Sunday, December 1, 2013

Proton Lancar Persona SV - RM44,938

Pada hari ini Proton Holdings Bhd. (Proton) akan melancarkan varian terkini, Persona SV dengan harga serendah RM44,938 sebuah serta menawarkan pakej bayaran bulanan serendah RM388.

Varian baharu itu didatangkan dengan ciri keselamatan yang lebih baik serta penalaan casis Lotus. Kereta itu turut dilengkapi dengan empat brek cakera, dua beg udara, brek anti kunci (ABS) serta kuasa brek elektronik (EBD).

Varian Persona manual yang berada di pasaran kini berharga serendah RM47,533, termasuk insurans.

Proton pada pertengahan tahun ini turut melakukan kaedah yang sama dalam memperkenalkan varian baharu terhadap model sedia ada, iaitu Saga SV dengan harga lebih kompetitif.

Harga Saga SV dijual pada harga serendah RM33,426 berbanding varian sulungnya, Saga FLX iaitu bernilai RM38,140.

Saga SV yang diperkenalkan itu mendapat sambutan baik dengan 4,000 tempahan yang diterima selepas seminggu pelancarannya.

Pengenalan varian itu merupakan usaha pengeluar kereta nasional itu menawarkan harga kereta yang lebih kompetitif kepada pengguna.









Harga Proton Persona SV:
Persona 1.6 SV Manual
RM45,388.00 / Metallic
RM44,938.00 / Solid

Persona 1.6 SV Automatic
RM48,388.00 / Metallic
RM47,938.00 / Solid
* Harga adalah OTR dan termasuk insurans dalam Semenanjung Malaysia.

Proton Persona SV Offer / Promotion:
2 tahun atau 50,000km waranti, (yang mana lebih dahulu).
Skim ansuran bulanan serendah: RM388 sebulan



Sumber : Paultan / Utusan Malaysia



Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com