Tuesday, March 12, 2013

5 Jenis Makanan Melawan Kanser

Mengikut penyelidikan pengkaji-pengkaji kanser, 
cara termudah untuk menghindarkan diri dari dihinggapi kanser 
ialah dengan memeriksa peti ais anda. 
Kata yang mudah ialah menjaga pemakanan anda. 
Menurut Richard Beliveau, PhD, pengerusi bagi kawalan dan 
perubatan kanser  di University of Québec di Montreal, Kanada 
dan penulis buku Foods to Fight Cancer, "Semua kajian tentang kanser 
dan nutrisi mengakui ada baiknya mengkonsumsi makanan berdasarkan 
tumbuh-tumbuhan disebabkan kandungan fitonutrien 
dan pelbagai kandungan baik yang lain."


Antara 5 tumbuhan tersebut ialah :

1) Brokoli : brokoli mengandungi sulforaphane, yakni sebatian yang dapat meransang enzim perlindungan tubuh dan membuang bahan kimia penyebab kanser dalam badan.

Membantu mencegah : Kanser payudara, hati, jantung, prostat, kulit, perut dan membran kulit.


2) Beri : mengandungi fitonutrien anti-kanser. Black raspberies salah satunya mengandungi kandungan phytochemical yang tinggi iaitu anthocyanins, yang memperlahankan pertumbuhan sel kanser dan membantu perkembangan saluran darah

Membantu mencegah : Kanser kolon, esofagal, mulut dan kulit.


3) Tomato : Sebatian karatenoid pd tomato baik kerana lycopene berupaya menghentikan pertumbuhan sel kanser endometrial dalam kajian Richard Belivieau Nutrition and Cancer.

Membantu mencegah : Kanser endometrial, jantung, prostat dan perut.



4) Kacang Walnut : Kandungan phytosterols (sejenis molekul kolestrol dalam tumbuhan) menunjukkan sifat menghalang dan memperlahankan reseptor estrogen dalam pertumbuhan sel kanser payudara, menurut Elaine Hardman yang merupakan profesor madya di Marshall University School of Medicine di Huntington, West Virginia. 

Membantu mencegah : Kanser payudara dan prostat.



5) Bawang Putih : dapat menambahkan pertumbuhan nitrosamine, sebatian karsinogen yang terbentuk dalam perut apabila kita makan makanan mengandungi nitrat, sejenis preservative makanan yang biasa ditemui. Menurut Iowa Health Study, wanita yang banyak makan bawang putih dalam diet mereka boleh mengurangkan 50% risiko kanser kolon berbanding mereka yang kurang mengambil bawang putih dalam diet seharian.

Membantu mencegah : Kanser payudara, kolon, esofagal dan perut.




sumber : dari media massa
Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com