korang tau x apa itu Hari Asyura..??
jgn ingat kat bubur asyura ja tau..
nk kena tau juga apa itu Hari Asyura baru ada barakahnya..
tul x kwn2 smua.. meh kita tgk definisi Hari Asyura..
Asyura berasal drpd perkataan Arab asyara yg bermaksud sepuluh.
hari Asyura adalah hari yg kesepuluh dlm kalendar Islam iaitu pd 10 Muharram
Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi
memandangkan juga puasa Asyura adlh amalan biasa masyarakat tempatan.
Perkara sunat yg kta perlu lakukan ketika hari Asyura:
- Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
- Memuliakan fakir miskin
- Menahan marah
- Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
- Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
- Bersedekah
- Memelihara kehormatan diri
- Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak
- Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
- Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
- Menjamu orang berbuka puasa
- Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
klu kita mampu lakukn kesemuanya, Alhamduilillah syukur..
pada hari ni juga surau d tepi rmh Putera Helmei buat gotong-royong.
ramai2 pakat buat bubur asyura.. tmbh2 golongan makcik-makcik la..
depa kn pakar memasak.. meh kta tgk rupa bubur asyura.. bg sapa yg xtau la.
3 comments:
tahnx bebanyak utk info perkara2 sunat pada hari asyura tue . :)
ur welcome.. sama2 kita share
:)
Post a Comment