Thursday, March 21, 2013

Bayaran Transaksi GIRO Antara Bank Dikurangkan Kpd RM0.10

Bayaran bagi transaksi dalam talian GIRO 
antara bank (intrabank GIRO) akan 
dikurangkan kepada 10 sen, berbanding RM2 
ketika ini berkuatkuasa 2 Mei ini. 
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), 
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, 
pengurangan bayaran itu adalah untuk menggalakkan
 lebih ramai pengguna menggunakan medium dalam talian, 
sekali gus mengurangkan penggunaan kertas. 
Pengurangan bayaran transaksi itu terhad kepada 
GIRO antara bank menerusi perbankan Internet 
dan perbankan mudah alih sahaja. 
"Dengan ini, Bank Negara Malaysia mengumumkan 
strategi harga baharu perkhidmatan pembayaran
 bagi membolehkan perniagaan 
dan pengguna menggunakan 
pembayaran elektronik yang lebih murah," 
katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. 
Selain itu, bank pusat itu turut mengumumkan 
caj bagi pemprosesan cek sebanyak 50 sen bagi 
setiap cek yang dikeluarkan efektif 1 April ini. 
Ini merupakan tambahan kepada bayaran duti setem 
sedia ada sebanyak 15 sen bagi setiap keping cek. 
"Tempoh setahun diberikan bagi membolehkan 
orang awam dan perniagaan dapat membiasakan diri 
serta berubah kepada transaksi GIRO antara bank," katanya.




Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com