Wednesday, February 8, 2017

Honda Odyssey EXV & Honda Odyssey RB3

Tengah skrol timeline Facebook, terlintas pula tajuk Harian Metro Online 5/2/17 mengenai Honda Odyssey EXV Lebih Praktikal. Alang-alang sebelum ni aku bercerita mengenai Honda BRV dan kebetulan juga aku baru saja servis kereta di Honda Global Amity Bangi, aku rasa nak share juga info menarik pada generasi Honda Odyssey ni.


Honda Odyssey EXV iaitu Honda Odyssey generasi ke-5 telah dilancarkan di Malaysia pada penghujung tahun 2013. Harga jualan terkini Honda Odyssey EXV dijual dari RM248,000.00. Perbezaan ketara yang jelas dapat dilihat jika dibandingkan dengan generasi ketiga & keempat, dari segi saiz & ketinggiannya.


Pintu penumpang belakang Honda Odyssey EXV berlainan daripada RB3 & RB4. Ianya menggunakan sistem pintu gelungsur yang mana bersesuaian bagi sebuah kenderaan MPV.

Gambar Odyssey EXV di atas di showroom Honda Bangi

Penampilan papan pemuka EXV dengan rekabentuk baru

Tempat duduk penumpang tengah EXV 
diasingkan menampakkan lebih exlusive

Honda Odyssey RB3.. Ramai minat jenis RB3 ni..
ni generasi sebelum EXV... 
 rasanya sebab fizikalnya yang lebih rendah & nampak sporty...
termasuklah seorang manager Honda yang aku jumpa.. kata RB3
memang sangat rare kalau nak dibandingkan yang baru (EXV)

Pintu penumpang kalau kita tengok untuk RB3 boleh dibuka
seperti kereta sedan

Papan pemuka RB3... memang sangat lain dengan EXV...

Tempat duduk penumpang RB3, yang memberi ruang
tempat duduk yang lebih...

Untuk pengetahuan korang, Honda Odyssey EXV & RB3 menggunakan enjin dengan kuasa 2400cc.
So far RB3 memang jimat minyak dari segi penggunaan bahan apinya.. Bila ya pengeluar kenderaan nasional boleh rasa penjimatan minyak tu... kalau keadaan sekarang dengan harga minyak tinggi, kena cari alternatif supaya kita dapat berjimat... RB3 & EXV menggunakan sistem kamera 360 darjah yang memudahkan meletakkan kenderaan serta melancarkan perjalanan di laluan sempit.. Mengikut info, Honda akan keluarkan generasi ke enam Honda Odyssey dalam tengah tahun nanti... 
Share:

8 comments:

Sue Izza said...

honda,kereta idaman mana2 model pun tetap menawan hehehhe

Unknown said...

Hehehe... Minyak pula save kalau jalan.. The Power of Dream

Mud Bahulu D'Qaseh said...

mampu tengok jer huhu

Lisa Nurulain said...

suka honda.. smoth je . model mcm ni tk pernah lagi... yang ada city or civic mcm tuje kat family

Putera Helmei said...

abg mud.. mana tau nanti bisnes bahulu kencang.. blh beli juga odc.. aminnn...

Putera Helmei said...

lisa... smooth memang.. senyap je enjinnya.. laju meluncur menang ke dia juga..

Fashionista Kids said...

Apa beza RB3 dan RB4? Mohon pencerahan..

Puteraivtec said...

RB3 = 2WD = pacuan roda hadapan
RB4 = 4WD = pacuan semua roda

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com