Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Monday, December 5, 2016

Online BR1M 2017 Kini Dibuka

Anda kini boleh membuat pendaftaran baru atau kemaskini Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 bermula 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016. Seperti apa yang telah dibentangkan dalam Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) untuk 2017 telah dinaikkan sehingga RM1200.



Untuk mendapat Borang Permohonan BRIM 2017 , sila klik link berikut : https://ebr1m.hasil.gov.my

Syarat Kelayakan Permohonan BRIM 2017
-Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan ke atas.
-Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
-Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan.
-Penerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)adalah tidak layak menerima BRIM.

Kadar Bayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1 Malaysia
-Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih) :RM1200
-Kategori Isirumah Bawah RM3,000 :RM1200
-Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000 :RM900
-Kategori BRIM Individu Bujang :RM 450

Jadual Pembayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih)
-Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000
-Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000
-Ansuran Pertama : RM300 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM300 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM300 pada September 2017

Kategori BRIM Individu Bujang
-RM 450 pada Januari 2017


KEMASKINI PERMOHONAN BR1M
KLIK SINI

PERMOHONAN BARU BR1M
KLIK SINI

Share:

Friday, October 23, 2015

Ringkasan Bajet 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2016 di Dewan Rakyat petang 23 Oktober 2015. Belanjawan yang dibentangkan oleh Najib yang juga menteri kewangan itu bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat'


Ringkasan Bajet 2016
  • Kerajaan bersedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas GST kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D GST kadar sifar ke atas tmbahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung GST kadar sifar atas barangan makanan seperti susu bayi & kanak-kanak berasaskan kacang soya & susu organik
  • Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000 daripada RM5,000 setahun
  • MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi
  • RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih
  • Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak
  • RM115 juta disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah & Sarawak
  • TEKUN sediakan RM600 juta yang meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera dan RM100 juta untuk 10,000 usahawan India
  • RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India
  • Tambahan RM200 juta kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40
  • RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Tambahan RM90 juta sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina Sebanyak RM300 juta disediakan bertujuan untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli
  • RM852 juta diperuntukan kepada RISDA &FELCRA untuk program peningkatan pendapatan dan produktiviti pesawah, pekebun kecil dan penoreh getah
  • Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion
  • Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dengan pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah
  • Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000- RM300,000
  • Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit
  • Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen & koridor LRT serta monorel
  • RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW
  • Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin
  • RM180 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam,
  • RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir
  • RM50juta bagi tingkatkan langkah keselamatan penjara; RM20 juta untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda dgn peruntukan keseluruhan RM35 juta
  • SPRM akan terus dimantapkan. Bil pegawai SPRM akan ditambah ikut keperluan
  • Beri faedah pemindahan gaji penjawat awam bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta
  • Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam 
  • Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan
  • Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan
  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800 Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400
  • BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima berada dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan RM1,050
  • Skim Khairat Kematian diterus pada BR1M 2016 dengan pemberian sebanyak RM1,000
  • Had pelepasan cukai bagi setiap anak bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000
  • Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak punyai pendapatan, naik daripada RM3,000 kepada RM4,000
  • Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tinggal bersama, diberi pelepasan cukai RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa
  • Had pelepasan cukai naik daripada RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang melanjutkan pengajian bagi 2016
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pmbantu rumah
  • Penjawat awam akan terima pemberian khas RM500 pada Januari 2016
  • Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250







Sumber : Mysumber ; Malaysiakini




Share:

Thursday, November 13, 2014

Borang Online Permohonan BR1M 2015 (BR1M 4.0)

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2015 (BR1M 4.0)
boleh diakses bermula pada 1 Disember 2014
dan akan ditutup pada 31 Disember 2014...
Untuk permohonan kali ini, setiap permohonan wajib
mengemaskini data bagi mengelakkan kegagalan
menerima bantuan BR1M 2015... 
Sila gunakan link official yang diberikan..
Bagi permohonan baru pula, sila masuk ke
menu Permohonan Baru.. manakala bagi pemohon yang
sedia ada, sila masuk ke menu Kemas Kini Permohonan..


Berikut merupakan perincian BR1M 2015

SKIM KHAIRAT KEMATIAN i-BR1M
- Akan diberikan kpd waris penerima BR1M kategori
Isi Rumah dan Warga Emas yg meninggal dunia
di dalam tempoh 1 Jan 2015 sehingga 31 Dis 2015.
- Maklumat waris perlu didaftarkan secara dalam talian
ataupun menggunakan borang manual
- Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad
kepada suami/isteri/ibu/bapa/anak sahaja.


Untuk permohonan BR1M, sila klik pautan dibawah

BORANG ONLINE BR1M 2015

BORANG ONLINE BR1M 4.0

BORANG TUNTUTAN i-BR1M TAKAFUL




Share:

Thursday, November 6, 2014

Pembiayaan PTPTN dikurangkan 5% Untuk IPTA, IPTS 15%

Jumlah pembiayaan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 
untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 
dikurangkan sebanyak 5% dan 15% untuk pelajar 
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mulai 1 November. 


