Friday, October 25, 2013

Intipati Bajet 2014


Intipati Bajet 2014
  •     Fiskal defisit dijangka dikurangkan kepada 3.5% daripada GDP pada tahun 2014 berbanding 4.0% tahun 2013
  •     Menaiktaraf beberapa lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu, Mukah dan terminal penumpang di Kuantan dan Langkawi
  •     Dana pinjaman siswazah sebanyak RM50 juta bagi menceburi bidang usahawan boleh membuat pinjaman sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 4% dengan SME Bank
  •     Bagi Skim Persaraan 1Malaysia, Kerajaan akan mencarum 10% berbanding dengan 5% sebelum ini dan jumlah maksimum dinaikkan kepada RM120 daripada RM60 sebelum ini setahun
  •     Pemberian sekali sahaja kepada pencarum Skim Persaraan Swasta (PRS) yang berumur 20-30 tahun berjumlah RM500
  •     Skim Usahawan Pasar Malan dikendalikan oleh BSN dengan dana sebanyak RM100 juta diberi kepada peniaga pasar malam dengan pinjaman maksimum RM30,000 dengan kadar faedah sebanyak 4%
  •     Bagi pembayar cukai yang membayar cukai melalui potongan cukai berjadual (PCB) tidak perlu mengemukakan borang cukai jika kita menganggap PCB tu adalah jumlah cukai yang perlu kita bayar 
  •     Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dimansuh. Ianya akan dilaksanakan pada 1 April 2015 dan kadar GST adalah 6%. GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan. Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.
  •     Bayaran secara one-off diberi sebanyak RM300 kepada isi rumah penerima BR1M setelah GST dilaksanakan
  •     Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan kepada 24% daripada 25%
  •     Subsidi gula dimansuhkan iaitu 34 sen sekilo bermula 26 Oktober 2013
  •     BR1M dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 dan individu bujang daripada RM250 kepada RM300
  •     Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 pada tahun 2013 bagi yang berpendapatan RM8,000 ke bawah. Ini boleh memberi penjimatan cukai sehingga RM480
  •     Bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah diteruskan sebanyak RM100
  •     Baucar buku sebanyak RM250 diteruskan kepada pelajar pra-universiti dan IPT
  •     Waktu kerja yang lebih fleksibel kepada kaum wanita untuk memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada di tempat kerja
  •     Menyediakan kemudahan park and ride di stesen LRT, KTM Komuter dan ERL
  •     Bonus untuk kakitangan awam sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM500 dan kepada pesara sebanyak RM25. Ianya dibayar bulan Januari 2014
Share:

1 comments:

chekmud said...

Bagi pembayar cukai yang membayar cukai melalui potongan cukai berjadual (PCB) tidak perlu mengemukakan borang cukai jika kita menganggap PCB tu adalah jumlah cukai yang perlu kita bayar ..... jadinya..takde lebihan cukai di bayar blk ?

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com