Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Bergaya dengan Casio Malaysia

Kalau sebut jer jenama Casio mesti ada antara kita yang boleh agak pattern bagaimana yang Casio keluarkan untuk pasaran. Sehingga kini, Casio mendapat tempat dihati si pemakai jam tangan dan menjadi pilihan utama orang ramai bukan setakat di Malaysia bahkan antarabangsa. Ini dibuktikan berdasarkan rekod jualan terbaik yang dimilki oleh Casio… Casio juga dianggap satu jenama yang telah lama melopori industri pembuatan jam tangan, malah telah berjaya menyaingi jenama-jenama lain.

Kalau nak tahu la Casio merupakan jenama jam yang paling PH gemari dari kecil lagi. Teringat suatu ketika dulu PH ada versi yang ada kalkulator tu.. Lastly hilang entah ke mana. Bila dah berumahtangga ni, ingatkan tak dapat hadiah, Alhamdulillah isteri hadiahkan jam tangan Casio, seperti dalam gambar ni.

Casio sebuah jenama aksesori paling popular sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat pelanggannya.  dapat dilihat dari rekabentuk penghasilan jenis-jenis jam tangan yang dipasarkan.


Ini bagi memastikan koleksi terkini Casio Malaysia watch perlulah selari dengan trend fesyen terkini yang sedang hangat di pasaran agar membolehkan si pemakai tampak menarik dan bergaya. Dengan kata lain, Casio merupakan jenama yang harus sama-sama kita dapatkan bagi mendapatkan imej yang lebih trendy dan futuristic..


Kualiti jam tangan Casio adalah antara yang terbaik yang kita boleh dapatkan dalam pasaran ketika ini. Dengan bercirikan fizikal yang lebih tahan lama, pembelian jam tangan Casio adalah ibarat satu bentuk pelaburan yang cukup baik kerana ia boleh dipakai untuk tempoh masa yang panjang, di mana jam tangan yang dipakai saya ketika ini sudah biasa dengan keadaan rendaman air dan tiada masalah sehingga sekarang.


Kena la gayaan baju serta jam tangan.. smart kan..

Nampak anggun dengan aksesori jam tangan Casio..



Nak minta wife hadiahkan jam tangan baru la dr Casio.. Jam tu bagi saya amat penting juga la.. sbb ianya berkaitan masa… Boleh jadikan sebagai alasan utk tmbh koleksi jam tangan Casio Malaysia… hehehe..  Jika anda sedang mencari jam tangan yang baru, apa kata untuk pertimbangkan utk memiliki jam tangan dari Casio dan dimasukkan dalam list kegemaran anda. Percayalah, anda pasti tidak akan hampa dengan kualiti jam tangan Casio online untuk lelaki dan wanita. Harga jualannya pun memang berpatutan serta mampu dimilki oleh kita semua..


Share:

Friday, June 14, 2013

Berekreasi Bersama FLOC di Mega TT FLOC Kedah


Pada 7/6/13 serta 8/6/13 yang lalu...
telah berlangsung ganthering di Pendang
yang mengumpulkan Pemilik Proton Saga FL/FLX/SE
ataupun dengan nama FL Owner Club (FLOC) Kedah..
ianya diadakan di Pendang Lake Resort..
dengan bertemakan Mega TT Kedah 2013...
Aktiviti ini dijalankan adalah julung kalinya bagi meraikan 
crew FLOC negeri Kedah dan juga mengumpulkan 
crew2 yang lama serta yang baru. 
Hampir 40 org crew menyertai perjumpaan kali ini. 
Acara ini telah dikelolai oleh Ketua FLOC (Negeri Kedah) 
iaitu En. Amirul Hafiz dan dirasmikan oleh 
Timbalan Presiden II FLOC (En. Ahmad Ashwad Bin Mat). 
Perjumpaan ini juga diadakan bagi memastikan 
generasi muda tidak membuang masa dengan 
aktiviti yang tidak berfaedah. dalam pada masa yang sama 
dapat memastikan perkongsian ilmu dalam bidang 
permotoran dapat dikembangkan lagi. 
Dengan pertambahan ahli-ahli baru menyertai FLOC, 
membuktikan bahawa, kereta keluaran tempatan tetap 
menjadi pilihan oleh generasi muda kini dengan harga 
yang berpatutan setanding dengan keluaran sedan 
mampu milik yang lain. Di sini juga kami ingin mengucapkan 
terima kasih atas bantuan pihak PDRM Pendang atas bantuan trafik 
yang diberikan serta kepada pihak Pendang Lake Resort 
kerana meyusun atur penginapan yang selesa bagi 
crew-crew yang menyertai program ini.
Bagi yang berminat ingin menyertai Kelab 
Pemilik Proton Saga FL/FLX/SE (FLOC) Kedah 
boleh berhubung dengan Ketua FLOC Kedah, 
En. Amirul Hafiz di nombor telefon 0195439508.




Timbalan Presiden II FLOC (Ashwad)

Ketua FLOC negeri Kedah (Amirul Hafiz)

Setiausaha Mega TT Kedah (hehe.. pemilik blog ni)
















Share:

Monday, April 8, 2013

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012






Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012:

1) Artis Baru Lelaki Popular - Aiman Hakim Ridza
2) Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias
3) Artis Duo/Berkumpulan Popular - Black & Malique
4) Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil Nawawi
5) Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
6) Pelakon TV Lelaki Popular - Aoron Aziz
7) Artis Baru Wanita Popular - Wawa Zainal
8) Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
9) Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
10) Pelakon TV Wanita Popular - Nabila Huda
11) Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Razak
12) Penyanyi Wanita Popular - Shila Hamzah
13) Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
14) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Search
15) Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz
16) Pelakon Filem Wanita Popular - Yana Samsudin
17) Bintang Popular Berita Harian 2012 - Shaheizy Sam
Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com