Tuesday, March 4, 2014

Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA)

Skim Insensif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah bertujuan membantu meringankan beban kewangan suami isteri/ ibu bapa dalam membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru dalam institusi keluarga. Skim ini adalah berbentuk barangan keperluan bayi yang akan diberikan kepada bayi yang dilahirkan di Negeri Kedah.


Objektif
- Meringankan beban kewangan pasangan suami isteri/ ibu bapa bagi menyambut kelahiran anak dalam keluarga mereka
- Meraikan tambahan anak Negeri Kedah yang baru; dan
- Menghargai peranan ibubapa dalam pembinaan sahsiah keluarga

Kelayakan
- Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah; atau
- Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu; atau
- Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan JKK/Penghulu
- Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014

Kaedah Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut :-
  - Pejabat Daerah berhampiran
  - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  - Pejabat Penghulu
  - Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
  - Pejabat Majlis Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen
Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan.

Maklumat dalam borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah/ wakil atau Ahli Parlimen atau ADUN atau Pengerusi MPWK atau Penghulu Mukim/ Pegawai Perubatan Hospital.

Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.





Sumber : KedahDarulAman



Share:

9 comments:

Unknown said...

Yg baru nk d lahirkn atau yg tlh lahir? Berapa had umur

Unknown said...

yg telah lahir bermula 1 Januari 2014 dan seterusnya.. yg bakal lahir pun...

Unknown said...

Knpa pjbt daerah xtahu pon skim nie wujud...

Unknown said...

Mungkin penyampaian maklumat oleh jabatan berkenaan tidak sampai ke beberapa pejabat daerah..

Unknown said...

yg lahir di negeri lain.menetap dinegeri lain tapi setiap kali mengundi bapa balik kedah mengundi tak boleh dapat ke?

Unknown said...

tak pasti pula kalau begitu en zam..

Homestay Serdang, Kedah said...

Yg ni yg baucer brangan bayi dgn sspn tu ke? Klu yg tu kna apply lpas 6 bln kan, tp smpai umur brapa? Syarat prmohonan mcm x jelas sgt

Unknown said...

Nk tebus baucer ni kt mna yek bg yg duduk sungai petani

acher said...

Dah hantar borang lengkap di pejabat kebajikan masyarakat KULIM.
Tapi sampai sekarang takdak jawapan, di beritahu voucher dah habis..
3 bulan berlalu tanpa berita... huhuhuhu.. bantuan apa mcm nie??

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com