Wednesday, August 8, 2012

Najib lancar 1M Privilege Card


PUTRAJAYA -  menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenalkan satu lagi inisiatif terbaharu bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.
Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang'.
Ia merupakan lanjutan kepada strategi NBOS 6 yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.
"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau pendapatan boleh guna rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.
Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 itu menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian berkenaan yang membolehkan pemegang kad tersebut menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan. Ia meliputi barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan yang mana senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kerjasama tentera dan polis memberi banyak manfaat kepada negara dan beliau memberi contoh langkah dua pasukan keselamatan itu berkongsi tempat latihan rekrut, membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan bernilai ratusan juta ringgit.
Antara syarikat yang bekerjasama dalam perkhidmatan ini :

  1. Jakel Karpet                                             11. Air Asia BIG
  2. Rapid KL                                                 12. Lost World of Tambun
  3. KTMB                                                     13. Fujihome
  4. MYDIN                                                   14. Jakel
  5. Ariani Jakel                                              15. Al-Ikhsan
  6. Focus Point                                              16. Hajra Jakel
  7. Tune Hotels                                              17. Bukit Gambang Water Park
  8. KFC                                                        18. Royale Bintang
  9. LEGOLAND                                           19. PROTON
  10. Awana Hotels & Resort                           20. GENTING

sumber : Kosmo
Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com