.. naik ja.. senirih pun, dia kata tgn jgn letak d tepi sampan.. make sure tgn dlm sampan..

YB Shehan said...

ok. selfie atau peluk tubuh ja masa tu. hahaha. bwk anak, peluk kuat2

Lady Of ZFA said...

wahhhhhh.. bestnyaaa...
ain belum sampai lagiii sini.

btw , ain singgah sini & follow awak #780
salam perkenalan .
selamat tahun baru :)

Putera Helmei said...

saya pun baru pertama kali sampai Ho Chi Minh.. kelabu mata.. rambang mata tgk harga pakaian kat sana..

Uncle Zuan said...

rindu nak pekena kopi vietnam

Putera Helmei said...

WAAHHHHH... kopi vietnam.. member pekena sampai 3 cup dlm satu hari.. mlm tu tak tidur

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com