Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

Online Mohon Rumah Idaman Rakyat (RIR) SPNB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan 
mahu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertindak
sebagai pemaju projek Rumah Idaman Rakyat (RIR)
kerana ia mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah 
berbanding pemaju hartanah swasta lain.
Perdana Menteri turut memaklumkan SPNB akan membina 
tiga ribu unit RIR di seluruh negara pada 2014


Bagi yang berminat dengan Program Rumah Idaman Rakyat
yang ditawarkan oleh SPNB boleh mengisi borang 
pendaftaran secara dalam talian (online)


Syarat Kelayakan Program Rumah Idaman Rakyat
·      *  Pembeli mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas
·      * Mempunyai pendapatan individu tidak melebihi RM7500 
Atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
·       * Keutamaan diberikan kepada pembeli rumah pertama, golongan OKU dan ibu tunggal


Jenis Rumah
+Banglo
+Teres
+Rumah Berkembar
+Apartment ( Minimum 5 Tingkat)
+Unit Kedai

Harga Jualan Hartanah Bermula dari RM70,000 hingga RM250,000





SSumber : MySumber


Share:

Tuesday, December 31, 2013

11 Langkah Penjimatan Sektor Awam Diumum Perdana Menteri


Perdana Menteri Malaysia mengumumkan 11 langkah berjimat 
bagi sektor awam yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2014.

Langkah berkenaan ialah:
  • Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.
  • Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas). 
  • Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.
  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.
  • Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.
  • Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  • Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.
  • Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.


Sumber : Berita Harian


Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com