Friday, June 14, 2013

Berekreasi Bersama FLOC di Mega TT FLOC Kedah


Pada 7/6/13 serta 8/6/13 yang lalu...
telah berlangsung ganthering di Pendang
yang mengumpulkan Pemilik Proton Saga FL/FLX/SE
ataupun dengan nama FL Owner Club (FLOC) Kedah..
ianya diadakan di Pendang Lake Resort..
dengan bertemakan Mega TT Kedah 2013...
Aktiviti ini dijalankan adalah julung kalinya bagi meraikan 
crew FLOC negeri Kedah dan juga mengumpulkan 
crew2 yang lama serta yang baru. 
Hampir 40 org crew menyertai perjumpaan kali ini. 
Acara ini telah dikelolai oleh Ketua FLOC (Negeri Kedah) 
iaitu En. Amirul Hafiz dan dirasmikan oleh 
Timbalan Presiden II FLOC (En. Ahmad Ashwad Bin Mat). 
Perjumpaan ini juga diadakan bagi memastikan 
generasi muda tidak membuang masa dengan 
aktiviti yang tidak berfaedah. dalam pada masa yang sama 
dapat memastikan perkongsian ilmu dalam bidang 
permotoran dapat dikembangkan lagi. 
Dengan pertambahan ahli-ahli baru menyertai FLOC, 
membuktikan bahawa, kereta keluaran tempatan tetap 
menjadi pilihan oleh generasi muda kini dengan harga 
yang berpatutan setanding dengan keluaran sedan 
mampu milik yang lain. Di sini juga kami ingin mengucapkan 
terima kasih atas bantuan pihak PDRM Pendang atas bantuan trafik 
yang diberikan serta kepada pihak Pendang Lake Resort 
kerana meyusun atur penginapan yang selesa bagi 
crew-crew yang menyertai program ini.
Bagi yang berminat ingin menyertai Kelab 
Pemilik Proton Saga FL/FLX/SE (FLOC) Kedah 
boleh berhubung dengan Ketua FLOC Kedah, 
En. Amirul Hafiz di nombor telefon 0195439508.




Timbalan Presiden II FLOC (Ashwad)

Ketua FLOC negeri Kedah (Amirul Hafiz)

Setiausaha Mega TT Kedah (hehe.. pemilik blog ni)
















Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com