Thursday, January 10, 2013

UPDATE : Senarai Pakej Syarikat Telekomunikasi Untuk Rebat Telefon Pintar



Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula 
memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G 
terpilih daripada pengedar berdaftar mulai hari ni. 
    Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 
Datuk Mohamed Sharil Tarmizi. 
Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan 
khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan 
telefon pintar itu selagi stok masih ada, 
katanya dalam satu kenyataan semalam. 
Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet 
RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G 
daripada pengedar terpilih dan ejen
 yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan. 
"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu 
merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah 
yang masih belum menggunakan telefon pintar dan 
tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka 
kepada telefon pintar 3G yang asas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan
 rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 
3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi 
Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 
pada September lepas dalam usaha memberi belia akses 
kepada gerbang maklumat. "Oleh itu, belia seharusnya mencari 
logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan 
pada kain rentang dan bunting di kedai itu 
atau mereka juga boleh menyemak laman web 
penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai 
telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.



SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON:
i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Harga maksima RM500); 
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;

UPDATED 10/1/2013.... DI BAWAH MERUPAKAN 
SENARAI PAKEJ DARI 
SYARIKAT TELEKOMUNIKASI
UTK REBAT RM200 TELEFON PINTAR

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification