Showing posts with label Budget 2013. Show all posts
Showing posts with label Budget 2013. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Borang Online Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)

Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. 
Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah 
program ini. Skim ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia 
khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal 
yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya 
dan membina etika pemanduan berhemah.




Objektif  BL1M
  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
  • Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.
Syarat Kelayakan
  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia
1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada laman dibawah:
Anda kini boleh akses borang online di http://www.myeg.com.my/  (Laman Alternatif Pendaftaran BL1M Online)
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.


Tarikh Keputusan Permohonan BL1M
Keputusan pendaftaran akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri. Pihak penganjur akan menghubungi tuan/puan sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Lokasi Penggunaan BL1M
Program ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen berdekatan kawasan tuan/puan.


sumber : melvister.com
Share:

Wednesday, January 16, 2013

Semak Keputusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0)


Status permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) boleh disemak 
melalui hotline,melalui email atau tunggu sehingga pemberitahunan akan
 sampai ke rumah anda. Dan untuk permohonan yang gagal ataupun tidak lulus
 anda boleh membuat rayuan ke mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan 
dengan tempat tinggal anda atau boleh membuat rayuan secara online jika ada. 
Anda boleh menyemak status permohonan BR1M 2.0 buat masa sekarang 
melalu tiga cara di bawah di bawah ini :

STATUS BR1M 2.0 (1) :Penerima akan diberitahu melalui pos sama ada layak atau pun tidak mendapat bantuan tersebut dan diberitahu tempat penyerahan baucer bantuan rakyat 1malaysia 2.0 tersebut.
STATUS BR1M 2.0 (2) : Pemohon boleh menyemak br1m 2.0 secara online dengan menghubungi talian hotline ini 1-800-222-500 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 1-300-88-3010.talian akan dibuka mulai Januari 2013.
STATUS BR1M 2.0 (3) : Pemohon boleh menyemak status permohonan tersebut dengan menghantar ke email ini  belanjawan2012@treasury.gov.my.
Buat masa ini : Anda boleh mulai menyemak secara online BR1M 2.0 bermula Februari 2013.




Sumber : Media massa : blogr.my
Share:

Thursday, November 1, 2012

Borang Mohon BR1M Terbaru Edisi 2012/2013




•   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
                  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
                  dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.


KLIK SINI UTK BORANG BR1M
(sila gunakan sistem Mozilla Firefox / Internet Explorer utk link BR1M)
Share:

Friday, September 28, 2012

Ringkasan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri


1. Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan RM100.

2. Pelajar universiti dan tingkatan 1 akan menerima Baucer Buku 1 Malaysia bernilai RM250.

3. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diteruskan untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000 sebulan. BR1M juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 sebulan.

4. Sebanyak 70 buah klinik 1 Malaysia lagi akan dibina di seluruh negara.

5. Sesiapa yang membayar balik pinjaman PTPTN sepenuhnya dalam tempoh setahun mulai hari ini akan diberikan diskaun sebanyak 20%.

6. Perlepasan cukai untuk anak2 yang belajar dari RM4000-6000.

7. Bonus satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam.

8. Bonus RM500 untuk pesara kerajaan.

9. Belia dengan pendapatan bulanan RM3000 ke bawah akan menerima rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

10. 100 Pusat Internet 1 Malaysia akan diwujudkan di kawasan yang sesuai.

11. Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan.

12. RM50 juta untuk mencari emas Olimpik di Rio.

13. Diskaun 50% tambang KTMB bagi semua rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

14. Semua pekerja berumur 45-55 tahun akan diberikan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik2 yang akan diluluskan Perkeso.

15. Kerajaan akan bina 21000 buah rumah mesra rakyat.

16. Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

17. Pencarum KWSP beragama Islam dibenarkan menggunakan simpanan dari akaun 2 untuk mencukupkan simpanan Tabung Haji tidak melebihi RM3000.

18. 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah di Sabah dan Sarawak.

19. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara.
Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com