Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Thursday, January 28, 2016

Laporan Pengubahsuaian Bajet 2016

Hari ini, Najib mengumumkan penyelarasan serta pengubahsuaian Bajet 2016. Perstrukturan semula Bajet 2016 bagi memastikan kesesuaian dengan keadaan ekonomi semasa negara serta kesan kejatuhan nilai harga minyak dunia ketika ini.


Berikut merupakan intipati pengubahsuaian Bajet 2016:

  • Gov setuju kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% bermula 1 Mac 2016 – Dis 2017. Caruman majikan masih kekal seperti biasa (13%).
  • Gov beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2k kpd pembyr cukai individu pendapatan 8k ke bawah
  • Liberalisasikan AP bg produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah & daging
  • Gov sediakan tambahan tunai RM50 bg setiap 1 tan metric padi bersih sbg insentif
  • Program MyBeras diperkenal, setiap keluarga miskin yg berdaftar akan dibekal 20kg beras setiap bulan utk kurangkn beban
  • Semua penjualan rumah bwh RM300k, hanya utk pembeli rmh pertama sahaja
  • Sumbangan 30% drpd levi HRDF akan disediakan utk tingkatkan kompetensi & kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang diberhentikan.
  • Gov akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap pengelak cukai @ tax evaders.
  • Gov terus perkemas system pengurusan pekerja asingh, kadar levi diklusterkan kpd 2 kategori, tidak termasuk pembantu rumah warga asing.
  • Gov laksana penempatan semula PATI, beri peluang pd PATI yg bekerja secara haram, diberi permit kerja yg sah
  • Gov akan lebih berhemah dalam urusan perbelanjaan terutamanya bekalan & perkhidmatan
  •  Perbelanjaan pembangunan akn focus kpd projek & program mendahulukn rakyat.
  •  Institusi kewangan pembangunan dan modal teroka milik gov akn tambah dana RM6b, dlm sediakan pembiayaan kpd PKS dan syarikat permulaan
  •  Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bg kurgkan jurang pendapatan pengurusan atasan & golongan pekerja, akan dipantau EPU.
  •  Pelancong dari China tidak perlu visa bermula 1 Mac – 31 Dis 2016, tertakluk syarat tertentu dgn tempoh lawatan tidak melebihi 15 hari.
  •  Kadar GST dikekalkan seperti sedia ada
  •  Bantuan BR1M diteruskan dan terus dilaksana.
  • Kerajaan teruskan pelaksanaan satu kenaikan Gaji Tahunan kpd penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016.
  • Kerajaan teruskan 4 program tajaan JPA
    • Program Biasiswa Nasional – 20 pelajar terbaik dalam SPM utk lanjutkan pengajian di mana2 universiti terkemuka di seluruh dunia.
    • Program Khas Kejuruteraan – 200 pelajar ke Jepun, Korea, Jerman & Perancis.
    • Program Lepasan Bursary – 744 pelajar utk mengikuti pengajian di peringkat ijazah Pertama di universiti awam & IPTS dalam negara.
    • Program baru – 8000 pelajar akan diberi biasiswa utk ikuti pengajian yg ditetapkan di peringkat ijazah Pertama dalam Negara

  • Peruntukan PTPTN sebanyak RM5b akan terus disalur kepada para mahasiswa.
  • Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputra & Skim Latihan Akedmik IPTA diteruskan
  • Terus laksana 10 UTC baru di Labuan, Sg Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawau, Keningau, Seremban & Kangar



Share:

Thursday, November 13, 2014

Borang Online Permohonan BR1M 2015 (BR1M 4.0)

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2015 (BR1M 4.0)
boleh diakses bermula pada 1 Disember 2014
dan akan ditutup pada 31 Disember 2014...
Untuk permohonan kali ini, setiap permohonan wajib
mengemaskini data bagi mengelakkan kegagalan
menerima bantuan BR1M 2015... 
Sila gunakan link official yang diberikan..
Bagi permohonan baru pula, sila masuk ke
menu Permohonan Baru.. manakala bagi pemohon yang
sedia ada, sila masuk ke menu Kemas Kini Permohonan..


