Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang2 Barat
yg disebut 'Valentine Day' amat popular d seluruh dunia
tidak terkecuali di Malaysia juga.
Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari
di mana banyak promotion diadakn utk sambutan trsebut.
Mari kita singkap sejarah di sebalik Valentine Day...
- Pendapat pertama: Pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
- Pendapat kedua: Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine kerana menyebarkan agama Kristian dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
- Pendapat ketiga: Dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.
So.. berdasarkan pendapat2 yg ada ni....
ada ke yg elok bg kita sbg umat Islam..
untuk menyambutnya dan berpesta bila tiba harinya..
brmacam perkara maksiat dapat dilihat dan didengar..
dari media massa bila tiba pada tarikh itu...
maka selepas 9 bulan dari tarikh tersebut...
kedengaran la berita anak yg tidak berdosa dibuang..
tepuk dada tanya iman masing-masing...
saya hanya mampu mengingatkan...
ingatan untuk diri saya dan rakan2 sekalian..
ikuti pula post yg seterusnya nnt...
Hukum Sekiranya Menyambut Valentine Day
5 comments:
lagha jek smua ni..huhu
bersama kita berpesan sesama kita.. moga xterikut dgn budaya barat yg pesongkan kita...
betul..nnti 9 buln kemudian rmai la ank2 luar nikah yg lahir. kesian betui.. tp smbutn valentine ni mcm dh jadi tabiat masyrkt kita dah ..
masyarakat zaman sekarang . dah tak fikir hukum hakam halal haram . yang diorang tau , nak keseronokan dunia ja . bukannya nak fikir pasal akhirat . kiamat dah makin dekat . . haish ~
*nice one ! ^^
ramai org yang dah tau,
tp tetap sambut..
sebab time tu jerk time "bebas" bagi mereka..
Post a Comment