Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571M), bersamaan Hari Isnin.
Kenapa
tahun kelahiran baginda dipanggil Tahun gajah? Sebenarnya ada peristiwa
aneh yang telah berlaku pada tahun itu. Peristiwa di mana Raja Abrahah
membawa tentera bergajahnya untuk menyerang dan memusnahkan Kota Mekah
dan Kaabah. Ketua tentera bergajah menunggang seekor gajah yang besar
yang diberi nama Mahmudi.
Keajaiban lain yg berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.:
1. Bonda Rasulullah (Aminah) tidak merasa susah sewaktu mengandungkan Baginda seperi ibu-ibu hamil yang lain
2.
Sewaktu bonda Rasulullah sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh
seorang Malaikat yang mengkhabarkan kepadanya bahawa dirinya sedang
mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
3. Peristiwa cahaya berpindah dari wajah Abdullah (Ayahanda Rasululullah) ke wajah Aminah (Bonda Rasulullah)
4.
Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan
malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua
penghuni langit dan bumi.
5.
Tanah-tanah di persekitaran yang asalnya kering menjadi subur,
pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di
darat dan di laut sibuk membincangkannya.
6.
Aminah bermimpi turut mengalami mimpi menadah tangan ke langit dan
melihat sendiri malaikat turun dari langit, seperti kapas putih yang
terapung di angkasa. Malaikat itupun berdiri di hadapan Aminag lalu
berkata "Khabar bahagia untukmu, wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu
itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. :-
1.
Sewaktu melahirkan Rasulullah, Aminah ditemani Asiah Binti Muzahim
(Isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran (Bonda Nabi Isa). Ini menjadi
petanda bahawa darjat Nabi yang lahir itu lebih tinggi Nabi Isa dan
Musa. Telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil sebelum itu, bahawa
akan lahir seorang nabi akhir zaman.
2.
Bondanya menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya
tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak
panah, bagaikan pelangi di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota
yang jauh. Ada juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi
seluruh dunia.
3.
Aminah melihat Baginda dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua
tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
4.
Awan turun menyelimuti tubuh Rasulullah sehingga beliau mendengar
sebuah seruan '"pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya
mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.
5. Berhala-berhala yang terdapat di persekitaran secara tiba-tiba rosak dan musnah.
Riwayat
daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba
berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar
suara dari dinding Kaabah berkata: telah lahir nabi pilihan yang akan
membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini
dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui."
6.
Gegaran berlaku di istana Kisra dan menyebabkannya retak, manakala
empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda
-tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
7.
Api yang disembah oleh orang-orang Majusi di negara Parsi, yang telah
selama seribu tahun tidak terpadam, telah padam dengan sendirinya.
8. Tasik Sava yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir:
1. Kerap berlaku tembakan bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.
2.
Setelah Halimatus Sa'diah (ibu angkat dan ibu susuan) membawa
Rasulullah ke ladangnya di pergunungan, ladang-ladang Halimah kembali
menghijau setelah mengalami kemarau. Binatang ternakan seperti kambing
mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu,
3. Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
4.
Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali terlihat tompokan awan
kecil berada di atas kepala Rasulullah seolah-olah ingin melindungi
Rasulullah daripada panas matahari.
5.
Ketika Nabi berumur empat tahun, sewaktu Baginda sedang baginda
bermain-main dengan saudara susuannya, datang malaikat Jibril dan
Mikail, lalu membelah dada dan mengeluarkan segumpal darah dari dada
baginda. Gumpalan darah itu dicuci dengan salji. Ada yang meriwayatkan
bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air
zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan
dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?
Sesungguhnya
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w juga telah diketahui terlebih dahulu. Hal
ini dinyatakan dalam kitab-kitab terdahulu iatu Taurat, Zabur dan Injil
bahawa akan lahir seorang Nabi sebagai rasul yang terakhir.
Sekian
SALAM MAULIDUR RASUL 2012. Semoga saya dan kita semua mampu mencontohi
akhlak dan ketinggian pekerti baginda. Tidak sempurna iman seseorang
Islam itu jika tidak menggabungkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah sekaligus
dalam kehidupan.
Mari kita luangkan masa hanya 5 minit untuk mengungkapkan selawat ke atas Baginda S.A.W.. Hanya 5 minit.
sumber : media massa
4 comments:
Subhanallah
Maha suci ALLAH
dan junjungan besar kita Rasullulah SAW :)
IDOLA yg terbaik dan tiada tandingan..
rasanya ada typo error..Maryam Binti Imran adalah bonda nabi Isa. Mohon dibetulkan :)
terima kasih atas teguran yg disampaikn.. kesilapan dh dbtulkn. yg baik dtg dr Allah.. yg kurg itu dtg dr kta manusia..
Post a Comment