Yang penting skim ini adalah percuma. Cumanya setiap penduduk negeri Selangor perlulah mengikut kriteria yang telah ditetapkan. berikut merupakan perincian skim perubatan Peduli Sihat.
KATEGORI A:
- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah
21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu
keluarga / pemegang akaun utama)
KATEGORI B:
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk
seorang individu / pemegang akaun utama)
Syarat-syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor
melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan
ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang
akan dipertimbangkan dan diproses.
Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di
pejabat ADUN berdekatan.
Pertanyaan lanjut layari https://pedulisihat.com/ atau
hubungi: 03-20893911.
0 comments:
Post a Comment