Berikut merupakan perincian BR1M 2015

SKIM KHAIRAT KEMATIAN i-BR1M
- Akan diberikan kpd waris penerima BR1M kategori
Isi Rumah dan Warga Emas yg meninggal dunia
di dalam tempoh 1 Jan 2015 sehingga 31 Dis 2015.
- Maklumat waris perlu didaftarkan secara dalam talian
ataupun menggunakan borang manual
- Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad
kepada suami/isteri/ibu/bapa/anak sahaja.


Untuk permohonan BR1M, sila klik pautan dibawah

BORANG ONLINE BR1M 2015

BORANG ONLINE BR1M 4.0

BORANG TUNTUTAN i-BR1M TAKAFUL




Share:

Wednesday, March 19, 2014

Penerima BR1M bakal terima tambahan RM300 tahun depan

KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bakal menerima tambahan RM300 seorang tahun depan sebagai menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dijangka sebanyak 1.8 peratus akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata jumlah bantuan itu akan membabitkan tambahan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion, di mana ia diserap daripada hasil kutipan GST tahun depan.
"Pada tahun pertama (2015) pelaksanaan GST, jumlah kutipan GST selama sembilan bulan ialah RM23.18 bilion namun jumlah ini perlu ditolak dengan RM14.4 bilion kerana pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

"Dengan baki kutipan ini, maka kita belanjakan melalui beberapa mekanisme termasuk penambahan kepada jumlah BR1M tahun depan sebagai langkah membantu rakyat menghadapi kenaikan IHP.

"Jika kerajaan umum nilai BR1M tahun depan RM700, maka tambah RM300 akan dapat RM1,000, jika RM800, maka nilainya RM1,100, jika lebih maka lebihlah lagi rakyat dapat (BR1M)," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, sebentar tadi.



Sumber : Berita Harian


Share:

Wednesday, October 23, 2013

Gambar Kejadian Banjir Lumpur di Cameron Highland 23/10/2013

Kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands, Pahang.
Sehingga pukul 1 tengahari tadi, tiga mangsa disahkan
 maut manakala dua lagi di laporkan hilang dalam 
kejadian yang berlaku kira-kira 1 pagi tadi.
Ketua Polis Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahri Wan Busu 
ketika dihubungi memaklumkan, kejadian berpunca apabila 
empangan sultan abu bakar tidak dapat menampung
 limpahan air berikutan hujan lebat.
Keadaan itu juga meyebabkan air melimpah
 ke Sungai Lembah Bertam, Ringlet serta beberapa kawasan sekitar.
Sehingga kini operasi menyelamat masih diteruskan.
Seramai 212 anggota dari Kontingen Polis Diraja Malaysia, 
Pasukan Bomba dan Penyelamat serta 
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 
terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.









Share:

Thursday, June 6, 2013

(Gambar) Susur Keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

GEORGE TOWN - Satu palang konkrit di Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung di sini runtuh tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.05 petang itu mengejutkan para pekerja kontrak yang sedang menyiapkan kerja-kerja akhir di jambatan itu.

Runtuhan palang konkrit itu turut mengenai jalan raya berdekatan.

Difahamkan terdapat beberapa kenderaan termasuk motosikal yang melalui kawasan berdekatan kawasan itu ranap ditimpa runtuhan itu.

Kejadian berlaku ketika jalan itu sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian kini sedang melakukan kerja-kerja mengesan kemungkinan ada mangsa yang terlibat.

Beberapa jentera berat termasuk kren terpaksa diguna bagi membantu pihak bomba mengalihkan runtuhan. -













Sumber : Kosmo & Media Massa


Share:

Tuesday, March 5, 2013

Tunjuk Perasaan Rakyat Filipina Di Kedutaan Malaysia di Filipina

Beberapa rakyat Filipina antara yg 
telah melakukan tunjuk perasaan pada 
hari ni.. sebagai satu protes atas 
tindak balas dari pihak keselamatan 
Malaysia kepada "pejuang2" Sulu 
d Lahad Datu..
nak cakap lbh2 pun kang tersalah info 
lak aku bagi kat internet ni... tengok je la..