Tetapi mengikut pekeliling PTPTN yang PH terima...
pengurangan bukan sekadar pada 15% sahaja..
bahkan ianya ada kadar pada 25% pengurangan
serta pengurangan maksima 50%..


Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN 
Mastura Mohd Khalid berkata bagaimanapun, jumlah pembiayaan 
pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS 
dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan 
kerana yuran pengajiannya yang tinggi.
 
Ada beberapa kaedah pengiraan yang telah ditetapkan
oleh pihak PTPTN utk menentukan jumlah dana..
1) Pembiayaan maksimum (yg setelah ditolak 15%) - data pelajar atau
ibu bapa disenaraikan sebagai penerima BR1M
2) Pembiayaan 75% - pendapatan bulanan keluarga
pelajar tidak lebih RM8000.00
3) Pembiayaan 50% - pendapatan keluarga pelajar
melebihi RM8000.00

Pekeliling ini berkuatkuasa bermula 1 November 2014.

Data jumlah dana yang akan dikeluarkan bagi setiap pelajar

Share:

Tuesday, October 14, 2014

Ringkasan Bajet 2015

Bagi yang terlepas pandang mengenai info
Belanjawan 2015, di sini saya lampirkan
ringkasan yang diperolehi dari Astro Awani
untuk sebagai rujukan kita bersama. 












Sumber : Astro Awani


Share:

Wednesday, March 19, 2014

Penerima BR1M bakal terima tambahan RM300 tahun depan

KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bakal menerima tambahan RM300 seorang tahun depan sebagai menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dijangka sebanyak 1.8 peratus akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata jumlah bantuan itu akan membabitkan tambahan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion, di mana ia diserap daripada hasil kutipan GST tahun depan.
"Pada tahun pertama (2015) pelaksanaan GST, jumlah kutipan GST selama sembilan bulan ialah RM23.18 bilion namun jumlah ini perlu ditolak dengan RM14.4 bilion kerana pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

"Dengan baki kutipan ini, maka kita belanjakan melalui beberapa mekanisme termasuk penambahan kepada jumlah BR1M tahun depan sebagai langkah membantu rakyat menghadapi kenaikan IHP.

"Jika kerajaan umum nilai BR1M tahun depan RM700, maka tambah RM300 akan dapat RM1,000, jika RM800, maka nilainya RM1,100, jika lebih maka lebihlah lagi rakyat dapat (BR1M)," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, sebentar tadi.



Sumber : Berita Harian


Share:

Tuesday, March 4, 2014

Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA)

Skim Insensif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah bertujuan membantu meringankan beban kewangan suami isteri/ ibu bapa dalam membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru dalam institusi keluarga. Skim ini adalah berbentuk barangan keperluan bayi yang akan diberikan kepada bayi yang dilahirkan di Negeri Kedah.


Objektif
- Meringankan beban kewangan pasangan suami isteri/ ibu bapa bagi menyambut kelahiran anak dalam keluarga mereka
- Meraikan tambahan anak Negeri Kedah yang baru; dan
- Menghargai peranan ibubapa dalam pembinaan sahsiah keluarga

Kelayakan
- Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah; atau
- Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu; atau
- Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan JKK/Penghulu
- Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014

Kaedah Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut :-
  - Pejabat Daerah berhampiran
  - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  - Pejabat Penghulu
  - Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
  - Pejabat Majlis Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen
Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan.

Maklumat dalam borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah/ wakil atau Ahli Parlimen atau ADUN atau Pengerusi MPWK atau Penghulu Mukim/ Pegawai Perubatan Hospital.

Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.





Sumber : KedahDarulAman



Share:

Wednesday, December 18, 2013

Borang Online Permohonan BR1M 3.0


Borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0 (BR1M 3.0)
boleh diakses bermula pada 23 Disember 2013.
Permohonan BR1M 3.0 kali ini akan mulai dibuka
mulai 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.
Bagi permohonan baru ini semua pemohon wajib mengisi
semula borang permohonan yang telah dilampirkan..

BORANG ONLINE BR1M 3.0
Untuk mendapatkan borang BR1M 3.0 secara manual/offline
anda boleh mendapatkannya di beberapa agensi kerajaan:
1. Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
2. Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah
3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
5. Jabatan Penerangan serta yg berkaitan

ataupun KLIK LINK DI BAWAH
BORANG MANUAL/OFFLINE BR1M 3.0

Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran. 
Share:

Monday, January 21, 2013

Borang Online Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)

Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. 
Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah 
program ini. Skim ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia 
khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal 
yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya 
dan membina etika pemanduan berhemah.




Objektif  BL1M
  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
  • Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.
Syarat Kelayakan
  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia
1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada laman dibawah:
Anda kini boleh akses borang online di http://www.myeg.com.my/  (Laman Alternatif Pendaftaran BL1M Online)
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.


Tarikh Keputusan Permohonan BL1M
Keputusan pendaftaran akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri. Pihak penganjur akan menghubungi tuan/puan sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Lokasi Penggunaan BL1M
Program ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen berdekatan kawasan tuan/puan.


sumber : melvister.com
Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com