Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan
Lesen 1 Malaysia.
Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah
program
ini. Skim ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia
khususnya golongan muda
untuk memiliki lesen motosikal
yang sah selain memberi kesedaran mengenai
undang-undang jalan raya
dan membina etika pemanduan berhemah.
Objektif BL1M
- Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
- Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
- Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
- Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
- Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.
Syarat Kelayakan
- Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
- Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
- Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
- Sihat tubuh badan
- Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
- Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
- Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
- Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia
1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada
laman dibawah:
- http://www.bl1m.my/daftaronline.html (Borang BL1M Online) atau
Anda kini boleh akses borang online di http://www.myeg.com.my/ (Laman
Alternatif Pendaftaran BL1M Online)
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen
motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang
secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.
Tarikh Keputusan Permohonan BL1M
Keputusan pendaftaran akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh
pelancaran oleh YAB Perdana Menteri. Pihak penganjur akan menghubungi tuan/puan
sebaik sahaja keputusan diumumkan.
Lokasi Penggunaan BL1M
Program ini akan
dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen berdekatan
kawasan tuan/puan.
sumber : melvister.com
sumber : melvister.com
0 comments:
Post a Comment