Share:

Thursday, February 28, 2013

Gambar Jambatan Runtuh di Putrajaya 28/2/2013



Kejadian berlaku sebentar tadi (28 Feb 2013) di laluan 
Putrajaya Link selepas Plaza Tol Purajaya Lebuhraya Elite 
berhampiran Selangor Science Park 2. 
Runtuhan ini dikatakan berlaku kerana paip yang pecah. 
Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain 
seperti melalui persimpangan Saujana Putra sebelum
 memasuki SKVE untuk ke Purajaya dan Cyberjaya.



Sila rujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja 
pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan.

sumber : Oh Artis
            : Harian Metro Online
Share:

Wednesday, August 8, 2012

Najib lancar 1M Privilege Card


PUTRAJAYA -  menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenalkan satu lagi inisiatif terbaharu bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.
Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang'.
Ia merupakan lanjutan kepada strategi NBOS 6 yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.
"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau pendapatan boleh guna rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.
Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 itu menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian berkenaan yang membolehkan pemegang kad tersebut menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan. Ia meliputi barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan yang mana senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kerjasama tentera dan polis memberi banyak manfaat kepada negara dan beliau memberi contoh langkah dua pasukan keselamatan itu berkongsi tempat latihan rekrut, membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan bernilai ratusan juta ringgit.
Antara syarikat yang bekerjasama dalam perkhidmatan ini :

  1. Jakel Karpet                                             11. Air Asia BIG
  2. Rapid KL                                                 12. Lost World of Tambun
  3. KTMB                                                     13. Fujihome
  4. MYDIN                                                   14. Jakel
  5. Ariani Jakel                                              15. Al-Ikhsan
  6. Focus Point                                              16. Hajra Jakel
  7. Tune Hotels                                              17. Bukit Gambang Water Park
  8. KFC                                                        18. Royale Bintang
  9. LEGOLAND                                           19. PROTON
  10. Awana Hotels & Resort                           20. GENTING

sumber : Kosmo
Share:

Thursday, March 29, 2012

Gambar Suria KLCC Terbakar

Kebakaran yang dilaporkan ini tercetus daripada 
restoran Chinoz menyebabkan pihak pengurusan 
mengambil langkah keselamatan dengan 
menyuraikan orang ramai. 
disyaki juga berlaku kebakaran tersebut berpunca 
daripada kebocoran gas di bahagian ruangan dapur 
Chinoz dan telah berjaya dikawal oleh pihak berkuasa.  
tiada kecederaan dilaporkan dan api berjaya dipadamkan.






Sumber: Media massa
Share:

Monday, March 5, 2012

Gambar Kemalangan 5 Mac 2012 Di Genting Highland

Kemalangan di Genting Highlands 5/3/2012 ini 
Menyebabkan dua pelancong India maut 
manakala 22 lagi cedera apabila bas persiaran yang 
mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 4.5, 
Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku pukul 8 pagi apabila bas itu terbabas 
akibat kerosakan brek ketika dalam perjalanan 
dari Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur..






Sumber : Media massa
Share:

Monday, January 9, 2012

Friday, November 11, 2011

Gambar Kemalangan 11/11/11 di Behrang

4 maut termasuk 2 org pljr, seorg guru dan 1 org awam.
Bas tersebut membawa pelajar dan guru dari 
SMK Air Merah, Kulim, Kedah.
dan perjalanan ke Kuala Lumpur.
dilaporkan 22org mengalami kecederaan...
kemalangan ini membabitkan bas tersebut bersama
dengan sebuah treler di KM382 PLUS
dekat Hentian RNR Behrang dlm jam 4.30 pagi.
Berhati2 la dijalan raya...



Sumber: Media massa
Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com