Perdana Menteri Malaysia mengumumkan 11 langkah berjimat
bagi sektor awam yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2014.
Langkah berkenaan ialah:
Pengurangan
10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10
peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA
C) ke atas.
Pengurangan
lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi
dan premis kerajaan.
Pengurangan
RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan
kerajaan (Gred JUSA C ke atas).
Pembekuan
permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan,
agensi dan premis kerajaan.
Mengetatkan
pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk
menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu
dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang
dipengerusikan KSN untuk kelulusan.
Pengurangan
penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk
penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota
pentadbiran serta penjawat awam.
Pindaan
kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk
penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke
bawah.
Mengurangkan
penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar,
mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
Pengurangan
penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat,
kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
Mengoptimum
penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.
Mengguna
pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan
mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di
institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta
bengkel.
Asal SP, Kedah. Lulusan Uitm Shah Alam. Batch Dec 2007 - Nov 2010. Tarikh Lahir Blog ni: 09 November 2010 Sebarang permohonan untuk advertorial/pengiklanan, review, jemputan program atau pertanyaan, boleh email kepada admin di: puterahelmei@gmail.com
Semua yang ditulis di sini & Fanpage hasil nukilan Putera Helmei & beberapa admin. Ianya juga hasil daripada carian maklumat tambahan di media massa. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Sebarang copy and paste adalah dibenarkan dengan dinyatakan sumber. Sebarang Print Screen atau kenyataan yg cuba menjatuhkan maruah Putera Helmei, pihak trsebut akn dikenakn tindakn undang-undang.
Sekiranya anda ingin iklankan perniagaan anda, anda ingin mendapatkan informasi lain, anda boleh hubungi admin di alamat email : puterahelmei@gmail.com
Copyright 2010 - 2017 @ Blog Putera Helmei. Powered by Blogger.